Rabu, September 30, 2009

KHASIAT AIR KELAPA


AIR kelapa bukan sahaja sebagai air minuman penghilang dahaga terutamanya ketika musim panas. Tetapi, sebenarnya buah kelapa memiliki banyak khasiat dan nilai gizi makanan yang hebat. Hasil kajian mendapati kelapa mempunyai banyak faedah terutamanya apabila diproses dan diolah dengan betul dan baik. Selain diminum, air kelapa juga boleh diproses sebagai nata de coco, ais krim, dan minuman kesihatan (energy drink).

Hasil kajian juga mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Selain itu kandungan komposisi gizi itu air kelapa juga berpotensi dijadikan bahan produk perusahaan desa.

Jika di Filipina, air kelapa diproses untuk pembuatan minuman, jelly, alkohol, cuka, dan nata de coco. Manakala di negara kita air kelapa digunakan untuk minuman (air kelapa muda) dan bahan asas pembuatan produk nata de coco. Lebih istimewanya air kelapa juga boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan.

Tidak kurang hebatnya juga isi buah kelapa muda cukup baik untuk dimakan terutamanya bagi kanak-kanak yang menderita kekurangan gizi makanan (nutritional deficiency).

Air kelapa memiliki cita rasa yang isitimewa di samping itu, air kelapa juga mempunyai banyak kandungan gizi di dalamnya terutama mineral yang sangat baik untuk tubuh manusia. Selain itu unsur karbon dalam air kelapa berupa karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, dan inositol. Unsur nitrogen pula terdiri dari protein seperti asam amino, alin, arginin, alanin, sistin, dan serin. Kajian dapati kadar asam amino air kelapa lebih tinggi berbanding asam amino dalam susu sapi.

Selain karbohidrat dan protein, air kelapa juga mengandungi unsur mikro berupa mineral yang diperlukan dalam tubuh. Mineral tersebut di antaranya kalium (K), natrium (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), cuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S). Lebih menariknya dalam air kelapa mempunyai berbagai vitamin. Seperti vitamin C dan berbagai asam seperti, asam nikotinat, asam pantotenal, dan asam folat. Vitamin B kompleks yang dikandungnya antara lain niacin, riboflavin, dan thiamin.

Sarat khasiat

Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera ini juga dikenali dengan nama “Wonder Food”. Ia dipanggil disebabkan banyak kandungan nutrisi di dalam buah kelapa itu diperlukan oleh tubuh kita.

Di beberapa negara kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Dalam upacara keagamaan Hindu, kelapa dipanggil "Tree of Heaven" kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian.

Kandungan mineral yang terkandung dalam kelapa juga mempunyai protein berkualiti tinggi iaitu baik untuk pertumbuhan dan memperbaikan sel-sel dalam tubuh. Airnya dikenali sebagai air mineral dan merupakan minuman penyegar. Kandungan gula yang terdapat pada air kelapa pula senang diserap oleh tubuh. Air kelapa juga merupakan tonik yang terbaik untuk menjaga kesihatan tubuh kita.

Air yang terdapat dalam buah kelapa cukup untuk memenuhi keperluan tubuh iaitu vitamin C dalam sehari. Seperti yang kita ketahui, walaupun kandungan nutrisi yang terkandung dalam air kelapa tinggi, namun ia bersifat isotonik. Air kelapa mudah memiliki komposisi mineral dan gula yang sempurna sehingga mempunyai keseimbangan elektrolit yang sempurna sama dengan cairan tubuh manusia. Oleh itu, komposisi mineral yang terkandung dalam air kelapa juga mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai minuman isotonik.

Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak. Mereka yakin dengan air kelapa mampu menurunkan panas dalam tubuh. Ketika demam, air kelapa dan air putih diminum secara berselang seling untuk mengurangi panas dan rasa sakit.

Minuman air kelapa muda dan memakan isinya dapat meredakan mulut kering, demam, penyakit diabetes. Selain itu, minum air kelapa muda dipercayai boleh membuang racun dalam darah. Namun perlu diketahui terlalu banyak minum air kelapa muda menyebabkan sedikit rasa lemas.

Bagi yang memiliki gangguan pada tulang, disarankan tidak mengambil air kelapa secara berlebihan. Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

Air kelapa juga dikenal pasti sebagai ubat tradisional kuno yang sangat berkesan membasmi berbagai jenis cacing di dalam usus. Malah, ia juga sangat baik diminum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain. Air kelapa berkesan untuk pesakit yang menderita gastrik.

Di samping itu, air kelapa juga berkhasiat dalam penyembuhan sakit colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir. Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut. Selain itu air kelapa yang ditambah madu, sangat baik untuk diminum ketika hendak tidur dan berkesan untuk mereka yang menghidap batuk kering.

Bagi pesakit kolera, campuran jus jeruk nipis dan air kelapa cukup perkesan untuk penyembuhan. Air kelapa bersifat diuretic sehingga sesuai untuk mengobati kerosakan pelbagai penyakit lain.

Selasa, September 29, 2009

PETUA JADI WANITA SEMPURNA


HAKIKATNYA, apakah lelaki berbangga memiliki seorang wanita yang jelita?
Sebagai wanita, kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki.

Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki:

- Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
- Berperwatakan menarik dan lemah lembut.
- Jujur dan sentiasa merendah diri.
- Lakukan apa yang dia suka.
- Pandai menarik minat lelaki.
- Jangan terlalu mengongkong.
- Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Jaga cara penampilan atau pemakaian anda.
- Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya.
- Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang.
- Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan.
- Jangan bersikap selalu jual mahal.
- Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Tidak mudah putus asa dan berdikari.
- Elak bercakap benda yang tidak berfaedah.
- Jangan bandingkannya dengan lelaki lain.
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Jadi pendengar setia bukan membangkang.
- Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
- Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
- Mengetahui tarikh lahirnya.
- Menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat.
- Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.
- Jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya.
- Bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan.
- Elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna.
- Jangan perasan anda jelita.
- Sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.
- Bersikap keibuan.
- Ketahui mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
- Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat.
- Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
- Jangan bersikap terlalu kuno.
- Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
- Jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda.


Isnin, September 28, 2009

PUASA ENAM BULAN SYAWAL


Sesungguhnya puasa enam hari pada Syawal amat besar ganjaran ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW dalam hadis :- “Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun.” (HR – Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah). Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun. Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari. SUBHANALLAH !!

Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba. Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada.

Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan. Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Hal ini kerana ganjaran ditawarkan Allah amat besar. Ia juga adalah tambahan kepada kekurangan yang diimbangi oleh zakat fitrah.

10 KELEBIHAN SEKS UNTUK KESIHATAN


Berikut 10 kelebihan seks untuk kesihatan:

1. Menjadikan awet muda. Menurut penelitian, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam seminggu terlihat empat hingga tujuh tahun lebih muda. Ini karana seks merupakan bentuk senaman yang memberikan keremajaan kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat bererti akan banyak oksigen yang terlihat di seluruh tubuh yang dibawa darah dan nutrisi pada permukaan kulit.

2. Membuat tubuh menjadi fit. Meskipun seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan, Anda dapat membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan juga senaman otot-otot secara menyeluruh.

3. Meningkatkan mood. Ketika seorang wanita mencapai orgasme, mereka mengeluarkan suatu hormon seks yang disebut oxytocin yang diproduksi oleh bahagian dasar otak yang dapat membangkitkan perasaan emosional seperti kehangatan dan membantu merapatkan hubungan dengan pasangan.

4. Menjaga Anda tetap langsing. Hubungan seksual meningkatkan tingkat insulin-seperti faktor penumbuh (IGF)-suatu hormon yang dapat mengawal aktifitas enzim dalam sel-sel yang bertanggungjawab pada metabolisme lemak. Ketika tingkat IGF lebih tinggi dikeluarkan ia membantu menghacurkan lapisan lemak.

