Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

PEMILIHAN PERMAIDANI

Imej
Anda mungkin rambang mata untuk membeli permaidani yang pelbagai bentuk dan corak. Semuanya berkenan di hati. Tetapi tahukah anda cara pemilihan permaidani yang betul dan terbaik? Berikut merupakan keterangan yang sepatutnya ada pada permaidani yang terbaik dan selesa : 1. Ukuran Ambil ukuran lantai yang ingin dilapisi. 2. Bulu Gegelung beraras potong pendek lebih sesuai pada tangga atau ruang tamu berbanding jenis keriting. 3. Pengeluaran Buat pemilihan mengikut sifat berikut : i. Kepadatan - terbalikkan permaidani untuk melihat bulu sepenuhnya; semakin rapat tenunan benang dan lurus bermakna permaidani itu padat. ii. Jambul - lagi banyak jambul bagi 2.5 sentimeter persegi lagi baik. iii.Pintal - mesti rapat dan ketat untuk mengelakkan benang terburai. iv.Sokongan - adakah ia mempunyai 2 sokongan dengan permukaan dilapisi. v.Berat - semakin berat permaidani semakin leper hamparan dan tahan lama 4. Jaminan Berapa kandungan gentian dan perapa lama bertahan. 5. Contoh Lakukan sesuatu unt

TEKNIK URUTAN PAYUDARA

Imej
Sudah diketahui bahawa payudara wanita adalah salah satu lokasi yang sensitif dan boleh memberikan kesedapan kepada wanita jika kena gayanya. Urutan payudara yang betul akan mencantikkannya. Selain meransang, urutan pada payudara dapat menghasilkan kebaikan lain kepada wanita. Teknik urutan payudara yang betul akan mencantikkan payudara wanita. Sebelum memulakan proses urutan pada payudara pasangan anda, pastikan tangan anda telah dibasuh dan berada dalam keadaan tiada kotoran. Anda boleh menggunakan minyak atau krim, seperti Minyak Zaitun atau Minyak Bayi (Baby Oil). Minyak atau krim yang wangi juga boleh menambahkan keasyikkan seks semasa proses urutan payudara dilakukan. Teknik urutan payudara 1. Sapu krim pada tangan dahulu, kemudian diikuti dengan sapuan pada payudara pasangan anda. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payudara. 2. Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payudara pasangan anda. 3. Elakkan krim terkena

CIRI-CIRI SUAMI PILIHAN

Imej
KASIH manusia sering bermusim,sayang manusia tiada abadi.Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti. ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang… Kuat agamanya Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda. Baik akhlaknya Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu

TIPS PENJAGAAN WAJAH

Imej
Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas, iaitu membersih, menyegar dan melembap. Tip berikut juga boleh membantu. 1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar a. Kulit Normal Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu. b. Kulit Kering Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfung

MENJAGA TUALA AGAR TAHAN LAMA!!

Imej
Kalau kita mahu berjimat belanja, kita harus rajin menjaga harta benda kita agar tahan lama, oleh itu tidak perlu diganti baru dengan kerap. Setiap RM10 yang kita boleh jimatkan, lama-kelamaan jadi ribuan. Ini termasuklah barang seperti tuala mandi, telekung, baju dan berbagai lagi. Ini memerlukan disiplin dan commitmen. Antaranya, jangan sesekali membiarkan tuala bergumpal di atas katil. Memang kita cenderung untuk membiarkan tuala yang basah selepas mandi bergumpal di atas katil. Alasan kerana anak sudah menangis, perlu berkejar ke dapur atau fikiran sudah melayang ke pelbagai tugasan rumah yang lain. Tidak kurang yang terpaksa bergegas ke tempat kerja. Pastikan kita sentiasa menyidai tuala kita selepas mandi. Tuala yang bergumpal akan bertahi lalat dengan cepat. Kita hanya perlu meletakkan dengan kemas di ampaian di luar atau di dalam rumah. Di luar rumah lebih baik lagi agar terkena sinar matahari yang boleh membunuh kuman. Pastikan juga tuala mandi dibasuh sekurang-kurangnya semin

PETUA MURAHKAN REZEKI DAN DIJAUHKAN KESULITAN HIDUP

Imej
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah: 1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat) 2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa) 3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat , taubat) 4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu) 5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh) 6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa . 7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...) Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa.... Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini 1. Banyakkan Istighfar 2. Amalkan doa nabi Yunus 3. Solat taubat setiap malam 4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna... Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia, dan jik

FAEDAH MEMBERUS GIGI

Imej
Mengapa perlu memberus gigi ? Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup. Bagaimana memberus gigi dapat membantu? Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu : bersihkan sisa makanan dan plak gigi. cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis). Perlukah berus gigi ditukar? Ya, berus gigi perlu ditukar: apabila bulu berusnya mula kembang atau haus. selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk. selepas 3 bulan penggunaannya. Berapa kerap gigi perlu diberus? Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit. Bagaimana memilih berus gigi yang baik? Pilihlah berus gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut : saiz yang sesua

4 TIP REKAAN DAPUR

Imej
Rekaan dapur datang dalam pelbagai bentuk, warna, keperluan dan fungsi fungsi yang tersendiri. Ada dapur yang ringkas, komplikated, berwarna warni dan juga saiz yang berlainan. Ada yang sukakan dapur yang besar, ada juga yang sebaliknya lebih gemarkan saiz dapur yang kecil. Berikut adalah 5 nasihat terhadap mereka yang ingin mempunyai dapur yang praktikal dan dalam masa yang sama menepati citarasa: 1. Saiz dapur Besar tidak semestinya bagus. Oleh itu pentingkan ciri ciri praktikaliti dan kemudahan memasak. Dapur yang besar boleh memberi ruang yang amat selesa, namun masalah mungkin timbul sewaktu memasak kerana bahan bahan makanan mungkin berada jauh di tempat memasak. Dapur yang terlalu luas juga memerlukan penjagaan yang rapi kerana tanpa penjagaan yang sempurna, dapur akan kelihatan kotor dan berselerak. 2. Kabinet Terdapat banyak bentuk kabinet yang diperbuat dari pelbagai jenis bahan atau material seperti kayu nyatuh, cengal, jati, solid wood dan sebagainya dan harga setiap kabine

5 PANDUAN MEMILIH PERABOT JATI

Imej
Perabot jati memang perabot kegemaran ramai. Ia cantik, kemas dan nampak padu. Walaupun harganya lebih mahal daripada kayu kayu lain seperti cengal dan sebagainya, perabot yang dihasilkan daripada kayu jati mampu bertahan sehingga bertahun tahun lamanya. Berikut adalah 5 panduan yang boleh anda gunakan sewaktu memilih perabot kayu jati. 1. Tentukan gred perabot tersebut Secara umumnya, perabot jati dibahagikan kepada 3 gred, iaitu gred A, gred B dan gred C. Gred ini bakal menentukan tahap harga perabot yang dijual. Gred A lebih mahal dari gred B, manakala gred B lebih mahal daripada gred C. Ini kerana perabot gred A dipotong daripada kayu jati yang paling berkualiti, dan telah mencapai usia yang matang (sehingga lebih 20 tahun). Kayunya kelihatan amat kukuh. Jika anda tidak tahu, tanya pemilik kedai tentang gred kayu perabot mereka. Selalunya, mereka tidak akan menipu dan memain mainkan gred. Jika mereka sendiri tidak tahu, sahlah mereka ini cetek pengalaman dalam perniagaan kayu jat