Khamis, April 29, 2010

JENIS-JENIS AIR MATA


Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah s.w.t. dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah s.w.t. lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a.
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis yang tercela dan terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Air mata yang tidak di tuntut
1) Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2) Janganlah menangis kerana menonton filem hindustan bukankah itu hanyalah lakonan.
3) Janganlah menangis kerana cinta yang tak berbalas kerana mungkin ‘dia’ bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4) Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan kerana mungkin kita kurang membuat persediaan.
5) Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
6) Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Tangisan yang memadamkan api Neraka
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmatiNya. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s.
Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Dari itu……..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
4. …..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Rabu, April 28, 2010

PEMUTIHAN GIGI


Rawatan pemutihan gigi adalah satu cara yang berkesan untuk mencerahkan warna asal gigi tanpa memotongnya. Ia mungkin tidak dapat menukarkan warna gigi tersebut sepenuhnya tetapi, mampu mencerahkan warna asal.
Hydrogen peroxide atau carbamide peroxide merupakan bahan aktif yang sering digunakan dalam produk pemutihan gigi.

Siapa yang memerlukan Pemutihan Gigi?
Pemutihan gigi sesuai bagi individu yang sihat, tiada tampalan gigi dan tiada masalah gusi. Rawatan ini berkesan untuk gigi yang berwarna kuning dan gigi yang mempunyai tanda kotoran (stain).

Doktor pergigian akan memeriksa status kesihatan pergigian anda terlebih dahulu sebelum mengesyorkan rawatan ini.


Proses Pemutihan dijalankan
Pemutihan gigi biasanya menggunakan cara pelunturan. Mula-mula pelindung getah atau gel akan diletakkan pada gusi untuk melindungi tisu lembut mulut. Kemudian bahan pemutih disapu terus pada gigi atau menggunakan tray khas yang sesuai dengan mulut anda.

Lain-lain Prosedur Untuk Mencerahkan Warna Gigi
Pada masa ini terdapat penggunaan laser atau power whitening untuk pemutihan gigi. Cahaya atau laser dipancarkan ke permukaan gigi untuk mengaktifkan bahan kimia. Prosedur ini lebih cepat menghasilkan perubahan warna gigi yang dikehendaki.

Kesan Sampingan
Sesetengah individu mungkin mengalami rasa ngilu (sensitif) semasa atau selepas rawatan. Ada juga yang mengalami rasa tidak selesa pada gusi, sakit tekak atau mendapati tompok-tompok putih di pinggir gusi . Gejala ini adalah sementara sahaja dan akan hilang dalam beberapa hari selepas selesai rawatan. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika kesan sampingan ini berlarutan.

Masa Yang Diambil Untuk l Prosedur Pemutihan dijalankan
Doktor pergigian mengambil masa selama satu jam sehingga beberapa kali lawatan bergantung kepada warna gigi dan teknik yang digunakan.

Kosnya
Klinik pergigian kerajaan tidak menawarkan rawatan ini secara rutin. Ia dilakukan khas untuk mereka yang amat memerlukannya.

Di klinik pergigian swasta, harganya bergantung kepada cara dan teknik yang digunakan. Bayaran untuk penggunaan Laser atau power whitening adalah lebih mahal berbanding pelunturan biasa. Anda dinasihatkan mendapat anggaran kos bertulis sebelum memulakan rawatan.

Penggunaan Produk Pemutih Gigi Di Rumah
Terdapat pelbagai jenis produk pemutih gigi yang boleh digunakan di rumah, sama ada yang dibekalkan oleh doktor pergigian anda atau dibeli di kedai-kedai farmasi. Pemutihan gigi adalah satu prosedur yang rumit. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor pergigian terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini.

Jangka Masa Gigi Kekal Cerah
Kesan rawatan bergantung pada individu. Lazimnya, gigi akan kekal cerah selama tiga tahun. Kesannya akan menjadi lebih singkat jika anda seorang perokok atau mengambil makanan/minuman yang boleh meninggalkan kesan pada warna gigi.

Isnin, April 26, 2010

TEKANAN MENTAL

Tekanan mental adalah hasil hubungan antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa di ancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas.
Anda boleh mengalami tekanan ketika di tempat kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui hubungan sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan seterusnya menggangu kesihatan.


Simptom
Ada beberapa gejala yang menandakan mental seseorang itu tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah :
PERASAN :
- Merasa bimbang
- Merasa cepat marah
- Merasa lemah semangat
- Merasa tidak tenteram dan gelisah
FIKIRAN :
- Bimbang terhadap masa depan
- Kurang daya tumpuan
- Menjadi mudah lupa
- Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja
- Takut gagal
- Rendah harga diri
TINGKAH LAKU :
- Tabiat merokok yang meningkat
- Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk mengurangkan masalah
- Hilang selera makan atau makan berlebihan
- Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan
- Mudah terkejut
- Bertindak secara agresif
PERUBAHAN FIZIKAL :
- Berpeluh pada tangan dan badan
- Sering rasa dada berdebar
- Menggeletar, kering mulut dan kerongkong
- Mudah merasa letih
- Kerap kecing
- Sukar untuk tidur
- Masalah penghadaman seperti, loya, muntah, cirit-birit dan sembelit
- Sakit kepala dan leher sakit-sakit sendi dan badan mudah diserang penyakit.