5. Meningkatkan kekebalan. Penelitian telah menunjukkan bahawa orgasme dapat membantu menstimulus sistem kekebalan. Perkara ini terjadi karana dapat meningkatkan tingkat T3 dan T4 sel lymphocyte-sejenis sel darah putih yang dapat memproduksi anti bodi dan menyerang infeksi sebanyak 20%.


6. Mengurangi stress. Ada bukti ilmiah yang kuat bahawa orgasme dapat memacu pengeluaran endorphins-bahan kimia yang dikeluarkan otak yang bertindak sebagai painkillers efektif.

7. Membantu mencegah penyakit jantung. Seks memiliki keuntungan khusus bagi lelaki, terutama jika mereka berumur 40 tahun lebih. Karana seks dapat membantu meningkatkan testosteron yang dapat melindungi jantung.

8. Membantu sirkulasi. Seks adalah senaman yang dapat meningkatkan sirkulasi darah karana akan membiarkan oksigen dan nutrisi mengalir dalam aliran darah lebih mudah.

9. Memanjangkan usia. Para penyelidik telah menghubungkan hidup atau memanjangkang usia dengan fungsi seks baik lelaki dan wanita.

10. Menurunkan risiko dalam kehamilan. Suatu penelitian tahun 1994 menemukan bahawa wanita yang melakukan seks dalam hubungan jangka panjang memiliki resiko komplikasi lebih kecil dalam masa kehamilan.

Khamis, September 17, 2009

HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG


Kemudahan hutang
Hutang secara asasnya bukan sesuatu yang buruk. Ia dibenarkan oleh agama dan merupakan kemudahan untuk menangguhkan bayaran pada satu tarikh yang dipersetujui oleh kedua pembeli dan penjual.
Sejarah hutang berkembang-pesat seiring dengan penubuhan bank. Bank (konvensional mahupun Islam) hidup dengan memberi hutang. Selain pelaburan, pendapatan besar bank ialah dari pembayaran balik pinjaman beserta faedah @ buka a.k.a riba.
Hutang dan riba
Hutang menjadi masalah apabila bercampur dengan riba. Riba ialah penambahan bayaran dari jumlah pokok yang dipinjam. Walau apa definisi atau istilah yang digunakan, selagi mana ia menjadi penambahan berkadaran dengan jumlah hutang, maka ia dianggap riba.
Riba, walaupun sedikit diancam keras dan tegas oleh Allah dalam kitabnya. Riba diharamkan bukan sahaja dalam Islam, bahkan dalam 2 agama samawi yang lain yakni Yahudi dan Kristian.

Hidup tanpa hutang
Perubahan gaya hidup menyebabkan manusia sukar bebas dari hutang. Hampir semua benda boleh dibeli dengan gaya hutang bermula dari rumah hinggalah ke kain batik. Ini dijelaskan oleh penulis dalam satu sesi bicara buku sempena Pesta Buku Read Malaysia baru-baru ini.

Hutang boleh dikategorikan kepada 2.


1. Hutang yang baik
Iaitu hutang yang menambah nilai aset pinjaman. Contoh hutang jenis ini ialah membeli rumah. Secara umumnya pinjaman perumahan baik.

2. Hutang yang tidak baik.
Memberi fokus kepada 2 jenis hutang yang paling kritikal dan merbahaya jika tidak dijaga.
1. Kad kredit. Dengan kadar faedah 18%, kad kredit telah menyebabkan tidak sedikit manusia jatuh muflis. Sehinggakan kadar faedahnya boleh melebihi nilai asal pinjaman. Betapa besarnya bahana riba. Ia bawah sedikit dari along dan ceti haram. Bahkan apa bezanya?
2. Bayaran mudah ansuran. Kaedah ini berjaya memperdaya manusia untuk memiliki sesuatu yang tidak patut mereka miliki. Dengan tanpa sedar, ramai pelanggan terpaksa membayar lebih untuk suatu produk dengan kaedah bayaran ansuran.

