Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

PANDUAN MEMILIH PETI SEJUK

Imej
Peti ais atau peti sejuk merupakan satu keperluan. Memilih peti sejuk perlulah mengambil kira, jumlah isi rumah, jangka masa simpanan barangan, fungsi-fungsi tambahan dan belanjawan pembelian. Menggantikan peti sejuk lama, boleh menjimatkan daripada segi penggunaan elektrik. Peti sejuk model terkini lebih menjimatkan elektrik berbanding model sebelum tahun 2002. Hampir semua model peti sejuk kini lebih jimat tenaga elektrik berbanding dahulu. Semakin besar peti sejuk, semakin mahal harganya. Bertambah fungsi disertakan, semakin naik harga peti sejuk. Model peti sejuk dua pintu atau lebih, iaitu bahagian pembeku ais pintu diasingkan sama ada atas atau bawah, adalah lebih mahal berbanding model peti ais satu pintu. Peti ais daripada jenama yang dikenali adalah lebih mahal, tetapi jaminan dan ketahanan diketahui dan boleh dipercayai. Jika jumlah isi rumah seorang ke empat orang, peti sejuk bawah 300 liter adalah bersesuaian. Kebanyakan model dalam kategori ini adalah satu

Amalan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan

Imej
AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari) Membaca al-Quran Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan. Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap h