Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

PANDUAN MASUK RUMAH BARU

Imej
Panduan masuk rumah baru menurut cara Islam Pelabagai panduan dan cara untuk memasuki rumah baru, ini adalah cara yang lebih praktikal untuk dijadikan panduan untuk mereka yang ingin pindah ke rumah baru. 1. Azan Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2... Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni. 2. membaca surah Al-Baqarah Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud; "jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran Dlm sebuah hadis lain pula, R

KENALI BEDAK ASAS ANDA

Imej
Bagi memiliki solekan yang sempurna, bedak asas merupakan salah satu bahan penting. Bedak asas berfungsi seperti kanvas untuk keseluruhan solekan anda supaya warna senang diserap ke kulit muka. Formula bedak asas yang berada di pasaran kini boleh memberikan efek yang berbeza. Namun, anda perlu bijak membuat pilihan kerana ia perlu bergantung pada jenis dan warna kulit anda. Anda buntu untuk memilih? Kenali 4 jenis bedak asas dan tips memakainya.  Bedak tabur  Bedak tabur atau lebih dikenali sebagai  'solid mineral' . Bedak tabur mempunyai mineral-mineral yang diperlukan oleh kulit dan lebih berkesan untuk mengembalikan kulit wajah yang bermasalah. Ia sesuai dipakai untuk kulit wajah jenis berminyak, berjerawat dan sensitif. Jika anda mempunyai kulit wajah yang kering, ia tidak sesuai dipakai kerana ia hanya akan menyerlahkan lagi masalah kulit anda.  Bedak tabur selalunya mempunyai span khusus. Dengan menggunakan span khusus itu, oleskan ke muka

SOLAT SUNAT SYUKUR

Imej
Apabila kita mendapat sesuatu nikmat atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan maka sewajarnya kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Cara menunjukkan syukur ini adalah solat sunat syukur dan yang paling penting menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah. Firman Allah s.w.t: Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.  (Quran, surah Ali-Imran, 3:145) “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”  (Quran, surah Ibrahim, 14:7) Solat ini dilakukan dalam 2 rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang. sumber dari :  http://sirahdin.blogspot.com/2012/11/panduan-solat-sunat-syukur.html  , http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/09/panduan-solat-sunat-s

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Imej
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.  Di antaranya; Rasulullah SAW bersabda:   “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.” la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul. Cara Solat Istikharah a.  Lafaz niatnya: Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah: Rakaat pertama, bacalah Al-Kaf

PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG PERLU ANDA ADA

Imej
Tujuan facial adalah untuk membersihkan bintik hitam dan putih serta kotoran yang terperangkap’ di pori-pori kulit wajah. Namun, Jika pembersihan tidak dilakukan secara optimal, alat yang digunakan tidak bersih, dan rawatan lanjut tidak dilakukan (rawatan rumah), maka jerawat mungkin datang lagi. Yang sering terjadi adalah, ketika bintik putih dikeluarkan, maka pori-pori jadi terbuka lebar. Bila luka yang ditimbulkan akibat jarum semasa tengah facial dan tidak dirawat dengan tepat, maka akan  terjadilah iritasi (kulit terasa pedih dan kemerahan) dan menimbulkan  jerawat. Sebaiknya facial dilakukan kurang lebih 2 minggu hingga 1 bulan sekali, dan setelah melakukannya jangan terkena air selama  kurang lebih 2 jam. Penjagaan harian rawatan dirumah adalah paling penting, anda perlu. 1. Pencuci make up (remover) 2.P encuci wajah 3.T oner (penyegar) 4.S crub 5.S erum (ada banyak jenis elok ada koleksi sendiri dirumah)   6.K rim siang 7.K rim malam 8.K rim ra

12 TITIK GHAIRAH BAGI LELAKI

Imej
1.BELAKANG TELINGA Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga Jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian . Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak.Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat. Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga. 2. TELINGA Cuba teka kenapa pasangan anda sering mencumbui atau menjilat telinga anda Jawapannya ialah kerana si dia berharap anda akan memberi perhatian yang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap. 3. BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasa

PANDUAN MEMILIH JODOH

Imej
Antara Panduan atau Kaedah Memilih Jodoh  : 1. Pemilihan berdasarkan Agama. Faham tentang Islam dan mengamalkan serta melaksanakan segala ajaran tingkahlaku serta peradaban yang halus. Nabi SAW telah memberi panduan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih perempuan yang beragama. Isteri yang beragama akan menjalankan kewajipan terhadap hak suami, anak2 dan rumah tangganya mengikut apa yang telah diperintahkan oleh agama Islam dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud  :  Perempuan dikahwini atas empat sebab : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah. ( Riwayat al- Bukhari, Muslim dan lain-lain ) Sejajar dengan itu, Rasulullah SAW juga menasihati keluarga si gadis supaya memilih bakal suami anaknya dari kalangan lelaki yang beragama serta berakhlak mulia. Melaksanakan kewajipannya terhadap keluarga. Contohnya lelaki yang mengambil berat kedua

PUNCA MASALAH KUKU

Imej
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kuku bermasalah dan kelihatan lesu dan tidak cantik. Kesan perubahan pada kuku lazimnya kerana terlalu banyak   makan ubat-ubat tertentu dan selain daripada itu terlalu banyak merokok. Memakai cat kuku berlebihan dan varnis kuku dengan kerap juga menyebabkan kuku hilang kesegarannya dan mudah rosak. Bersama-sama ini diberikan beberapa info jenis perubahan kuku dan antara sebab-sebab terjadinya perubahan tersebut. 1.   Kuku yang kering dan rapuh Kerana kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Selain tu mungkin kerana terlalu kerap  terendam dalam air sejuk atau panas. Untuk merawatnya banyak makan makanan yang mengandungi vitamin A, kalsium dan zat besi. Perlu kerap mengurut kuku dan jari-jemari tu dengan krim pelembap.  Satu petua yang boleh dicuba untuk memulihkan kembali kecantikan kuku itu ialah cuba amalkan sapu kuku dengan minyak zaitun. Biarkan selama setengah jam sebelum membersihkannya kembali. Amalkan sekurang-ku

20 TANDA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN

Imej
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan. 2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu. 4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu. 6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. 7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudaha

BERDEPAN DENGAN LELAKI PEMALU

Imej
Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki  yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu  mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali.  Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki  tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk  berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda  berdepan lelaki pemalu? 1. Anda kena berani memulakan. Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu  selama  ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan  Anda  menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang  lain yang  punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu  berani  mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama  membujang,  baik berani memulakan. 2. Gunakan cara non-verbal. Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin  berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama  ada  tulis tangan atau