Asalnya hutang itu merupakan satu kemudahan dalam urusniaga. Namun dek kerana sikap rakus satu pihak, maka ia telah dieksploitasi untuk membuat untung semaksima mungkin.
Lihat senarai Pengarah syarikat korporat yang mendapat bayaran tertinggi, kebanyakanya dari syarikat kewangan dan bank. Apa yang mereka niagakan? Hanya mengalih-alihkan wang pendeposit dan mengaut untung dengan cara yang haram.

Rabu, September 16, 2009

MENGENALI DIRI PASANGAN WANITA MELALUI CARA JALAN


Serasi adalah satu perkataan yang sering menjadi perkara penting kepada sesuatu perhubungan. Apabila anda memahami dan mengetahui personaliti pasangan anda, pasti lebih mudah mewujudkan keserasian.

Seperti sukarnya mencari mutiara di lautan, begitu jugalah sukarnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan suri hidup. Mencari wanita untuk disayangi seterusnya menjadi pasangan hidup bukanlah seperti memilih atau menukar pakaian.

Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya disusuli dengan kasih sayang dan keteguhan hubungan adalah impian setiap individu. Personaliti seseorang biasanya boleh dilihat daripada pelbagai aspek penjagaan kuku, bercakap, cara makan dan tidak kurang juga melalui cara berjalan.

Penerangan mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu golongan lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri dihati mereka.

Berginjat
Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan
Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk
Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja. Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak
Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

Badan bergoyang
Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak
Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

Seperti zirafah
Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata

8 PETUA USTAZAH SITI NURBAHYAH


1) 'Puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) 'Peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) 'Penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) ‘Perhatian’ mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) 'Persefahaman’ amat penting, bagi suami isteri dalam melayari rumah tangga.

6) 'Pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) 'Percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) 'Permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

“sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”

Selasa, September 15, 2009

MASALAH TIDUR


Pengenalan
Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:

- Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
- Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
- Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
- Penyalahgunaan dadah dan alkohol
- Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala
- Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
- Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
- Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.

Kesan dan akibat
Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
- Cepat menjadi marah
- Sukar mengawal emosi
- Sukar memberi tumpuan/perhatian
- Kemungkinan boleh membuat kesilapan
- Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

Rawatannya adalah dengan mendapatkan bantuan profesional
-Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.
- Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
- Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

Pencegahan
Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:
- Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
- Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
- Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
- Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.

Rehabilitasi
Amalan tidur yang sihat dengan tukar tabiat anda
-Berhenti merokok
- Jangan tidur pada siang hari
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
- Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda
- Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
- Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
- Pastikan juga tilam dan katil anda selesa

Amalan sebelum tidur
- Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
- Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
- Tidur bila rasa mengantuk
- Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

Simpan satu diari tidur
-Catit jumlah jam dan kualiti tidur
-Masa masuk dan bangun dari tidur
- Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
- Perasaan anda

P/S : Elakanan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter

Isnin, September 14, 2009

8 RAHSIA SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI


Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sam ada di bandar atau di kampung.


7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…


Inilah sifat seorang wanita yang sempurna kerana rupa bukan segala-galanya…

Jumaat, September 11, 2009

WALAUPUN SETEGUK AIR, BERSAHUR PELIHARA KESIHATAN



BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.



Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).


Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.


Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”


Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Hadis itu menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).


Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”


Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).


Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?”
Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

Bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.


Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.


Tambahan daripada itu, satu kajian menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.


Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.
Allah berfirman Bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah.



Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)

Selasa, September 08, 2009

TIPS MENJAGA BIBIR


Kulit bibir tidak terlepas dari bahaya UV. Kalau sudah terlalu lama terdedah dengan sinaran, tidak mustahil kulit bibir akan pecah, kering dan berdarah. Sebaiknya sapukan balm bibir yang mengandungi aksi penghalang sinaran UV. Dengan ini, pH bibir tetap selamat walaupun anda berada dibawah terik mentari.
Rasanya anda tahu perkara ini. Perbuatan membasahkan bibir dengan air liur adalah salah. Air liur yang kering dibibir sebenarnya akan mengeringkan lagi pelembap semula jadi di bibir anda. Hasilnya bibir yang lembap hanya seketika. Sudahnya, ia akan menjadi pucat dan bertambah kering.
• Jika bibir anda mengalami alahan, gunakan krim bibir sebelum menyapu gincu. "vaseline" adalah antara produk yang diyakini. Kekerapan bergincu biasanya mudah membuatkan bibir anda cepat kering dan hilang lembapan semulajadinya.
• Bibir juga memerlukan vitamin yang cukup untuk memastikannya kekal sihat. Oleh itu,banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat terutamanya buah dan sayur.
• Jika bibir anda terluka atau mengelupas, jangan mengenakan pengilat bibir rumusan pudina. Walaupun ia sejuk, tindakan itu hanya akan menambahkan rasa luka dan pedih. Akibatnya keadaan bibir akan menjadi lebih serius.
• Jangan mengambil alkohol. Alkohol bukan saja menerbitkan bau yang tidak enak pada mulut, bahkan ia akan mengeringkan bibir dan mengusamkan warnanya.
• Untuk membantu mengekalkan bibir yang sihat dan kuat, pilihlah gincu yang bervitamin. Sekarang ini banyak pilihan gincu yang mempunyai pelbagai khasiat vitamin E, A dan C. Tidak dinafikan, gincu seperti ini agak mahal harganya tapi apalah sangat demi mendapatkan bibir yang mekar.Bak kata orang, alah membeli menang memakai.

Isnin, September 07, 2009

SUSU TERAPI MINDA


Anda cepat marah dan berasa jiwa tidak tenang? sudah puas mencuba pelbagai petua serta menghabiskan ribuan ringgit untuk mengatasinya? Mengapa tidak mencuba satu cara murah dan enak.

Hanya dengan minum susu dapat membantu mengatasi masalah itu. Selain susu apa saja makanan yang kaya kalsium berupaya menenangkan jiwa. Ada banyak faktor menyebabkan seseorang cepat marah. Makanan mengandungi kalsium bukan jawapan mutlak untuk meredakan kemarahan, tetapi kajian sains membuktikan kalsium mempunyai kesan terhadap sistem saraf manusia, iaitu merehatkan otak.

Sudah terbukti kalsium mempunyai kebolehan menenangkan jiwa. Malah kajian mendapati antara faktor penyebab kemarahan ialah kekurangan kalsium.

• Perhatikan bayi selepas minum susu mudah tidur lena. Begitu juga orang yang menghadapi masalah tidur, antara petuanya minum susu supaya mudah mengantuk.
• wanita sedang haid sering dikatakan mudah marah, keadaan ini berlaku kerana ketika itu keperluan kalsium meningkat tetapi tidak dipenuhi.
• Keperluan kalsium amat penting termasuk mengurangkan rasa sakit dan wanita yang hendak bersalin digalakkan minum susu untuk mengurangkan rasa sakit, manakala golongan tua perlu mengambil kalsium yang cukup untuk megelakkan pereputan tulang.

Diusia tua, kalsium banyak digunakan untuk tugas lain, ini meyebabkan tulang menjadi berongga dan keadaan fizikal berubah seperti bongkok boleh berlaku. Oleh itu perbanyakkan meminum susu dari sekarang.

Jumaat, September 04, 2009

KOMBINASI WARNA GAYA BARU UNTUK KEDIAMAN


Ada masanya anda berasakan hiasan bilik terlalu 'sempurna' dan memerlukan sedikit sentuhan yang agak berlainan yang menyentuh impian dan fantasi. Inspirasi bagi warna-warna rumah tahun ini datangnya daripada alam semula jadi yang cantik dan ceria seterusnya menikmati warna moden dengan titipan elemen hitam dan tekstur putih. Tema hitam dan putih memang sesuai untuk hampir semua ruang dan mudah disemarakkan lagi dengan warna-warna terang seperti merah, biru, hijau ataupun jingga.

