Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

MINYAK ZAITUN MELICINKAN KULIT KERING

Imej
Khusus buat anda yang memiliki wajah berkulit kering, ada satu petua yang patut anda cuba bagi mengatasi kekurangan tersebut. Tidak syak lagi, iaitu dengan menggunakan minyak zaitun. Minyak zaitun bukan sahaja sihat digunakan dalam masakan, malah boleh licinkan kulit muka. Cara perlaksanaannya pun ringkas sahaja. 1. Pada setiap pagi, sapukanlah minyak zaitun pada keseluruhan permukaan wajah anda. 2. Kemudian, biarkannya selama 15 minit. 3. Selepas itu, cucilah wajah anda dengan air sejuk. Jika dilakukan secara konsisten, tidak mustahil kulit muka anda akan bertambah halus dan licin. Selamat tinggal kulit kering.

10 SEBAB SEKS BAIK UNTUK ANDA

Imej
1. Melegakan stress Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang kerapkali melakukan hubungan seksual dengan pasangan masing-masing akan berasa lebih tenang, gembira dan lebih mudah menangani stress dalam kehidupan harian . Selepas mengalami orgasme, otot-otot badan akan mengendur yang akan membuatkan anda berasa lebih relax, sama seperti keadaan selepas anda bersenam. 2. Membantu anda tidur dengan lena Selepas mengadakan hubungan seks, anda akan diselubungi oleh rasa yang amat tenang dan tenteram sekali. Sejenis hormon yang dipanggil oksitoksin akan dirembeskan semasa orgasme. Hormon ini membuatkan anda berasa relax dan lebih mudah untuk tidur dengan lena dan akan bangkit pada pagi harinya dengan perasaan yang begitu bertenaga sekali! Sebab tulah sesetengah lelaki mudah tidur sejurus selepas melakukan seks! 3. Meningkatkan imuniti Kajian membuktikan bahawa kehidupan seksual yang baik dapat meningkatkan tahap keimunan di dalam badan. Melakukan hubungan seks sekali atau dua kali setiap