Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel luahan rasaku

TERIMA KASIH PENERANGAN

Imej
DULUNYA AKU SEORANG MINAH KILANG, PELBAGAI KILANG TELAH AKU TEROKAI. INGIN SAMBUNG BELAJAR, AKU SIMPATI DENGAN IBU YANG SUDAH TUA, YANG ADAKALANYA TAK SIHAT BERHARI-HARI. KEPUTUSANNYA AKU INGIN BEKERJA SEKURANG-KURANGNYA DAPAT JUGA AKU MEMBERIKAN WANG KEPADA IBU JIKA AKU BEKERJA ITULAH NIATKU. SESUNGGUHNYA BUKAN SENANG UNTUK MENCARI REZEKI, MENJADI KULI BUKAN KERJA YANG MUDAH DI KERAH TENAGA DENGAN GAJI YANG TIDAK SEBERAPA. KEPENATAN TAK USAH DIKIRA. ALHAMDULILLAH KERANA KERAJINAN AKU DIMANA-MANA JUA KILANG BOS MENYENANGI DAN MENGENALI AKU KERANA KERAJINANKU. TETAPI BERKAT USAHA DAN KEINGINAN DITAMBAH DENGAN KERAJINAN MAKA REZEKI ADA DIMANA-MANA, APA YANG PENTING YAKIN BAHAWA ALLAH SENTIASA MEMBERI REZEKI KEPADA MAKHLUKNYA YANG DIKEHENDAKI. AKU BERSYUKUR, AMAT BERSYUKUR WALAUPUN AKU BUKANLAH INSAN MULIA NAMUN AKU JUGA TIDAK HINA, AKU CUKUP YAKIN TAKDIR TUHAN MENYEBELAHI AKU, INI KERANA PERJANAN HIDUPKU CUKUP INDAH LAGI MUDAH. BERMULANYA AKU BERTUGAS DI SEBUAH HOSPITAL DI MUAR, MEMBUKA...

YANG KELIHATAN

Imej
ADANYA AKU PADA DIRIMU, ADALAH PELENGKAP KEJADIAN TUHAN. ADANYA AKU PADA DIRIMU DAPAT MEMBANTU KAU MENYAKSIKAN KEJADIAN KESELURUHAN ALAM. ADANYA AKU PADA DIRIMU MENCANTIKKAN LAGI RUPA YANG MENAWAN. ADANYA AKU PADA DIRIMU MENJADI PENEMAN SEPANJANG HAYAT. WALAUPUN AKU PUNYA RUPA YANG BERBEZA-BEZA NAMUN DAPAT MEMBANTU DALAM SEGALA URUSAN DI DUNIA INI. TANPA AKU KAU MASIH MAMPU MENERUSKAN HIDUP, WALAUPUN DALAM KEGELAPAN YANG BERPANJANGAN, APA JUA YANG BERLAKU ADALAH KETENTUAN TUHAN. BEGITULAH JUGA JIKA AKU MILIKMU AKAN KAU SEDARI DAN NIKMATI ALANGKAH INDAHNYA BUMI CIPTAAN TUHAN, PENUH WARNA WARNI, PELBAGAI BENTUK KEJADIAN, PARAS RUPA MANUSIA YANG CANTIK LAGI RUPAWAN, SESUNGGUHNYA CIPTAAN TUHAN CUKUP SEMPURNA YANG LANGSUNG TIDAK BOLEH DITANDINGGI OLEH MANUSIA YANG DIJADIKAN OLEH-NYA. KERANA AKU...AKU ADALAH MATAMU, SYUKURILAH KERANA MATAMU KAU MELIHAT SEGALANYA DAN ADA INSAN YANG TAK PUNYA MATA, NAMUN MATA HATIYA MENERANGGI KEGELAPAN YANG MELANDA LEBIH DARIPADA MATAHARI MENYINARI BUMI.

