PUKUL ISTERI JANGAN SESUKA HATI

Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah ar-Rum ayat 21: Ia menyatakan bahawa:

Terdapat banyak hadis yang menyatakan betapa keganasan adalah tidak sebahagian dari amalan orang Islam. Aishah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul pesuruh atau isteri Baginda, dan Baginda tidak pernah memukul sesiapa dengan tangan Baginda sendiri.
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”
Jelas di sini bahawa keganasan bukanlah sifat yang patut dimiliki oleh seorang suami.
Terdapat ayat al-Quran pada Surah an-Nisa ayat 34 yang antara lainnya menyebut:

….hendaklah kamu beri nasihat dan kamu tinggalkan sendirian di tempat tidurnya dan kamu pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakiti badannya). Jika perempuan itu telah taat kepadamu, janganlah kamu mencari jalan untuk menganiayanya.”
Ayat ini telah digunakan sebagai alasan yang membolehkan seorang suami untuk memukul isterinya. Jika ayat ini diteliti kita boleh dapati bahawa pukulan yang disebutkan di sini bukanlah sebagai satu dorongan malah berfungsi sebagai jalan terakhir. Di dalam ayat ini ternyata terdapat prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh seorang suami sebelum dia boleh memukul isterinya.
Perundingan atau shura di antara pasangan tersebut haruslah dilakukan terlebih dahulu (Seperti di dalam ayat di atas). Sekiranya perundingan ini gagal maka ahli keluarga dari pihak suami dan isteri perlu diajak untuk melakukan perbincangan.
Rujukan boleh dilakukan kepada Surah an-Nisa ayat 35 yang menyebut:

Perbincangan adalah jalan utama bagi membaikkan keadaan dan menyemarakkan kembali kerukunan hidup berumahtangga.
Sekiranya perundingan gagal maka `waktu perpisahan’ atau `pengasingan’ boleh dilakukan. Ia juga memberi maksud berpisah tempat tidur dari segi waktu dan ruang, sekurang-kurangnya selama satu malam. Perpisahan ini boleh dilakukan sebagai cara untuk meredakan suasana. Ia boleh juga diteruskan untuk suatu jangka waktu yang tidak ditentukan. Dalam konteks perkahwinan, kaedah yang terakhir ini juga bermakna perceraian.
Apabila kedua prosedur gagal maka cara pukulan haruslah seperti yang telah dinyatakan iaitu dengan cara yang tidak menyakiti badannya atau memudaratkan.
Hadis-hadis yang menyebut mengenai `pukul` adalah mengenai pukulan yang tidak menyebabkan rasa sakit (ghayr mubarrih). Para perawi seperti Muslim, Tirmidhi, Abu Daud, Nasai dan Ibn Majah telah menekankan bahawa jika langkah pukul digunakan maka langkah itu adalah semata-mata bersifat simbolik, seperti dengan menggunakan kayu sugi (berus gigi) atau sapu tangan yang terlipat.

Perkara ini juga boleh dijadikan sebagai satu alasan untuk memohon perceraian secara takliq atau fasakh.
Adalah disarankan agar isteri melaporkan perbuatan suami yang menganiaya dirinya kepada polis dan melakukan pemeriksaan perubatan. Ini adalah bagi memudahkan proses pembuktian di Mahkamah kelak.
Isteri tidak seharusnya berterusan dianiayai oleh suami. Kita boleh merujuk kepada Surah at-Taubah ayat 71 :
memang banyak kisah keganasan rumahtangga, jangan biarkan diri teraniaya lapurkan kepada talian nur dan pejabat kadi. Berani kerana kerana benar..
BalasPadamNtah ar.... Saya sndri jd mangsa pukulan suami... Tp sy tak tau np sy mesti trs bertahan....
BalasPadamAssalammualaikum
BalasPadamSaya nk tanya klu isteri dtg haid blh x jolol.punggung
BalasPadamTolong bagi penerangan segera
BalasPadam