Serlahan Etnik Berkemungkinan iaitu aliran yang sering menjadi bahan bualan ramai seperti warna-warna yang lahir daripada inspirasi percutian. Sesetengah pemilik rumah kini menginginkan sesuatu kelainan kerana sudah berasa bosan dengan warna-warna cerah. Oleh itu, mereka lebih cenderung memilih warna yang lebih gelap yang mengingatkan mereka pada destinasi nun jauh lagi eksotik. Mengambil inspirasi daripada tona-tona batu permata indah dari Timur atau warna-warna yang menyerlah dari pasar harian Asia atau Maghribi. Warna-warna utama etnik merangkumi merah, ungu, perang dan kuning gelap termasuk warna hitam arang dan putih gading.

Nyatakan juga diri anda melalui sebuah lukisan. Imej seperti Blossom by Fan, lukisan cat minyak dengan warna-warna menyerlah, amat perlu untuk ruang tamu yang luas. Hasil kerja seni ini memang sesuai dalam ruang makan atau bilik keluarga. Sesuaikan juga tema set ruang tamu dengan pilihan ambal hiasan yang antik dan baru, atau manjakan diri dengan belian sehelai karpet indah.

Elemen tona bumi dan mineral, warna-warna terang adalah pilihan jelas tetapi tona warna semula jadi menyerlahkan lagi ruang dalaman yang berwarna tona mineral atau hitam dan putih. Dapatkan hasil yang terbaik untuk kediaman agar dapur kelihatan berseri dan direka mengikut keperluan. Hidupkan lagi suasana di ruang makan dengan meja makan yang rekaannya kekal elegan. Pilihlah kemasan logam atau kaca untuk hasil kesan eksklusif atau kayu keras digabung dengan kusyen diperbuat daripada kulit untuk kesan yang lebih bergaya anggun.

Berseni nyata, terang dan liar Serlahkan ruang dalaman anda dengan calitan warna-warna musin panas, hijau kiwi, akua laut, merah jambu terang, perak berkilau dan jingga jus oren. Usah mengehadkan pilihan dengan hanya satu hiasan. Untuk kemasan yang kelihatan gah, kumpulkan jambangan yang sama tona warna tetapi lain-lain tingginya agar hasilnya kelihatan menarik dan kreatif. Warna-warna kuning dan jingga memang cukup ideal untuk ruang tamu kerana warna-warna ini meninggalkan kesan berlainan.

Imej yang anggun menjanjikan hasil gaya elegan yang kekal berpanjangan. Baik anda bersiap sedia kerana anda bakal tertawan dengan setiap satu hasil seni hebat yang pasti mengubah ruang biasa kepada yang mengagumkan. Merah jambu kekal popular dalam tonanya daripada warna indah terbit matahari sehinggalah warna terang tembikai. Sisipan warna kedua dalam perang gelap menaikkan warna merah jambu dan memberi gaya anggun dan canggih.

Pilihlah warna yang mencerminkan gaya dan personaliti diri melalui set cadar dan bantal atau buatlah pilihan untuk kain langsir yang ditempah mengikut cita rasa tersendiri. Sedikit inspirasi flora Bunga-bungaan hidup menambah gaya warna, kesegaran, wangian dan personaliti.
Anda mampu mengimpikan hari indah panas bersinar walaupun cuaca kelihatan mendung di luar. Wujudkan satu kesan yang tersendiri melalui susunan botani yang canggih dan tahan lama dalam mencipta satu titik fokus yang unik, hidup dan penuh inspirasi.

