10 SEBAB SEKS BAIK UNTUK ANDA

1. Melegakan stress
Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang kerapkali melakukan hubungan seksual dengan pasangan masing-masing akan berasa lebih tenang, gembira dan lebih mudah menangani stress dalam kehidupan harian . Selepas mengalami orgasme, otot-otot badan akan mengendur yang akan membuatkan anda berasa lebih relax, sama seperti keadaan selepas anda bersenam.

2. Membantu anda tidur dengan lena
Selepas mengadakan hubungan seks, anda akan diselubungi oleh rasa yang amat tenang dan tenteram sekali. Sejenis hormon yang dipanggil oksitoksin akan dirembeskan semasa orgasme. Hormon ini membuatkan anda berasa relax dan lebih mudah untuk tidur dengan lena dan akan bangkit pada pagi harinya dengan perasaan yang begitu bertenaga sekali! Sebab tulah sesetengah lelaki mudah tidur sejurus selepas melakukan seks!

3. Meningkatkan imuniti
Kajian membuktikan bahawa kehidupan seksual yang baik dapat meningkatkan tahap keimunan di dalam badan. Melakukan hubungan seks sekali atau dua kali setiap minggu dapat meningkatkan tahap antibodi di dalam badan yang seterusnya dapat melindungi anda daripada diserang demam atau penyakit lain.


4. Membakar kalori
Seks sebenarnya adalah salah satu jenis senaman yang banyak memberi faedah kepada kesihatan tubuh badan. Misalnya melakukan seks selama 30 minit dapat membakar kira-kira 100 kalori (semuanya bergantung kepada teknik atau gaya anda ‘bermain’ la :-p)… Sebab itulah, anda akan berasa sangat penat atau mengah selepas selesai mengadakan hubungan seksual dengan pasangan anda.

5. Meningkatkan kesihatan jantung (kardiovaskular)
Percaya atau tidak, tetapi kajian telah membuktikan bahawa hubungan seks dapat mengurangkan risiko kematian akibat diserang penyakit jantung. Ini adalah kerana secara tidak langsung, aktiviti seks dapat meningkatkan tahap denyutan jantung anda, yang seterusnya akan dapat mengepam darah ke semua anggota badan dengan lebih lancar!

6. Mengurangkan kesakitan
Semasa mengadakan hubungan seks, hormon oksitoksin akan dirembeskan, yang mana proses ini akan meningkatkan kadar hormon endorphin di dalam badan. Hormon endorphin adalah sejenis hormon yang dapat mengurangkan kesakitan yang dirasai seperti sakit kepala atau migrain, sakit sendi dan sebagainya. Walaupun seks tak dapat melenyapkan kesakitan itu, namun ia dapat mengurangkan sedikit kesakitan yang dialami. Tapi janganlah pulak korang paksa, kalau pasangan you betul2 sakit… tu sudah jadi hubungan ‘seksa’ pulak..:-p


7. Meningkatkan self-esteem
Kajian telah menunjukkan bahawa hubungan seks dapat membuatkan seseorang itu merasakan diri mereka lebih baik dari yang sebelumnya. Contohnya, kalau mereka berasa kecewa atau tertekan sebelumnya, sebaik sahaja melakukan hubungan asmara, mereka akan berasa lebih baik dan ini secara tak langsung dapat menaikkan harga diri atau self–esteem mereka. Asalkan hubungan yang dilakukan itu terbit atas dasar cinta dan kasih sayang… dan bukannya paksaan…

8. Dapat merapatkan keintiman hubungan
Seks dan orgasme akan meningkatkan tahap hormon oksitoksin di dalam badan. Horman yang dikenali juga dengan nama ‘hormon cinta’ ini dapat membuatkan setiap pasangan itu bersatu dan membina suatu ikatan kepercayaan di antara mereka. Ikatan inilah yang berupaya untuk merapatkan lagi keintiman di dalam sesuatu hubungan itu.

9. Mengurangkan risiko kanser prostat
Penyakit kanser prostat amat ditakuti oleh kaum lelaki. Kajian telah menunjukkan bahawa kekerapan ejakulasi (misalnya 21 kali atau lebih dalam masa sebulan) telah dikaitkan kepada penurunan risiko kanser prostat untuk golongan lelaki.

10. Melegakan sakit kepala
Kajian telah membuktikan bahawa seks boleh menjadi ubat pelega kesakitan. Apabila seseorang itu berasa ghairah atau seronok, hormon endorphin dan oksitoksin yang dirembeskan di dalam tubuh menjadi semakin meningkat. Seperti yang telah dinyatakan di dalam no.6 di atas, kadar kedua-dua hormon yang begitu tinggi ini dapat mengurangkan rasa kesakitan, oleh itu ianya dapat melegakan sakit kepala yang anda sedang dialami.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS