Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

Imej
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah Turunkan kepada Jibrail. 2. "BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam." (Hadith Qudsi) 3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan. 4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memula kan sesuatu Perkara yang baik. 6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 (QS.AL

RAHSIA WARNA GINCU WANITA

Imej
Pemilihan warna gincu adalah bergantung kepada citarasa setiap individu. Di sebalik pilihan warna gincu itu terdapat rahsia sikap dan peribadi diri individu tersebut. Dikatakan hanya orang yang berani dan berkeyakinan tinggi selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa gincu merah menaikkan seri wajah si pemakai. Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti merah jambu, perang dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai pelembab bibir sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri. Pelembab Bibir Tanpa Warna Biasanya ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan semulajadi kerana ia tidak mengandungi sebarang warna. Mungkin juga golongan ini hanya memilih pelembab bibir atau gincu yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan gaya ringkas yang tersendiri. Personaliti si pemakainya cukup mudah. Mereka gemarkan hidu

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Imej
1. SURAH AL-FATIHAH Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu. 2. SURAH YAASIN Telah bersabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya." (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : "Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan

HIKMAH HUJAN

Imej
Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in - Payah nak buat apa2 kalau Hujan - Tak boleh balik lagi, hujan! Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami men

KEISTIMEWAAN TELIFON BIMBIT

Imej
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : - 1) NOMBOR KECEMASAN Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) 2) KERETA TERKUNCI Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bi

RAHSIA DI SEBALIK WARNA BUNGA BOS

Imej
Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yang mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros. Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya. Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu. Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

PAHALA YANG TIDAK TERHITUNG

Imej
Firman ALLAH SWT: “ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.” (Surah Az Zumar Ayat 10) Ulasan Ayat : 1)Ayat menunjukkan terlampau banyak balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tiada dapat dihitung bilangannya. 2)Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran. 3)Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita. 4)Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah. 5)Kita hendaklah berusaha untuk bersifat dengan sifat sabar. Sabar terhadap apa jua urusan ketika diuji dengan bala mahupun nikmat, dan ujian dalam memperjuangkan kesabaran ini selalunya melibatkan orang lain. 6)Manusia sering diuji kesabarannya dengan kerenah manusia, lebih-lebih lagi

ASAL USUL KEJADIAN ADAM A.S.

Imej
Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam A.S. dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran. (Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)". Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar men

PANDUAN MEMILIH JAM TANGAN

Imej
-Jika anda tinggi, jam berukuran besar lebih baik & begitulah sebaliknya. -Jam berwarna hitam atau berpermukaan gelap akan tampak kecil daripada saiznya yang sebenar manakala yang berwarna cerah menunjukkan saiz sebenar. -Jika pergelangan tangan kecil, memakai jam yang mempunyai diameter besar boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa dalam tempoh jangka panjang & membuatkan pergelangan tangan semakin kecil. -Wanita yang tinggi atau mempunyai rangka badan besar, lebih sesuai memakai jam tangan diameter besar malah sesuai untuk menggayakan jam tangan model lelaki. -Jam tangan diamater menyerlahkan karektor gaya sukan & tampak elok dipakai pada pergelangan tangan sesuai. Tetapi pemakaian jam seumpama itu tidak sesuai digandingkan dengan pakaian gaun petang & jaket. -Jika anda memerlukan jam yang mudah dilihat, diameter besar lebih praktikal.

TIPS PENGGUNA BIJAK

Imej
Tabiat Pengguna Wanita: Pancaindera dipengaruhi. Gemar kemudahan/keselesaan. Yakin yang mahal bermutu tinggi. Mudah dipedaya dengan muslihat. Suka dibimbing buat keputusan. Suka gaya hidup "mewah". Suka memiliki barang berlainan. Ikuti pembelian atas taraf. Sukar tolak tawaran istimewa. Baik dalam membuat perbandingan. Tabiat Pengguna Lelaki: Dipengaruhi rakan / imej. Elak jualan besar/murah/sesak. Cenderung beli di tempat sama. Cepat, tidak suka cerewet. Kurang tawar menawar. Rasa pedaya - tukar kedai. Cepat mengesan muslihat. Tidak suka digesa membeli. Pengguna Bijak: Membeli barangan berkualiti. Membuat perbandingan harga. Memilih perkhidmatan terbaik. Membuat pilihan yang tepat. Bijak Berbelanja: Buat senarai sebelum berbelanja. Bandingkan harga barang sebelum membeli. Membeli setelah tawar-menawar. Beli bahan tidak mudah rosak secara pukal. Beli barangan perlu, bukan mengikut nafsu. Amalkan sikap berjimat-cermat. Taktik Perniaga Susun atur barangan: Barangan keperluan r

TIP MEMILIH CERMIN MATA YANG SESUAI

Imej
BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata. Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas. Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem. Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan 'bantuan penglihatan' ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori y

TEKNIK SOLEKAN RINGKAS

Imej
Mekap secara betul elak wajah kelihatan lesu MAHU kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang lesu tidak bermaya. Bagi memberi peluang kepada wanita terutama wanita bekerjaya mempelajari teknik betul untuk bersolek,disini diberikan panduan solekan ringkas agar ia memberi manfaat kepada semua. Wajah Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan. Pastikan sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu. Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi

TIPS MENJAGA KERONGSANG

Imej
Setiap wanita yang memakai tudung pasti akan memakai kerongsang yang pelbagai bentuk dan warna. Untuk menjaga agar kerongsang yang dibeli mampu bertahan lama sudah pasti ada cara untuk menjaganya. Disini diberikan tips bagaimana untuk menjaga kerongsang agar tahan lama dan sentiasa menarik walauopun telah lama digunakan. Supaya kekal berkilat: Asingkan setiap kerongsang untuk memelihara kualitinya. Seeloknya balut dengan kain baldu Kerongsang Mutiara: Elakkan terkena semburan minyak wangi, peluh dan bahan kosmetik kerana sifat mutiara sangat sensitif. Jika ingin memcucinya jangan direndam ke dalam Air panas. Simpan ditempat kering.

21 PESANAN ISTERI KEPADA SUAMI

Imej
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu. 1.Selalulah menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil Itu otak suami perlulah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda. 4.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 5.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok ke