Kesan
Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling lazim. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.


Pencegahan

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun kita harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi terhadap tekanan.
Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental adalah :
1) Bersikap realistik terhadap pekerjaan/ tanggungjawab anda
- Akui kekuatan dan kelemahan diri.
- Sentiasa berfikiran positif.
- Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan.
- Memupuk sikap seronok bekerja/ belajar.
2) Merancang kerja anda
- Kendali masa anda dengan bijak.
- Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh.
- Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah.
- Mengagihkan kerja dengan baik.
3) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
- Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
- Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya.
- Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
- Ambil tindakan secara wajar.
4) Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar
- Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
- Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda.
- Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.
5) Amalkan komunikasi yang berkesan
- Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif.
- Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas.
- Hormatilah pandangan rakan anda.
6) Semaikan semangat bermasyarakat
- Jilankan persahabatan dengan rakan-rakan anda.
- Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah.
- Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh dipercayai.
- Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
7) Amalkan cara hidup sihat
- Luangkan masa untuk berehat dan bertenang.
- Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi.
- Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah.
- Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama. Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesihatan mental adalah terhindarnya seseorang dari gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa, dapat menyesuaikan diri, dapat memanfaatkan semua potensi dan bakat yang ada semaksimum mungkin dan membawa kepada kebahagiaan bersama serta tercapainya keharmonisan jiwa dalam hidup.

Jumaat, April 23, 2010

ADAB MENGUAP


1. Menahan menguap sekadar termampu:
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.

Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap.

Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Khamis, April 22, 2010

ADAP MENZIARAHI JENAZAH


1. Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan dari Allah S.W.T.
2. Memberi bantuan dalam urusan penyempurnaan jenazah.

3. Membaca surah-surah al-Quran.

4. Mengucapkan kata-kata yang oleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.

5. Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.

6. Memperlihatkan riak wajah dan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya si mati ke Rahmatullah.

7. Menunaikan solat jenazah.


Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah

1. Berbual kosong di halaman rumah tanpa ada rasa insaf atau kesal.
2. Membuat perkara yang boleh menyinggung perasaan ahli keluarga jenazah seperti mengungkit sikap buruk si mati.

3, Meratapi dan meraung atas pemergian si mati.

4. Tidak menerima ketentuan Allah seperti mengungkapkan "Allah tidak adil kerana mengambil nyawa si mati terlebih dahulu.

5. Membebankan keluarga si mati dengan seperti meminta hutang dan sebagainya.

Rabu, April 21, 2010

TIPS MEMILIH KAMERA DIGITAL

Adakah anda ingin membeli kamera digital?

Tentu anda keliru dalam memilih kamera digital yang sesuai dengan anda kerana terlalu banyak model baru di pasaran. Bagaimana untuk anda pilih mana satu model yang sesuai dengan keperluan anda? Jangan tersilap pilih…kerana kamera digital bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beratus ringgit!
Di sini dikongsikan bersama beberapa tip untuk membeli kamera digital. Semoga ia dapat membantu anda dalam memilih kamera digital yang sesuai dengan anda.Tidak susah sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang perlu, pertimbangkan sebelum membeli kamera digital adalah:

Jangka hayat bateri/sel
Ini adalah faktor utama yang mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya pasti anda akan memilih model kamera yang terhebat dan ter’canggih’ yang mana akan menyumbang kepada jangka hayat pendek untuk sel.
Harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring…banyak kamera yang berharga rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan sesetengah kamera yang canggih dan ‘high-end’ mempunyai jangka hayat sel yang sememangnya pendek. Contohnya skrin panel yang besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk operasi. Pastikan anda memilih kamera yang mempunyai jangka hayat sel yang tahan lama!

Megapixel
Megapixel pada kamera digital menentukan berapa halus dan ‘detail’ gambar anda boleh rakam dalam sesuatu shot. Biasanya jumlah megapixel dari 4 megapixel hinnga 16 megapixel.
Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak megapixel yang anda perlukan?
Sebagai panduan, jika anda menggunakan gambar untuk dihantar melalui email atau post ke laman web, anda tidak memerlukan lebih dari 2 megapixel. Tetapi jika anda ingin mencetak gambar anda dalam siaz yang besar, seharusnya anda memerlukan 5 megapixel dan lebih! (Bergantung pada saiz gambar yang anda ingin cetak).
Zoom Lensa
Anda semestinya memerlukan kamera yang mempunyai ‘optical zoom’. Optical zoom menggerakkan lensa kamera untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada satu titik. Penggunaan digital zoom adalah secara digital membesarkan imej menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. Pengeluar kamera menekankan lebih kepada digital zoom daripada optikal zoom dalam iklan mereka; jadi berhati- hatilah semasa mwemilih!.

