Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

KEBAIKAN BERCIUM

Imej
1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit. 2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru. 3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi. 4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress. 5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dika

PEREMPUAN SATU ANUGERAH...

Imej
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti m

10 PERKARA MESTI BUAT BILA KECEWA

Imej
Hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana rasa kecewa yang dialami semasa bercinta adalah sesuatu yang normal. Malah semua manusia di dalam dunia ini kebanyakannya pernah merasai kekecewaan akibat cinta. Apa yang membezakan di antara diri anda dan orang lain ialah cara anda mengatasi dan mengubat kedukaan tersebut. Di sini disenaraikan 10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan. 1. Mendekatkan diri dengan Tuhan Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada didalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tu

7 CARA MENAWAN WANITA

Imej
Kaum wanita sering mengelirukan kerana mereka sendiri keliru tentang apa yang mereka inginkan daripada lelaki. Selalunya mereka (wanita) tahu apa yang mereka tidak mahu. Ditanya di mana mereka ingin makan, jawapan lazim orang perempuan ialah “Tak tahu. Ikut suka you” dan kemudian mereka tahu apa yang mereka tidak mahu apabila cadangan diberikan oleh teman lelaki mereka. Lelaki: “KFC?” Perempuan: “Tak nak lah” Lelaki: “Carl’s Jr?” Perempuan: “Tak nak lah” Lelaki: “Then?” Perempuan: “Tak tahu, ikut you” dan perbualan ini balik ke asal. Dan orang lelaki pula sering terperangkap dalam dilema ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menawan dan menggembirakan hati wanita. Sebenarnya untuk memikat wanita tidaklah sesukar mana. Jangan kelirukan diri dengan memikirkan perkara yang sukar. Ikutilah tips mudah untuk menawan hati wanita; tidak sesukar yang disangkakan. Jadi Diri Sendiri Lelaki selalu beranggapan bahawa untuk memikat hati wanita terutama wanita cantik, sesuatu harus dil

10 TANDA PASANGAN CEMBURU BUTA

Imej
Sikap cemburu memang ada baik dan buruknya di dalam sesebuah perhubungan. Jika langsung tiada cemburu, pasti hubungan yang terjalin terasa hambar, tidak mencabar dan tidak berseri. Namun jika cemburu keterlaluan, hubungan yang terbina pula pastinya penuh dengan tekanan dan ketidak selesaan. Sebaiknya di dalam perhubungan, setiap pasangan perlu bijak menangani perasaan cemburu masing-masing. Jangan sampai dilabel sebagai pasangan yang terlalu cemburu buta. Lebih teruk jika rakan-rakan si dia juga tidak menyukai dengan sikap itu dan menjauhkan diri apabila berada di samping mereka yang cemburu. Oleh itu, jangan sekali-kali menjadi hamba cemburu. Cuba teliti dan selidiki diri sendiri, sama ada kamu mempunyai 10 tanda orang yang terlalu cemburu buta. Jika ada, segera kikisnya dan jadilah keksih yang prihatin, memahami dan bertolak ansur. 1. Emosi keterlaluan Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan t

5 CARA MUDAH KURANGKAN TEKANAN KERJA

Imej
Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan. Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir. Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa merelakannya walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda. Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk anda mengurangkan tekanan di tempat kerja. Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk menghadapi hari yang panjang. 1. Cuci muka Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda k

KHASIAT BUAH PISANG

Imej
Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain. 1. Sebagai sumber tenaga Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat. 2. Penderita anemia Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. 3. Penyakit usus dan perut Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut. 4. Mengubati luka akibat terbakar D

TIPS BERPAKAIAN UNTUK PAYUDARA BESAR

Imej
Wanita yang mempunyai ukuran payudara yang besar memang menghadapi masalah dalam pemilihan pakaian. Jika salah pilih, pasti anda akan nampak tidak selesa dengan payudara sendiri. Paling teruk, pakaian yang dikenakan membuatkan payudara nampak tersembul sehingga mencacatkan penampilan. Di sini diberikan beberapa tip berguna untuk dipraktikkan. 1) Perkara pertama yang harus diberi perhatian ialah kenakan coli yang tepat supaya payudara anda mendapat sokongan yang baik. Bra yang tepat akan menampilkan kesan langsing. 2) Kenakan baju yang potongan lehernya melebar hingga ke bahu atau pilih baju yang bercorak vertikal. Ini dapat menimbulkan ilusi yang membuatkan payudara anda nampak lebih kecil. Jangan sesekali mengenakan t-shirt berkolar bulat yang sangat sempit! Potongan V adalah pilihan terbaik. 3) Pilih jaket atau blaus yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik jenis ini akan mengikut bentuk tubuh dan melangsingkan. 4) Untuk padanan, pilih skirt yang berpotongan A, seluar denim ‘boot

25 SIFAT WANITA 'PERANGKAP' LELAKI

Imej
Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi. Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka. Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya. 1. Bentuk tubuh yang menarik . Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka. 2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas . Jangan pelik jika

MENGURUT AKRABKAN HUBUNGAN

Imej
Ramai tidak tahu bahawa urut-mengurut antara pasangan boleh memberi kesan terhadap hubungan mesra. Aktiviti urut bermula sejak zaman silam oleh banyak budaya. Malah urut telah menjadi satu seni dan industri pada dunia moden kini. Urut boleh memberi kelegaan pada tubuh badan dan juga memperkuatkan lagi rasa intim pasangan suami isteri. Setelah sibuk sehari dan selesai semua kerja rumah berilah masa untuk kegiatan urut bersama pasangan. Urut itu sebenarnya adalah sentuhan dan belaian pada otot-otot atau mana-mana bahagian di tubuh badan kita. Seseorang itu akan menikmati rasa senang dan menyeronokkan tatkala badan kita diberi urutan, apatah lagi dengan urutan lembut. Ketegangan otot kembali lega dan dalam proses itu rasa erotik akan menyusuli. Jangan segan untuk memberi tahu bahagian mana yang perlu diurut, kadar tekanan yang diperlukan dan juga lamanya tempat itu diberi urutan. Dalam keadaan normal, kedua-dua pasangan akan merasa saling seronok dan mempersiapkan diri untuk berintim. Uru