Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agama

7 ZIKIR MEMBUKA PINTU REZEKI

Imej
    7 Zikir Membuka Pintu Rezeki 1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah –  Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)   2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).   3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .  Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)   4. Membaca Surat Al-IKHLAS: Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)   5. Membaca Sur...

ZAKAT FITRAH

Imej
Zakat ini di fardhukan pada tahun ke 2 hijrah iaitu tahun di fardhukan puasa. Di fardhukan ke atas setiap individu muslim lelaki atau perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Firman Allah Ta’ala : قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).   (Surah Al-A’la Ayat 14) Zakat fitrah atau nama lainnya “zakat an-nafs” iaitu zakat badan maksudnya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan dengan kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya diberi kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Syarat Wajib Zakat Fitrah a) Mempunyai lebihan makanan atau hartanya untuk diri & keluarga pada malam dan siang hariraya. b) Hidup pada akhir Ramadhan & awal Syawal c) Anak yang lahir sebelum matahari ...

JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA

Imej
JENIS-JENIS NAJIS 1.Najis Mukhaffafah Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu). 2.Najis Mughallazah Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya. 3.Najis Mutawasitah Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu: • Setiap yang cecair yang memabukkan • Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing. • Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia. • Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai. CARA-CARA MENYUCI NAJIS 1.Najis Mukhaffafah Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan...

SOLAT SUNAT DHUHA

Imej
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:  “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”    (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaa...

PANDUAN MASUK RUMAH BARU

Imej
Panduan masuk rumah baru menurut cara Islam Pelabagai panduan dan cara untuk memasuki rumah baru, ini adalah cara yang lebih praktikal untuk dijadikan panduan untuk mereka yang ingin pindah ke rumah baru. 1. Azan Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2... Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni. 2. membaca surah Al-Baqarah Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud; "jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran Dlm sebuah hadis lain pula, R...

SOLAT SUNAT SYUKUR

Imej
Apabila kita mendapat sesuatu nikmat atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan maka sewajarnya kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Cara menunjukkan syukur ini adalah solat sunat syukur dan yang paling penting menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah. Firman Allah s.w.t: Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.  (Quran, surah Ali-Imran, 3:145) “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”  (Quran, surah Ibrahim, 14:7) Solat ini dilakukan dalam 2 rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang. sumber dari :  http://sirahdin.blogspot.com/2012/11/panduan-solat-sunat-syukur.html  , http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/09/pa...

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Imej
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.  Di antaranya; Rasulullah SAW bersabda:   “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.” la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul. Cara Solat Istikharah a.  Lafaz niatnya: Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah: Rakaat pert...

PANDUAN MEMILIH JODOH

Imej
Antara Panduan atau Kaedah Memilih Jodoh  : 1. Pemilihan berdasarkan Agama. Faham tentang Islam dan mengamalkan serta melaksanakan segala ajaran tingkahlaku serta peradaban yang halus. Nabi SAW telah memberi panduan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih perempuan yang beragama. Isteri yang beragama akan menjalankan kewajipan terhadap hak suami, anak2 dan rumah tangganya mengikut apa yang telah diperintahkan oleh agama Islam dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud  :  Perempuan dikahwini atas empat sebab : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah. ( Riwayat al- Bukhari, Muslim dan lain-lain ) Sejajar dengan itu, Rasulullah SAW juga menasihati keluarga si gadis supaya memilih bakal suami anaknya dari kalangan lelaki yang beragama serta berakhlak mulia. Melaksanakan kewajipannya terhadap keluarga. Contohnya lelaki yang mengambi...

ERTI LELAKI DAYUS

Imej
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga. Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Dalam sebuah hadith lain pula : ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد و...