Kawalan dedahan cahaya (Exposure Control)
Kebolehan mengawal “exposure” seperti shutter speed (kelajuan shutter) dan bukaan lensa adalah perkara utama yang diperlukan oleh jurugambar yang inginkan kawalan secara manual. Kamera digital yang murah hanya membolehkan anda mengambil gambar pada mode auto- tekan shutter release…dah dapat tangkap gambar!
Pengguna yang lebih ‘advanced’ lebih suka melaras kelajuan shutter dan aperture untuk merakam subjek mengikut kehendak mereka. Jika anda betul- betul minat dalam fotografi, pilihlah kamera yang mempunyai kawalan exposure secara manual.

Kawalan Pengguna (User Controls)
Jika anda mencari kamera jenis ‘point-and-shoot’ (p&s), pastikan anda mencari kamera yang mudah digunakan. Kawalan pengguna (user control) biasanya untuk menetapkan resolusi, macro mode atau flash dengan cara yang mudah dikawal. Adalah penting kita mencuba dahulu kamera yang ingin dibeli- cuba dengan butang- butang kawalan pada kamera dan cuba serasikan dengan anda. Dengan cara ini anda akan dapat memilih kamera yang lebih sesuai dan selesa dengan anda.

Selasa, April 20, 2010

AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK


Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?
Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di
kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah
makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.
Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama
seperti berikut:
1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :

• Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.

• Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.

• Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.
• Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.

• Jangan berkongsi berus gigi.

• Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.



2. Makan secara sihat :

• Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buahbuahan dan sayur-sayuran segar.

• Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.

• Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.

• Elakkan minum minuman berkarbonat kerana kandungan gulanya tinggi.

3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :

• Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.

• Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.

• Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.

Jumaat, April 16, 2010

9 PETUA DOA DIPERKENAN DARI RASULULLAH


Berikut adalah sembilan petua daripada Baginda Rasulullah S.A.W. untuk mencapai keberkatan dan darjat doa mustajab : -

1. Anas Bin Malik R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak".

2. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Allah S.W.T. akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu pada sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman : “ Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Klik untuk petua seterusnya.

3. Abu Hurairah R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah S.W.T. mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka “.

4. Ibnu Abbas R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu ”.

5. Hadis Abu Hurairah R.A., Nabi S.AW. bersabda : ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ” Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah S.W.T. daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan ”.

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : ” Sesiapa yang bangun pada waktu malam hari dan mengatakan solat atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. ” Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjakan solat malam ), solatnya akan diterima Allah S.W.T. ”.

7. Atha bin Abi Rabah juga berkata : ” Telah sampai padaku bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ” Sesiapa yang membaca Surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan ”.

8. Hadis daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W. telah bersabda : ” Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata : ” Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan ”.

9. Hadis daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda : ” Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah S.W.T., pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu ”.

Apapun harus diingat bahawa doa tanpa ikhtiar atau usaha tidak akan mendatangkan hasilnya. Selain dari petua di atas… banyak lagi syarat-syarat dan adab-adab berdoa yang perlu dipatuhi agar setiap doa itu diterima oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu merupakan senjata orang-orang yang beriman… Wallahu’alam.

Khamis, April 15, 2010

ADAP MAKAN


a. Hendaklah dimulakan dengan bacaan Bismillah.

Berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila salah seorang diantara kalian hendak makan, maka ucapkanlah: ‘Bismilah.’ Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan ‘Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu (dengan menyebut nama Allah di awal dan diakhirnya).’” (HR. Daud Dishohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Ibnu Majah: 3264)

b. Hendaknya mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barangsiapa telah selesai makan hendaknya dia berdoa: “Alhamdulillaahilladzi ath’amani hadza wa razaqqaniihi min ghairi haulin minni walaa quwwatin. Niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Daud, Hadits Hasan)

Inilah lafadznya,

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وََرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حوْلٍ مِنِّي وَ لاَ قُوَّةٍ

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan ini kepadaku dan yang telah memberi rizki kepadaku tanpa daya dan kekuatanku.”

Atau doa berikut,

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَنْدًا كثِيراً طَيِّباً مُبَارَكاً فِيهِ غَيْرَ (مَكْفِيٍّ وَ لاَ) مُوَدَّعٍ وَ لاَ مُسْتَغْنَيً عَنْهُ رَبَّناَ

“Segala puji bagi Allah dengan puja-puji yang banyak dan penuh berkah, meski bukanlah puja-puji yang memadai dan mencukupi dan meski tidaklah dibutuhkan oleh Rabb kita.” (HR. Bukhari VI/214 dan Tirmidzi dengan lafalnya V/507)

c. Hendaknya makan dengan menggunakan tiga jari tangan kanan.

Hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Sungguh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam makan dengan menggunakan tiga jari.” (HR. Muslim, HR. Daud)

d. Hendaknya menjilati jari jemarinya sebelum dicuci tangannya.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila salah seorang diantara kalian telah selesai makan maka janganlah ia mengusap tangannya hingga ia menjilatinya atau minta dijilati (oleh Isterinya, anaknya).” (HR. Bukhari Muslim)

e. Apabila ada sesuatu dari makanan kita terjatuh, maka hendaknya dibersihkan bahagian yang kotornya kemudian memakannya.

Berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila ada sesuap makanan dari salah seorang diantara kalian terjatuh, maka hendaklah dia membersihkan bagiannya yang kotor, kemudian memakannya dan jangan meninggalkannya untuk syaitan.” (HR. Muslim, Abu Daud)

f. Hendaknya tidak meniup pada makanan yang masih panas dan tidak memakannya hingga menjadi lebih dingin, hal ini berlaku pula pada minuman. Apabila hendak bernafas maka lakukanlah di luar gelas, dan ketika minum hendaknya menjadikan tiga kali tegukan.

Sebagaimana hadits dari Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhu:
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. At Tirmidzi)

g. Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.

Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah)

h. Hendaklah makan dari jarak yang dekat.

Hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Wahai anak muda, sebutkanlah Nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu.” (HR. Bukhari Muslim)

i. Hendaknya memulai makan dan minuman dalam suatu jamuan makan dengan mendahulukan (mempersilakan mengambil makanan terlebih dahulu) orang-orang yang lebih tua umurnya atau yang lebih memiliki darjat keutamaan.

j. Ketika makan hendaknya tidak melihat teman yang lain agar tidak terasa diawasi.

k. Jangan melakukan sesuatu yang dianggap menjijikkan.

l. Jika makan bersama orang miskin, maka hendaklah kita mendahulukan mereka.

Rabu, April 14, 2010

RAHSIA BENTUK KUKU

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda?

Kuku yang baik, rapi dan indah
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku pendek tetapi lebar
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi tetapi rata
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku langsing
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering berasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai, tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tidak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah-randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

Bentuk kuku besar dan banyak garisan
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut)
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan, jauh dari sanak keluarga, boleh mati disebarang tempat.

Bentuk kuku seperti kikir
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

Selasa, April 13, 2010

4 MANFAAT MENANGIS BAGI KESIHATAN


Menangis sering dianggap sebagai gambaran kelemahan saat menghadapi masalah. hakikat sebenarnya menangis memiliki manfaat positif, baik bagi kesihatan fizikal, spiritual mahupun psikologi.

Jika emosi Anda sedang tidak stabil, rasa sedih dan ingin menangis biasanya muncul. Ketika saat begini terjadi, jangan tahan tangis anda, karana menangis merupakan luahan emosi yang sangat wajar dan sihat. Selain sarana untuk meluahkan emosi, menangis memiliki manfaat lain, iaitu :




1. Membersihkan mata
Fungsi utama air mata adalah membuat penglihatan kita menjadi lebih jelas. Tidak hanya membasahai bola mata dan kelopak mata, tetapi juga mencegah dehidrasi membran yang ada disekitar mata. Ketika air mata mengalir, mata anda sebenarnya sedang dalam proses pembersihan. Hal itu membuat kotoran yang menempel pada mata ikut keluar melalui air mata dan mata pun menjadi bersih.

2. Membunuh bakteria
Air mata mengandung lysozyme, iaitu cairan yang boleh membunuh 90 - 95 peratus bakteria dalam waktu 5 hingga 10 minit. Jadi, ketika anda mengeluarkan air mata, secara automatik boleh membunuh bakteria berbahaya yang boleh menyebab iritasi pada mata.

3. Menstabilkan mood
Apakah Anda tahu kadar zat mangan dalam tubuh? Tingginya kadar mangan dalam tubuh bisa menyebabkan mood yang tidak stabil, kerisauan berlebihan, dan perasaan yang sensitif. Dengan menangis kadar mangan dalam tubuh Anda bisa diturunkan dan membuatnya dalam keadaan normal.
Selain itu, air mata yang keluar ketika anda dalam keadaan emosi, mengandung 24% protein albumin yang berfungsi membawa molekul racun keluar dari tubuh.

4. Menurunkan stres
Menangis boleh mengurangkan stres. Ini karana saat menangis, zat kimia yang dikeluarkan tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin akan berkurang. Namun jika anda menahan tangis maka tingkat stres yang dialami akan naik dan boleh meninggalkan kesan pada kesihatan seperti masalah jantung, dan tekanan darah tinggi.

