Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

KELEBIHAN RAMADHAN

Imej
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang b

TIP PERBANDINGAN ANTARA PEWANGI TULEN DAN PEWANGI TIRUAN

Imej
Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada pewangi yang dijual itu tulen (original) atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual pewangi di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan pewangi berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini. Jika dilihat secara kasar, pewangi tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan pewangi tulen, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang tulen. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa pewangi tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hatilah. Penghasil

PANDUAN MEMBELI SOFA

Imej
BAGI mereka yang baru menduduki rumah, tentunya inilah masanya untuk menghias dan memenuhkan ruang kosong dalam kediaman dengan perabot pilihan mengikut cita rasa dan konsep tersendiri. Ruang tamu dan ruang rehat keluarga adalah antara kawasan yang paling penting dalam sesebuah rumah. Justeru, pemilik rumah pasti mahukan perabot yang sesuai memenuhi cita rasa dari segi warna, penampilan dan yang paling penting keselesaan. Sofa empuk dan selesa adalah antara perabot yang menjadi pilihan penghuni untuk mengisi ruang tamu dan ruang rehat di rumah. Selain daripada memasuki rumah baru, tidak salah juga untuk menggantikan sofa lama kepada yang baru. Tetapi sebelum itu, banyak perkara yang perlu diambil kira dan diteliti sebelum membeli sofa baru. Perkara pertama yang perlu diambil kira ialah menentukan bajet yang sesuai untuk sofa yang bakal dibeli. Jika anda ingin menggantikan sofa setiap empat hingga enam tahun, belilah sofa yang tidak terlalu mahal. Tetapi jika mahu terus menggunakan sofa