Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

8 CARA PUJUK LELAKI MERAJUK, SEDIH ATAU TENGAH MARAH PADA KITA

Imej
Bukan perempuan sahaja pandai merajuk, lelaki pun ada masanya marah atau terasa bila kita lakukan sesuatu yang tidak dia sukai. Bila lelaki dah merajuk, bukan main susah lagi nak pujuk disebabkan dia nak control  macho  dan  ego ny a. Sebelum anda memujuk lelaki, anda kenalah kenalpasti punca kenapa dia marah atau merajuk dengan anda. Anda juga perlu hargai dan fahami perasaan dia. Dari situ, anda bolehlah  plan  cara yang sesuai untuk menangi hatinya semula. Namun, anda tak perlu risau, kerana ada beberapa cara yang pasti menjadi untuk pujuk lelaki. Jom kita cuba beberapa cara pujuk lelaki merajuk! 1. BERI MASA PADA PASANGAN & DIRI SENDIRI Kalau api lawan dengan api, sampai bila-bila takkan reda. Sekiranya anda baru lepas bergaduh, cuba beri ruang pada diri masing-masing buat seketika. Kadang-kadang ada terlalu banyak perkara yang berlaku dan masing-masing hanya perlu sedikit masa untuk kembali tenang. Tak kiralah salah siapa, tak salah kalau kita ketepikan ego anda dan minta maaf