Isnin, April 12, 2010

5 TIP DAN PANDUAN MEMILIH LANGSIR





Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyelahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pedinding cahaya matahari tetapi ianya juga menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.
Berikut adalah beberapa panduaan untuk anda mememilah langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda.


1 TENTUKAN ANGGARAN BAJET DAN BELANJA
Kain langsir datang dengan pebagai harga. Ada yang murah, ada mahal, bergantung kepada kain dan kualiti. Ada juga kain langsir yang berharga dibawah RM 10 semiter dan ada yang sehingga lebih RM 60 semiter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin bebelanja. Pastikan anda tidak membazir dan pastikan ia selaras kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM 50 semiter,mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM 300?.

2 .BUAT UKURAN DAN TENTUKAN BENTUK LANGSIR
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke kamdar untuk mencari kain langsir, pekara terakhir yang anda mahu terjadi adalah dihimpit kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segi empat tingkap atau pintu gelongsor(sliding door),dan ukur demensi (panjang x lebar) tingkap tersebut didalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Meraka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.




3 .PADANKAN CORAK DAN WARNA LANGSIR DENGAN KEDIAMAN ANDA
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad,hari tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini ,banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada juga yang bewarna gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

4 .PILIH TOUCH UP
Kini langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potong lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi menjinak-jinak dengan seni jahitan langsir,dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir, kini boleh didapati dengan mudah, samada menerusi buku, e-book dan juga infomasi internet yang boleh didapati dengan percuma.



5 .BELI PERKAKAS TAMBAHAN YANG LAIN
Setelah langsir anda siap dijahit,tugas terakhir yang di lakukan ialah dengan memasang langsir tersebut.pastikan perkakas lain, samaada kecil atau besar,telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat pengiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi.jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah sepadan dengan jenis palang. Tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan itu yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50,anda pilih sahaja yang mana sesuai.

Khamis, April 08, 2010

SUAMI ABAI MUKADIMAH SEKS


Secara klinikal, ramai dikalangan lelaki di negara ini dikesan tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Kegagalan mereka dengan mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangan bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual.

Percaya atau tidak, ramai juga lelaki yang dikesan tidak mengetahui cara sebenar hubungan seksual dan hanya terikat dengan satu posisi sahaja, walaupun telah mempunyai ramai anak. Kebanyakkan mereka hanya melakukan hubungan seks mengikut cara tersendiri termasuk melalui pembacaan tanpa mengambil kira kepuasan pasangan termasuk terlalu cepat sampai kemuncak.

Mengikut fakta klinikal juga, ramai yang berhadapan dengan masalah seksual terdiri daripada golongan yang aktif melakukan hubungan seks, termasuklah mereka yang mempunyai ramai anak tanpa mengira usia dan latar belakang. Ramai yang anggap teknik mereka berkesan, tetapi hakikatnya tidak buku panduan tepat dalam hubungan seks kerana ia terikat dengan pelbagai faktor. Selain setiap individu mempunyai titik kepuasan tersendiri. Faktor kesihatan juga memainkan peranan utama.

pengetahuan lelaki terhadap seks dan wanita selain ego menyebabkan pasangan lelaki sering bersikap dominan semasa melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira kepuasan seks pasangan masing-masing. Tindakan mereka mengabaikan kepentingan bermesra sebagai mukadimah sebelum melakukan aksi seterusnya dikira sebagai kegagalan kerana tidak mengambil kira teknik hubungan seks sebenar.

Masih ramai lelaki yang beranggapan aspek kemesraan semasa bersama sebagai isu remeh, membebankan lantas ada yang menganggapnya tidak perlu. Terdapa tsebahagian daripada lelaki tidak mempedulikan perasaan pasangan, asalkan diri sendiri mencapai kepuasan. Suami pula kerap menyalahkan isteri jika tidak lagi terangsang tetapi keupayaan mereka sebenarnya dilemahkan oleh pelbagai penyakit.

Bilangan anak dan teknik hubungan merupakan perkara berbeza. Hubungan sekd bukan sekadar 'masuk dan lepaskan' sahaja dan kegagalan seorang lelaki juga tidak diukur daripada faktor fizikal. Ramai lelaki yang nampak gagah dan serta mengaku mampu bertahan lama di ranjang tetapi tidak memberi kepuasan yang maksimum kepada pasangannya seolah-olah beraksi seorang diri sahaja.

Rabu, April 07, 2010

10 CARA UNTUK MENINGKATKAN JANGKA HAYAT BATERI LAPTOP ANDA


1. Lakukan defragmentation sebaiknya seminggu sekali. Defragmentation boleh mempercepatkan carian data pada Hard disk anda dan ia serba sedikit dapat mengurangkan beban tambahan pada bateri komputer riba anda.

2. Mengurangkan kecerahan(brightness) pada skrin komputer anda pada tahap paling minima. Kebanyakan model komputer riba terkini menyediakan fungsi itu pada papan kekunci. Cahaya yang rendah menggunakan voltan yang rendah.