AKU ADALAH AKU DAN AKU SYUKURI

Imej
AKU BUKAN ENGKAU DAN ENGKAU BUKANLAH AKU, AKU TIDAK SEPERTI ENGKAU DAN ENGKAU TIDAK SEPERTI AKU, KAU, AKU BERBEZA DAN TAK MUNGKIN MENJADI SAMA. NAMUN AKU SYUKURI APA YANG ADA PADAKU. WALAU DIHADAPAN TIDAK AKU TAHU, TETAPI YANG BERLALU TELAH DIRASAI. PERJALANAN TAK SENTIASA MUDAH, CUACANYA TIDAK SENTIASA CERAH, DAN NASIB TIDAK SENTIASA MENGUNTUNGKAN NAMUN AKU SYUKURI, AKU JUGA ANTARA YANG BERTUAH DIDALAM HIDUP INI WALAU HANYA DALAM KESEDERHANAAN. KESEDARAN SENTIASA DIMINDA DAN DIDADA AGAR TIDAK LUPA SIAPA AKU YANG SEBENARNYA. HARI-HARI YANG DILALUI ADA HITAM PUTIHNYA. HIDUP INI SEBENARNYA INDAH, JIKA ITU ADALAH KEMAHUAN, YANG PENTING ADA KEYAKINAN, NAMUN KECELARUAN YANG DATANG TANPA DIDUGA ADALAH SATU CABARAN DAN DUGAAN. KERANA IA DATANG ADALAH TAKDIR DARI TUHAN YANG MENENTUKANNYA. KEHIDUPAN INI ADALAH PERJALANAN USIA, MERASA SEGALA SUKA DUKA, PAHIT DAN MANIS DIDUNIA FANA INI. HANYA KESEDARAN DAN KEINSAFAN AKAN MENENTUKAN PERSEDIAAN DIMASA HADAPAN, DAN HARAPAN AKU SEMOGA RAHMAT TUHAN SE...

MELAYU ISLAM @ ISLAM MELAYU

ISLAM ADALAH AGAMA, MELAYU ADALAH BANGSA, MALAYSIA ADALAH NEGARA ITULAH HAKIKATNYA, NAMUN MENGAPA MASIH ADA MEMPERTIKAIKAN DAN MERAGUINYA SEDANGKAN KITA SEBANGSA DAN SEAGAMA HANYA KERANA BERBEZA FAHAMAN DAN IDEOLOGI MENGAPA MELAYU ISLAM BERPECAH PULA SEDARLAH KITA WARGA MALAYSIA SAMA ADA TUA MAHUPUN MUDA BUMI YANG DIPIJAK ADALAH MALAYSIA DULU TANAH MELAYU KINI NEGARA ISLAM GELARANNYA JANGAN SEKALI-KALI KITA MENGHIANATI KELAK KITA JADI PENUMPANG MENUMPANG DIBUMI SENDIRI JIKA TERGADAINYA SEBUAH NEGARA ADAKAH YANG DIRASAI KINI TIDAK MENCUKUPI ATAU TIDAK MENSYUKURI NIKMAT YANG DIBERI SOKONGAN YANG DIBERI TETAP DIHARGAI KERANA YANG AKAN DATANG BELUM PASTI PERJALANAN INI MASIH JAUH MENGEKALKAN MERDEKA TANGGUNGJAWAB BERSAMA TANPA MENINGGALKAN AJARAN AGAMA AGAR SEIRING AKHIRAT DAN DUNIA BUKALAH MINDA BUKALAH MATA BUMI MALAYSIA CUKUP BERHARGA DIHIASI PELBAGAI BANGSA DAN AGAMA HIDUP BERSAMA AMAN BAHAGIA KITA BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA BUMI MALAYSIA TUMPAH DARAH KITA SAMA-SAMA KITA MENJAGANYA AGA...

