Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

TUJUH KALIMAH

Imej
Sabda Rasulullah S.A.W: " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ". . Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

AMALAN PEMAKANAN DIBULAN PUASA

Imej
Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa: Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan. Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya. Cara berbuka dan bersahur yang berkesan: (i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter). (ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan. (iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang. (iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa. (v) Jan

TUDUNG MESTI SERASI DENGAN GAYA

Imej
Penampilan bertudung yang cantik lagi eksklusif sering mengundang tumpuan. Sebagai gaya pelengkap diri, berbusana muslimah dengan tudung menawan membuatkan gayanya kelihatan mewah, dihiasi ciri penuh kesopanan. Gaya tudung yang tidak kemas hakikatnya boleh menjejaskan penampilan seseorang. Justeru, jika bertudung perlu tahu mengenakan gaya sepadan dengan pakaian. Tambahan pula, jika digayakan si gadis jelita, pasti ramai menjeling ke arahnya. Cara si gadis mengenakan tudung yang dilapisi padanan warna senada membuatkan ramai terpesona. Cara bertudung yang mementingkan kekemasan melambangkan keperibadian seseorang. Tanpa mengira masa, bertudung bukan sesuatu yang bermusim. Bahkan kesesuaiannya dengan penampilan seseorang disempurnakan dengan pemilihan aksesori, ditambah dengan pilihan pakaian tradisional dan kontemporari, melengkapkan penampilan diri yang penuh sopan. Pelbagai fesyen tudung yang eksklusif tetapi mengutamakan ciri rekaan tradisional dan terkini. Yang sesuai untuk mereka

RAMBUT MEMIKAT

Imej
Kecantikan wanita sering dikaitkan dengan memiliki rambut yang panjang mengurai. Dalam istilah moden, kecantikan yang dimaksudkan tidak hanya menjurus rambut panjang. Mempunyai rambut pendek, separas bahu dengan fesyen yang berombak, layerd atau lurus juga cantik asalkan sesuai dengan bentuk wajah. Tahun 80-an, gaya fesyen kerintingPuteri Diana seolah memangkas fesyen tersebut daripada berkembang. Rambut ala Puteri Diana berpotongan bulat lurus manakala bahagian hadapannya tersisir lembut tersuak ke belakang pernah menjadi kegilaan. Begitu juga dengan bintang Charlie’s Angels, Farah Fawcett yang terkenal dengan fesyen rambut layerd sejak tahun 80-an lagi. Bagi mendapatkan fesyen artis ini, rambut mesti dipotong gaya layerd daripada bahagian hadapan terus ke belakang. Menampilkan imej lebih seksi, bahagian rambut di bahagian depan jangan dipotong terlalu pendek dan buat belahan di bahagian tengah. Elakkan menyembur spray agar rambut jatuh secara semulajadi di bahagian dahi. Bintang popu

TIPS MEMILIH WARNA BAJU

Imej
Tahukah anda bahawa warna baju boleh mencerminkan keperibadian, atau paling tidak mewakili perasaan pada saat tertentu. Karana itu, pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian yang boleh anda beli di kedai jualan atau butik. Hitam, misalnya. Ini adalah warna paling gelap dari yang lain untuk pakaian wanita atau baju wanita. Paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan dan seksi. Pink. Warna ini memang sesuai dengan kesan feminim dapat diperolehi di kedai jualan, butik tertentu jika anda ingin membeli pakaian dengan pembelian segera. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga. Tidak ada salahnya dinner dengan yang tersayang dengan busana pink lembut, sangat sesuai untuk pakaian wanita atau baju wanita. Merah. Cermin berani dan independen. Selain mewakili keberanian dan ketegasan, merah juga sering dipandang seb

BADAN HARUS HARUM!

Imej
Modal utama penampilan yang menarik adalah bau badan yang segar dan harum. Serta rawatan tubuh yang tepat tidak hanya pada mandi saja. Pada dasarnya tubuh kita memiliki bau alami, tapi akan jadi masalah bila tubuh mengeluarkan aroma kurang sedap di hidung. Berikut beberapa masalah bau badan dan cara mengatasinya. Bau keringat Sebenarnya keringat yang keluar dari tubuh kita adalah hal yang normal dan tidak berbau, sampai ia kontak dengan bakteri di kulit. Dan tempat favorit para bakteri adalah di kawasan yang hangat, gelap, dan basah seperti di ketiak. Bila Anda sering mendapati baju Anda basah di bahagian ketiak, mungkin Anda mengalami hyperhidrosis, dimana kelenjar keringat bekerja terlalu aktif. Sedangkan keringat berlebihan ditambah dengan rasa mual, kepala pening dan berat badan terus turun, boleh jadi Anda mengalami masalah dengan tiroid atau implikasi adanya penurunan gula dalam darah. Deodoran yang biasa kita pakai kebanyakannya sudah mengandungi antiperspirant yang akan mengata