3. Jangan menjalankan ’scan virus’ yang tidak perlu bila anda menggunakan bateri, carian virus menambah beban tambahan kepada CPU anda lantas meningkatkan penggunaan tenaga bateri.

4. Bersihkan penghubung bateri anda: ia selalu disarankan untuk membuka bateri anda sekali dalam dua atau tiga bulan dan membersihkan logam tersebut dengan kain yang dibasahi dengan alkohol. (Rujuk gambar seperti diatas)

5. Pilih ‘Hibernate’ atas ’standby’. Walaupun mod siap sedia tidak menjimatkan kuasa tetapi tempat yang dekat bila dibandingkan dengan ‘Hibernate’ mode, sehingga memilih untuk ‘Hibernate’ dan bukan ’standby’.

6. Matikan skrin komputer riba anda apabila anda tidak berada didepan skrin buat waktu pendek yang tertentu.

7. Kekalkan mengecas dan nyahcas secara seimbang. Caranya, anda sepatutnya mengecas bateri setelah ia benar-benar kosong. Anda digalakkan melakukannya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

8. Matikan fungsi wireless, bluetooh atau infared sekiranya anda tidak memerlukan semasa menggunakan komputer. Kebiasaanya anda boleh menutupnya jika sedang bermain game.

9. Jangan memasang peranti USB jika anda tidak benar-benar memerlukannya yang melekat pada notebook anda ketika berjalan pada peranti seperti iPod. USB jika dibiarkan mencucuk pada notebook anda, pasti akan mengurangkan bateri anda dengan cepat. Kerana setiap peranti USB memerlukan voltan tertentu untuk bersambung dengan laptop anda.

10. Membuat aturan bijak pada penggunaan ‘Power Options’ yang boleh didapati di ‘Control Panel’ windows anda.

Selasa, April 06, 2010

RAHSIA TULISAN


Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tatapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.

Tulisan berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Kecondongan tulisan
Tegak
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.


Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

Saiz tulisan
Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati-hati dalam tindakannya.

Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan
Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung
Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

Jarak tulisan
Tulisan jauh
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

Ruangan di tepi
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :

Ruang kiri kanannya sama
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Isnin, April 05, 2010

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS


Lelaki sentiasa berkeinginan untuk seks. Kalau boleh, setiap hari mahu melakukannya, cuma isteri saja yang tidak larat untuk memenuhi hasrat tersebut. Memang jarang sekali ada lelaki yang menolak bila ada permintaan seks daripada isteri. Ibarat perumpamaan kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, begitulah reaksi suami. Tidak mustahil juga suami akan terus saja menarik tangan masuk ke kamar.

Tetapi bagaimana perasaan bila suami bersikap sebaliknya? Percayakah kalau dikatakan ada masanya lelaki juga akan menolak seks mestipun ditawar dan digoda oleh pasangannya? Ketika ghairah sedang membara dan berharap respons positif darinya tiba-tiba suami menolak. Bukan saja harapan berkubur, terpaksa pula berdepan dengan perasaan malu. Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya akan kecewa dengan penolakan suami seperti ini.

Penolakan suami dalam melakukan hubungan seks akan menyebabkan isteri mengeluh dan memendam rasa. Selain itu pasti akan tersimpan sangkaan buruk di benak fikiran mereka apabila keinginan untuk hubungan seks ditolak atau tidak diendahkan. Tidak mustahil sekiranya, isteri yang berhadapan dengan situasi ini merasai suami tidak lagi mencintai ataupun beranggapan suami sudah tidak bernafsu lagi melihat dirinya. Lebih buruk lagi sekiranya isteri merasakan bahawa penolakan tersebut adalah kerana kehadiran pihak ketiga.

Namun begitu sebelum terlintas berbagai lagi anggapan buruk di fikiran, anda seharusnya menyedarkan diri. Fikirkan dahulu kemungkinan penyebabnya sebelum bersangka yang bukan-bukan tentang diri suami anda. Sebagai isteri anda hendaklah peka dengan perubahan suami dan tidak terus membuat tuduhan melulu. Perhatikan faktor di bawah kerana ia mungkin menjadi penyebabnya :

1 Keletihan
Terlalu penat dengan tugas seharian dan juga bebanan di tempat kerja boleh menjadi punca. Akibatnya terlalu banyak masa dihabiskan di tempat kerja, tempiasnya sudah tentu akan dirasai oleh anda sebagai isteri. Suami yang kepenatan pastinya tidak akan mempunyai tenaga melayani hasrat seks isteri. Bagi mereka jika hubungan seks dilakukan dalam keletihan ia sudah tentu akan mengecewakan dan menghampakan pasangannya.

