PEMUTIHAN GIGI
Rawatan pemutihan gigi adalah satu cara yang berkesan untuk mencerahkan warna asal gigi tanpa memotongnya. Ia mungkin tidak dapat menukarkan warna gigi tersebut sepenuhnya tetapi, mampu mencerahkan warna asal.
Hydrogen peroxide atau carbamide peroxide merupakan bahan aktif yang sering digunakan dalam produk pemutihan gigi.
Siapa yang memerlukan Pemutihan Gigi?
Pemutihan gigi sesuai bagi individu yang sihat, tiada tampalan gigi dan tiada masalah gusi. Rawatan ini berkesan untuk gigi yang berwarna kuning dan gigi yang mempunyai tanda kotoran (stain).
Doktor pergigian akan memeriksa status kesihatan pergigian anda terlebih dahulu sebelum mengesyorkan rawatan ini.

Proses Pemutihan dijalankan
Pemutihan gigi biasanya menggunakan cara pelunturan. Mula-mula pelindung getah atau gel akan diletakkan pada gusi untuk melindungi tisu lembut mulut. Kemudian bahan pemutih disapu terus pada gigi atau menggunakan tray khas yang sesuai dengan mulut anda.

Lain-lain Prosedur Untuk Mencerahkan Warna Gigi
Pada masa ini terdapat penggunaan laser atau power whitening untuk pemutihan gigi. Cahaya atau laser dipancarkan ke permukaan gigi untuk mengaktifkan bahan kimia. Prosedur ini lebih cepat menghasilkan perubahan warna gigi yang dikehendaki.
Kesan Sampingan
Sesetengah individu mungkin mengalami rasa ngilu (sensitif) semasa atau selepas rawatan. Ada juga yang mengalami rasa tidak selesa pada gusi, sakit tekak atau mendapati tompok-tompok putih di pinggir gusi . Gejala ini adalah sementara sahaja dan akan hilang dalam beberapa hari selepas selesai rawatan. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika kesan sampingan ini berlarutan.
Masa Yang Diambil Untuk l Prosedur Pemutihan dijalankan
Doktor pergigian mengambil masa selama satu jam sehingga beberapa kali lawatan bergantung kepada warna gigi dan teknik yang digunakan.
Kosnya
Klinik pergigian kerajaan tidak menawarkan rawatan ini secara rutin. Ia dilakukan khas untuk mereka yang amat memerlukannya.
Di klinik pergigian swasta, harganya bergantung kepada cara dan teknik yang digunakan. Bayaran untuk penggunaan Laser atau power whitening adalah lebih mahal berbanding pelunturan biasa. Anda dinasihatkan mendapat anggaran kos bertulis sebelum memulakan rawatan.
Penggunaan Produk Pemutih Gigi Di Rumah
Terdapat pelbagai jenis produk pemutih gigi yang boleh digunakan di rumah, sama ada yang dibekalkan oleh doktor pergigian anda atau dibeli di kedai-kedai farmasi. Pemutihan gigi adalah satu prosedur yang rumit. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor pergigian terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini.
Jangka Masa Gigi Kekal Cerah
Kesan rawatan bergantung pada individu. Lazimnya, gigi akan kekal cerah selama tiga tahun. Kesannya akan menjadi lebih singkat jika anda seorang perokok atau mengambil makanan/minuman yang boleh meninggalkan kesan pada warna gigi.

saya ade masalah gigi berwarna kuning..masalah saya begitu serius..saya berminat untuk mejalani rawatan pemutihan gigi ini...bagaimana saya nak tau selanjutnye...berhubung ngan sape??
BalasPadammudah saja pergilah ke klinik gigi sama ada swasta ataupun kerajaan yang berdekatan. Kalau nak cepat ke klinik swasta. Dr. akan memberikan penerangan atau syorkan apa yg perlu dilakukan, kosnya juga anda boleh bertayakan kepada dr. tersebut, sekiranya berpuas hati, anda boleh teruskan dengan melakukan rawatan tersebut
BalasPadamgigi saya memang semulajadi sangat kuning.ini telah menyebabkan saya berasa sangat rendah diri.saya pernah melakukan rawatan pemutihan gigi di klinik swasta.namun,apa yg mengecewakan ialah warna gigi tidak seperti yang diidamkan malahan hanya bertahan tidak sampai 3bulan pun.sudahlah kosnya sangat mahal.adakah kaedah lain yg mudah,murah dan berkesan untuk jangka masa yg lama?
BalasPadamsaya salah se0rang masalah gigi kekuningan..saya kurang yakin bila berhadapan dengan 0rg...jadi saya kurang yakin nak senyum..t0l0nglah saya...
BalasPadamKITA MASIH BOLEH SENYUM WALAUPUN TANPA MENUNJUKKAN GIGI KAN.... SENYUM SAHAJA APA YG PENTING IKHLAS.....
BalasPadamSaya ingin mmbuat rawatan pemutihan gigi. namun ada diantara gigi saya yg mempunyai tampalan. adakah saya bole meneruskan rawatan pemutihan ini?
BalasPadamKlinik medifa mall pondok indah. Jl metro. Pondok indah jaksel. Melayani perawatan pemutihan gigi sesuai kondisi gigi. Hubungi kami di 021 7506803..
BalasPadam