KAKI JADI INDAH MENARIK

Imej
Ketika kita melihat seorang wanita yang berpakaian indah, rias wajah menawan, perhiasan yang memukau, tapi tumit kakinya terlihat pecah-pecah dan berwarna hitam, tentu kekaguman kita jadi pudar. Malah boleh merubah persepsi kita terhadapnya. Perlu ditegaskan, penampilan tidak hanya dilihat dari wajah dan busana. Kaki yang indah dan terawat juga turut mengindahkan penampilan. Tetapi seringkali ramai yang melupakan rawatan kaki, kerana dalam fikiran telah tertanam kata-kata bahawa tidak seorang pun akan melihatnya. Pendapat itu kesilapan besar. Biasanya, setelah orang melihat muka, maka pandangan akan terarah kepada bahagian-bahagian lain, termasuk rambut, kuku dan kaki. Kalau tumit kaki pecah-pecah, jika berdandan sehari suntuk agar berpenampilan menarik, musnah sama sekali. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Hanya karana tumit kaki pecah-pecah, akan merosakkan penampilan keseluruhannya. Merawat kaki, sebenarnya tidak susah dan boleh dilakukan sehari-hari, ketika mandi, antaranya

HORMON SEKS MEMBUATKAN WANITA LEBIH CANTIK

Imej
Penelitian terbaru mengungkapkan bahawa setiap wanita yang memiliki hormon seks estrogen dengan kadar cukup tinggi memiliki wajah lebih cantik. Penemuan ini membuat cerita mengenai evolusi boleh diterima akal. Dimana dalam penelitian tersebut menyebutkan lelaki lebih tertarik pada wanita yang sedang subur. Dikatakan, kadar estrogen selama masa pubertas (bahasa indon) dapat mempengaruhi penampilan terutama lewat bertumbuhnya tulang dan tekstur kulit. Namun memakai make up dapat membuat setiap wanita yang sebenarnya kurang menarik menjadi lebih menarik. Baik lelaki dan wanita sekarang ini menilai setiap wanita dengan kadar hormon yang tinggi ini kelihatan lebih menarik secara fizikal. Wajah-wajah ini cenderung memiliki ciri klasik seperti mata dan bibir besar dan hidung serta dagu yang lebih kecil. Bagaimanapun, ketika wanita-wanita yang digambarkan itu menggunakan make up, ada kaitan hubungan antara estrogen dan penampilan menarik. Setiap wanita secara efektif dapat menunjukkan pada o

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTEROL

Imej
1. SOYA Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga Dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan Mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) 2. KUACI Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol. 3. BUAH KERING Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima. 4. EPAL Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap

5 KAEDAH BAGAIMANA KEMARAHAN BOLEH MENJADI SATU PERKARA YANG BAIK

Imej
Pengalaman memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa. Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan. Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita. Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia. Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik: 1. Kemarahan sebagai pelindung Apabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan. Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya. Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan man

8 PERKARA DALAM PERKAHWINAN

Imej
1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi… 2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk dicapai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak dicintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan. 3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on… 4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN Jarang ada pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunj

TERIMA KASIH PENERANGAN

Imej
DULUNYA AKU SEORANG MINAH KILANG, PELBAGAI KILANG TELAH AKU TEROKAI. INGIN SAMBUNG BELAJAR, AKU SIMPATI DENGAN IBU YANG SUDAH TUA, YANG ADAKALANYA TAK SIHAT BERHARI-HARI. KEPUTUSANNYA AKU INGIN BEKERJA SEKURANG-KURANGNYA DAPAT JUGA AKU MEMBERIKAN WANG KEPADA IBU JIKA AKU BEKERJA ITULAH NIATKU. SESUNGGUHNYA BUKAN SENANG UNTUK MENCARI REZEKI, MENJADI KULI BUKAN KERJA YANG MUDAH DI KERAH TENAGA DENGAN GAJI YANG TIDAK SEBERAPA. KEPENATAN TAK USAH DIKIRA. ALHAMDULILLAH KERANA KERAJINAN AKU DIMANA-MANA JUA KILANG BOS MENYENANGI DAN MENGENALI AKU KERANA KERAJINANKU. TETAPI BERKAT USAHA DAN KEINGINAN DITAMBAH DENGAN KERAJINAN MAKA REZEKI ADA DIMANA-MANA, APA YANG PENTING YAKIN BAHAWA ALLAH SENTIASA MEMBERI REZEKI KEPADA MAKHLUKNYA YANG DIKEHENDAKI. AKU BERSYUKUR, AMAT BERSYUKUR WALAUPUN AKU BUKANLAH INSAN MULIA NAMUN AKU JUGA TIDAK HINA, AKU CUKUP YAKIN TAKDIR TUHAN MENYEBELAHI AKU, INI KERANA PERJANAN HIDUPKU CUKUP INDAH LAGI MUDAH. BERMULANYA AKU BERTUGAS DI SEBUAH HOSPITAL DI MUAR, MEMBUKA