2 Faktor kesihatan
Mungkin suami anda berada dalam keadaan tidak sihat hingga mengakibatkan nafsu seksnya menurun. Perkara sedemikian perlu diambil perhatian. Ada kalanya masalah kesihatan yang dialami oleh pasangan masing-masing tidak ditunjukkan tetapi didiamkan sahaja Walaupun hanya disebabkan pening kepala atau sakit perut, ia tetap akan memberi kesan terhadap nafsu seks. Jadi sebelum anda berfi kiran negatif tentang penolakan seks dari suami tanyakanlah tentang keadaan dirinya terlebih dahulu.

3 Tidak selesa
Penolakan mungkin juga disebabkan keadaan tidak selesa yang dirasai oleh suami. Mungkin kerana keadaan dirinya yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. Keadaan persekitaran seperti terlalu panas atau tidak tenang kerana anak masih belum tidur juga mungkin menjadi punca mengapa si dia menolak kehendak anda. Sebagai isteri anda haruslah bijak menyesuaikan masa dan keadaan pasangan anda sebelum mengambil keputusan untuk mempelawa suami mengadakan hubungan seks. Jika tidak ia mungkin berakhir dengan perasaan kecewa.

4 Perjalanan jauh
Jarang suami menolak permintaan seks daripada isteri melainkan dirinya betul-betul tidak berkemampuan untuk melakukannya. Keletihan yang amat sangat akibat perjalanan jauh boleh jadi penyebabnya. Sekiranya setelah suami memandu jauh dan pada malam harinya menolak ajakan, anda seharusnya memahami dan biarkan pasangan anda berehat saja.

5 Terlalu kerap
Ada juga pasangan yang enggan ataupun terpaksa menolak ajakan pasangannya untuk melakukan seks kerana mereka terlalu kerap mengadakan hubungan badan. Ia menimbulkan rasa jemu dan keletihan pada pasangan. Seelok-eloknya dalam seminggu, anda melakukan hubungan seks satu atau dua kali sahaja.

6 Rawatan atau pengambilan ubat-ubatan
Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan penyebab berlakunya disfungsi seksuali pada kaum ini.

7 Kurang tidur
Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang kala melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumahtangga. Pukul 3 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan utnuk seks apabila sedang membara. Tapi seiring dengan pertambahan usia dan temoh perhubungan itu sendiri, minat untuk ebrhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.

8 Tekanan atau stres
Perkara ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stres berpunca daripada pelbagai hal seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga, perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan istu yang melibatkan keluarga besar. Tapi penyebabnya bukan setakat itu saja, masih banyak perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stres.

9 Kadar hormon
Stimulasi sisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron. Terlalu banyak prolaktin dan SHBG (sex hormone binding globulin) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi, jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosterone, prolaktin, SHBG diperlukan.

10 Takutkan keintiman
Mungkin kedengaran agak aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tidak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.

11 Masalah identiti
Apabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan, maka minatnya terhadap seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalh kemurungan atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun atau mungkin langsung hilang.

12 Hati tersinggung
Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung, lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antaranya adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.

13 Berbeza pendapat
Lelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk ‘puasa bercinta’ apabila berbeza mendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga konflik selesai.

14 Masturbasi
Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.

15 Fungsi seksual terganggu
Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat, akan menghindari seks dengan pasangannya. Bagi lelaki ini, daripada kecundang sebelum ‘berperang’, lebih baik tidak memulakan langsung.

Jumaat, April 02, 2010

AQIQAH DAN HIKMAH DISEBALIK AMALAN INI

MAKSUD AQIQAH

Dari segi bahasa :
• Rambut yang berada di kepala bayi yang baru dilahirkan
• Bererti “pertolongan”

Dari segi syarak :
• Menyembelih kambing atau biri-biri untuk bayi yang baru dilahirkan
• Kadang-kadang, kambing yang disembelih itu juga disebut sebagai Aqiqah Hukum Aqiqah
Menurut kebanyakan ulama, hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat
dituntut). Ia adalah salah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi S.A.W.

Dalil daripada hadith Nabi S.A.W.
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”.
(Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi)