KEMBALI SETELAH LAMA MENYEPI

Imej
Kesebukkan membuatkan aku lupe, lupa akan tugas yang mungkin aku rasakan tidak penting. Tetapi atas kesedaran dan rasa tanggungjawab atas ilmu yang diberikan kepada aku, aku kembali semula. Sekembalinya aku untuk meneruskan apa yang perlu aku lakukan, 'minat' mungkin itulah satu perkataan yang sesuai untuk aku katakan, bahawa kerana itulah aku disini lagi. Hilang aku tiada yang ketahui, hadir aku jua tidak siapa yang sedari. Namun aku juga ada cita-cita untuk menjadi lebih dari diri aku kini. Aku biarkan masa berlalu namun pada masa yang sama akan aku timba pengalaman sebanyak mungkin, untuk aku yakini esok hari aku mahu jadi lebih baik dari hari ini, terbaik dari yang terbaik, cemerlang, terbilang dan gemilang, perkataan yang mudah tetapi mencapainya sememangnya payah. Tetapi berkat doa, usaha dan keinginan yang membara aku pasti kejayaan akan muncul depan mata Insyakallah.... Amin.

Kebahagiaan Milik Setiap Insan

Imej
Indahnya sebuah pertemuan, adakala membuatkan insan sukar untuk melupakannya. Setiap detik waktu akan sentiasa dihargai malah lebih berharga dari emas dan berlian. Lembutnya tutur kata, indahnya bahasa, manisnya senyum sentiasa terpahad dijiwa. Apa jua halangan dan rintangan sentiasa dihadapi dan diharungi bersama. Namun apabila impian tidak seindah kenyataan, badai datang tanpa keinginan, betawa kecewanya hati, merananya diri, amat menyeksakan hidup setiap insan. Panas yang dijangka hingga ke petang rupanya hujan disubuh pagi. Jika kenyataan takdir Tuhan menentukan siapalah yang mampu menahan. Sebagai insan yang masih punya nafas, kehidupan perlu diteruskan. Apa jua kata-kata sinis yang mungkin terdengar mahupun tersampai terpaksa diterima dengan keterbukaan minda dan jiwa, namun apa yang pasti, sebagai insan yang lemah masih mampu untuk berdiri di kaki sendiri. Apalah yang perlu difikir, apalah yang perlu dirisau setiap kejadian banyak hikmah yang tersimpan, biar apa juga kata yang ...

Anak....................

Imej
Siapalah kita jika bukan dilahirkan sebagai anak, dan ia juga permulaan dalam kehidupan sebelum menjadi remaja, ibu bapa, datuk nenek serta sebagainya sebelum bergelar 'arwah'. Tidak semua insan mempunyai nasib yang sama terutama sekali untuk mendapatkan anak, walaupun pasangan yang normal, sihat mahupun berduit ia tak menjaminkan untuk kita memperolehi anak kerana ketentuan-Nya jua lebih berkuasa memberikan rezeki kepada yang dikehendaki. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, apabila berita pembuangan bayi didalam negara kita, dalam hati pasti berkata " mengapa tidak dikurniakan anak itu kepada yang sangat menginginkannya". Apa yang hendak dikata, kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Namun berbeza pengalamannya bagi yang telah dikurniakan cahaya mata, setiap detik, waktu dan masa hanya perkembangan anak pasti dinanti-nantikan. Umpama pepatah "dari telapak kaki sebesar dua jari" anak sentiasa membesar, dari senyum, ketawa, meniarap, menyelar, memap...

Salam Tahun Baru

Imej
Saat berganti minit, Jam berganti hari, minggu berganti bulan, maka hari ini berubahlah tahun 2009. Diawal-awal tahun ini pasti ramai yang memasang angan, berazam ataupun merancang, apa pun niat jika ia mendatangkan kebaikan tak salah untuk diteruskan. Namun padaku, aku tak perlu berazam hanya niat dalam hati yang tak perlu aku luahkan, tak perlu dihebahkan kepada semua tetapi pada masa yang sama aku akan cuba berusaha menjadi yang terbaik, berusaha sebaik mungkin, menjadi lebih baik, untuk diri sendiri, kerjaya dan keluarga. Padaku apapun keadaan,halangan mahupun keperitan adalah dugaan dari-Nya jua, apa yang pasti dimana aku berada, selagi aku masih bernafaz, kehidupan perlu diteruskan. Kerana nyawa yang tuhan berikan bukan untuk dipersia-siakan. Penutup kata luahan hati berbicara teringin sekali aku mengucapkan kepada semua teman taulan "SELAMAT TAHUN BARU 2009" semoga bergembira dan berbahagia selalu.