Khamis, September 03, 2009

AMALKAN KESIHATAN MENTAL YANG BAIK


Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan


Kenapa seseorang memendamkan perasaan

• Malu
• Takut menjadi bebanan kepada orang lain
• Terlalu peribadi untuk dibincang
• Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
• Bimbang akan reaksi orang lain
• Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
• Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
• Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja


Bagaimana mengendalikan perasaan anda

• Ketahui perasaan anda
• Luahkan perasaan anda
• Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
• Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain


Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

• Merasa lega
• Mengurangkan tekanan
• Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
• Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
• Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

Rabu, September 02, 2009

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR


Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci' (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik)

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya masuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun duduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindak balas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya" (Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melaporkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya diatas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" (Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang Membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu" (Riwayat al Bukhari).

Selasa, September 01, 2009

PANDUAN MEMILIH BEG TANGAN

Memilih beg tangan untuk digayakan pada majlis tertentu boleh memeningkan kepala. Takut tersalah pilih, bukan saja akan menjadi bahan bualan orang malah menjadikan penampilan kita serba tidak kena. Berikut adalah panduan memilih beg tangan yang sesuai untuk anda.

1. Beg tangan kecil dan perhiasan berkilat, sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang elegan.

2. Jenis clutch atau kepit cantik dan manis untuk gaya malam yang ringkas tetapi sesuai juga untuk siang hari jika ia tidak berkilat dan saiznya sederhana besar.

3. Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas. Jangan pilih yang beropol-ropol atau terlalu banyak kocek atau hiasan atau logo besi yang besar kerana ia membuatkan penampilan berserabut dan tidak kemas.

4. Jika anda gemar menggayakan beg bertali yang kecil ketika bertugas, simpan dokumen penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit atau brief. Ini bukan sahaja membuat anda nampak profesional tetapi memudahkan anda membawa dokumen tersebut.

5. Elakkan memakai beg besar jika badan terlalu kecil. Walaupun trend hari ini banyak menampilkan beg tangan yang besar tetapi cuba pilih yang sederhana. Jika tidak, anda mungkin disalah anggap sedang bersiap-sedia untuk pulang ke kampung.

6.Beg kulit lebih bergaya dan nampak profesional ketika bertugas terutama jika anda menyandang jawatan penting dalam syarikat atau berada di dunia korporat.

7. Elakkan beg yang terlalu terang warnanya seperti biru terang, kuning kunyit dan hijau serindit kala bertugas. Pilih nada-nada yang semula jadi dan sedap mata memandang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEBAGAI INGATAN

SEBAGAI INGATAN

KOLEKSI PERSONALITI DAN ANDA

RAHSIA HIDUNG

Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

RAHSIA PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN ISLAM KELAHIRAN

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

KENALI WATAK DI SEBALIK WARNA

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.
Apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
Kelabu
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

Hitam
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
Coklat
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

Ungu
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif..

Fakta sihat tentang TEH
'Air yang terlalu mendidih tidak sesuai untuk membancuh teh terutamanya Teh Hijau. Ini kerana air tersebut boleh merosakkan rasa dan khasiat sebenarnya. Membilas wajah dengan air teh mampu mengawal kehadiran jerawat pada wajah. Biarkan air teh kering sendiri pada wajah. Serbuk teh juga mampu meredakan kesakitan gigi'
RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI

Mari kita lihat Rahsia Personaliti berdasarkan gaya seseorang itu bercuti atau melancong. Sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya. Lepas anda pilih, barulah anda dapat menilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.

So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?

Pulau (Contoh, Pulau Perhentian, Langkawi, Bali ker…)
Bandar-Bandar Besar (Contoh, Tokyo, London ker…)
Taman Tema (Contoh, Genting Park, Disneyland, Wetwell Shah Alam? …)
Bandar / Kota Bersejarah (Contoh, Melaka, Istanbul ker…)
Gunung-ganang (Contoh, Gunung Tahan, Kinabalu, Everest ker…)


PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya..

BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali..

RAHSIA KAREKTOR MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu
Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk
Suka bercakap & berdebat
Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan & pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk jika tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relaks
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun
Kecantikan luar & dalam
Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
Orang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

RAHSIA DI SEBALIK JENIS DARAH

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia di sebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar Berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

HALWA TELINGA