Tujuan Aqiqah
• Sebagai salah satu tanda syukur kepada Allah S.W.T.
• Untuk mensyukuri kelahiran seorang anak sebagai anugerah kurniaan daripada Allah S.W.T.
kepada kita.
• Bertujuan untuk menjauhkan anak daripada gangguan syaitan.
• Untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah S.W.T.
Cara melakukan Aqiqah
• Bagi bayi lelaki : Menyembelih dua ekor kambing (jantan atau betina)
• Bagi bayi perempuan : Menyembelih seekor kambing (jantan atau betina)
• Penyembelihan Aqiqah hendaklah dilakukan SEBAIK-BAIKNYA ketika anak berumur 7 hari.
• Kalau tak dapat dibuat pada hari ke-7, maka boleh dilakukan pada hari yang ke-14
• Kalau tak dapat buat pada hari ke-14, maka buatlah pada hari yang ke-21.
• Dan kalau tak dapat juga dibuat pada hari ke-7, 14 atau 21, maka diharuskan untuk buat pada
bila-bila masa pada hari-hari lain yang mampu dibuat.
• Sebelum melakukan penyembelihan, adalah disunatkan untuk cukur dulu rambut bayi dan
timbang rambut tersebut dengan perak. Kemudian, nilai rambut tersebut hendaklah
disedekahkan kepada fakir miskin.
• Semasa proses sembelihan dilakukan, adalah disuruh untuk kita menyebut nama anak yang
ingin di Aqiqahkan itu.
• Penyembelihan sunat dilakukan sesudah matahari terbit.
• Daging sembelihan Aqiqah disunatkan untuk dimasak dan dijamu atau disedekahkan masakan
itu kepada orang lain.
• Masakan yang dibuat jangan terlalu pedas, sebaliknya buatkan ia sedikit manis.
• Tidak dibenarkan untuk memecahkan tulang binatang yang disembelih. Contohnya nak buat
sup tulang ker, adalah dilarang.

Aqiqah di zaman jahiliyah
Masa zaman jahiliyah ada amalan menyembelih kambing. Apabila adanya kelahiran anak, orang jahiliyah akan menyembelih seekor kambing dan menyapu darah sembelihan tu pada kepala bayi.

Aqiqah di zaman kedatangan Islam
Apabila adanya kelahiran, orang Islam akan menyembelih kambing, mencukur rambut dan menyapu bahagian kepala bayi dengan za’faran atau kunyit. selain kambing ada binatang lain yang boleh dijadikan Aqiqah. Menurut ulamak, berikut ini adalah binatang yang boleh dijadikan sebagai Aqiqah.

• Unta (berumur antara 5 ke 6 tahun)
• Lembu atau kerbau (berumur 2 ke 3 tahun)
• Kambing atau biri-biri (telah berumur 2 tahun atau dah bertukar gigi)
• Kibas (dah berumur 1 tahun atau dah bertukar gigi)
* Binatang yang dipilih untuk Aqiqah juga disyariatkan mesti yang TIADA KECACATAN.

Hikmah dan kebaikan melakukan Aqiqah
• Sebagai bukti kesyukuran dan rasa gembira atas kurniaan dan anugerah daripada Allah
S.W.T. serta diiringi dengan doa agar anak menjadi insan yang soleh.
• Menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa atau orang tua supaya sanggup berkorban dan
bersusah payah demi anak-anaknya.
• Melepaskan penghalang pada bayi untuk memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka kelak.
• Melindungi anak daripada gangguan syaitan.
• Dengan daging sembelihan Aqiqah, orang-orang miskin dan jiran tetangga dapat berkongsi
kegembiraan atas anugerah kurniaan anak tersebut.
Peringatan!
Jika seseorang mengetahui bahawa ibu bapanya belum menyembelih Aqiqah untuknya, maka adalah digalakkan baginya untuk melakukan Aqiqah. Nabi S.A.W. juga telah mengadakan Aqiqah untuk diri Baginda setelah diangkat menjadi Rasulullah S.A.W.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEBAGAI INGATAN

SEBAGAI INGATAN

KOLEKSI PERSONALITI DAN ANDA

RAHSIA HIDUNG

Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

RAHSIA PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN ISLAM KELAHIRAN

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

KENALI WATAK DI SEBALIK WARNA

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.
Apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
Kelabu
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

Hitam
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
Coklat
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

Ungu
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif..

Fakta sihat tentang TEH
'Air yang terlalu mendidih tidak sesuai untuk membancuh teh terutamanya Teh Hijau. Ini kerana air tersebut boleh merosakkan rasa dan khasiat sebenarnya. Membilas wajah dengan air teh mampu mengawal kehadiran jerawat pada wajah. Biarkan air teh kering sendiri pada wajah. Serbuk teh juga mampu meredakan kesakitan gigi'
RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI

Mari kita lihat Rahsia Personaliti berdasarkan gaya seseorang itu bercuti atau melancong. Sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya. Lepas anda pilih, barulah anda dapat menilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.

So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?

Pulau (Contoh, Pulau Perhentian, Langkawi, Bali ker…)
Bandar-Bandar Besar (Contoh, Tokyo, London ker…)
Taman Tema (Contoh, Genting Park, Disneyland, Wetwell Shah Alam? …)
Bandar / Kota Bersejarah (Contoh, Melaka, Istanbul ker…)
Gunung-ganang (Contoh, Gunung Tahan, Kinabalu, Everest ker…)


PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya..

BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali..

RAHSIA KAREKTOR MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu
Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk
Suka bercakap & berdebat
Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan & pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk jika tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relaks
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun
Kecantikan luar & dalam
Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
Orang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

RAHSIA DI SEBALIK JENIS DARAH

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia di sebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar Berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

HALWA TELINGA