Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Doa Yang Diperkenan

Firman Allah dalam surah al Mukmin 60" " Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu, sesungguhnya orang-orang yang sombong, takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-KU akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina". HURAIAN Seorang mukmin yang sentiasa berserah diri kepada Allah SWT akan merasai dirinya kerdil, takut dan cemas dihadapan Allah. Ia merasai amalannya belum cukup untuk menampung kesalahan yang telah dilakukan berbanding dengan pelbagai nikmat yang diterimanya. Sehubungan itu Allah memberi satu penawar iaitu doa bagi meredakan keresahan yang timbul. Doa merupakan ibadat setiap umat Islam disuruh untuk berdoa kepada Tuhanya, meminta apa yang dihajati dan mengadu apa yang tersirat didalam hati. Allah telah berjanji akan memperkenankan doa tersebut, dalam pada itu doa juga mempunyai adap-adap yang tertentu yang perlu dijaga, antaranya ikhlas, bersunguh-sunguh dan redha terhadap kententuannya.Faedah berdoa jug

Kebahagiaan Milik Setiap Insan

Imej
Indahnya sebuah pertemuan, adakala membuatkan insan sukar untuk melupakannya. Setiap detik waktu akan sentiasa dihargai malah lebih berharga dari emas dan berlian. Lembutnya tutur kata, indahnya bahasa, manisnya senyum sentiasa terpahad dijiwa. Apa jua halangan dan rintangan sentiasa dihadapi dan diharungi bersama. Namun apabila impian tidak seindah kenyataan, badai datang tanpa keinginan, betawa kecewanya hati, merananya diri, amat menyeksakan hidup setiap insan. Panas yang dijangka hingga ke petang rupanya hujan disubuh pagi. Jika kenyataan takdir Tuhan menentukan siapalah yang mampu menahan. Sebagai insan yang masih punya nafas, kehidupan perlu diteruskan. Apa jua kata-kata sinis yang mungkin terdengar mahupun tersampai terpaksa diterima dengan keterbukaan minda dan jiwa, namun apa yang pasti, sebagai insan yang lemah masih mampu untuk berdiri di kaki sendiri. Apalah yang perlu difikir, apalah yang perlu dirisau setiap kejadian banyak hikmah yang tersimpan, biar apa juga kata yang