RAHSIA SEKS LELAKI


Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu kepada isteri mereka.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta dan Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan dicintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Pemanasan
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan pemanasan dan rangsangan yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerana mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

Ulasan

  1. VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
    Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
    MALAYSIA RADIO ONLINE > http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html
    MALAYSIA TV ONLINE > http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html

    BalasPadam
  2. Tidak berapa setuju atas artikel di atas..... Mungkin ditulis oleh seorang wanita.
    1. Lelaki sentiasa mahu Jimak..... Setiap satu jam pasti fikir pasal jimak
    2. Cinta dan Kasih penting tapi tidak berapa penting dalam Jimak. Apa yang penting adalah pasangan yg aggresif dan bertindakbalas terhadap aksi yg diberikan oleh pasangan. Keluarkanlah bunyi dari suara sebagai respond anda
    3. Pemanasan penting....setuju tapi tak perlu lama
    4. Kerana lelaki sentiasa mahukan jimak. Jika wanita mulakan dahulu umpama kena loteri

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara yusri...
      1.Mmg betul,lelaki mmg suka jimak...tu bagus..tak salah
      2.mmg jimak yg agresif adalah jimak ygmenyeronokkan.bunyi2an dan jeritan pasangan menaikan semangat pasanagan tapi jimak yg disertai dgn kasih sayang dan cinta lebih bererti daripada jimak tanpa kasih sayang.jimak tanpa kasih sayang samalah spt jimak dgn pelacur @ gigolo.

      Padam
    2. Maksud artikel di atas adalah bukan setiap kali bersentuhan wajib diakhiri dgn jimak. Adakah 24 jam lelaki sentiasa ingin berjimak? Itu sudah meletakkan nafsu di atas segalanya.Ia seperti berjimak dengan kasih sayang @ cinta atau berjimak tanpa kasih sayang@cinta. Asal boleh kira ok..pasti berbeza hasil jimak itu pd jiwa

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS