Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". Sebab turun surah al-Qadr Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. t

PERBUATAN YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA

Imej
Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut: 1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja. 2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja . 3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) . 4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani. 5.Mengeluarkan mani dengan sengaja. 6. Kedatangan haid atau nifas. 7. Gila walaupun hanya sekejap masa. 8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari. 9. Bersalin. 10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari. 11. Murtad – iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.