Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

SOLAT SUNAT SYUKUR

Imej
Apabila kita mendapat sesuatu nikmat atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan maka sewajarnya kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Cara menunjukkan syukur ini adalah solat sunat syukur dan yang paling penting menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah. Firman Allah s.w.t: Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.  (Quran, surah Ali-Imran, 3:145) “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”  (Quran, surah Ibrahim, 14:7) Solat ini dilakukan dalam 2 rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang. sumber dari :  http://sirahdin.blogspot.com/2012/11/panduan-solat-sunat-syukur.html  , http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/09/panduan-solat-sunat-s

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Imej
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.  Di antaranya; Rasulullah SAW bersabda:   “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.” la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul. Cara Solat Istikharah a.  Lafaz niatnya: Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah: Rakaat pertama, bacalah Al-Kaf