Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

URUTAN BAYI ERATKAN HUBUNGAN IBU DAN ANAK

Imej
Kaedah penyusuan bayi memang diakui keberkesanannya dalam meningkatkan interaksi dan ikatan yang erat di antara ibu dan bayi. Malah bayi yang mendapat susu ibu secara eksklusif selama enam bulan bukan sahaja mendapat nutrien yang lengkap dan kuat daya imunisasinya, tetapi turut memiliki IQ yang tinggi. Bagaimanapun, selain penyusuan ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 3 tahun, ada satu lagi kaedah yang membantu merangsang tumbesaran bayi yang sihat dan cergas iaitu urutan bayi. Kajian perubatan moden menunjukkan bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang bayi sebanyak 15 peratus. Malah, urutan yang kerap juga ialah rahsia bagi menggalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik. Ia turut membantu perkembangan otot dan orientasi yang semuanya amat penting dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan seterusnya berjalan. Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail yang ditemui selepas menyampaikan teknik urutan bayi dalam bengkel Urutan Bayi "Touch'

CARA, ADAB DAN ETIKA MENEGUR ISTERI

Imej
Apa yang cuba bangkitkan ialah tentang cara, adap dan etika menegur isteri itu…adakah kita menegur isteri dengan cara dan etika yang betul? 1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil. Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus. 2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh. Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang

MEMBANTU ANAK BERTUTUR

Imej
Walaupun telah memasuki umur dua tahun, namun anak anda masih tidak boleh bertutur dengan jelas. Perkara tersebut, boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Ada sesetengah ibu bapa pula sering membandingkan kebolehan anak sendiri dengan anak orang lain. Sedangkan, pada hakikatnya, kanak-kanak membesar melalui fasa yang berbeza di antara kanak-kanak seusia dengannya. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembap jika si anak lebih lambat memperoleh kemahiran bertutur, membaca, bergaul dan berdikari berbanding dengan kanak-kanak lain. Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak berasa bimbang tentang prestasi intelek anak-anak mereka walaupun si anak memang lembap jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Kadangkala, persekitaran dan cara ibu bapa yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak-kanak lembap dari segi pencapaian bahasa, kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti. Justeru, anda boleh mencuba beberapa tip

TIP MEMBELI BELAH JUALAN MURAH

Imej
Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah. Baca iklan-iklan jualan murah. Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”. Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok. Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan Bandingkan harga Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan o

AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Imej
Baca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu) Baca doa awal tahun - Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat) 1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa. 16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram 1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat "Iyya kanak budu" kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua') dan 10 Muharram (Asyura) Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengan

MENJAGA KESIHATAN SISTEM PENGHADAMAN

Imej
MASALAH penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, pedih hulu hati dan senak perut boleh dianggap gejala biasa yang lazimnya tidak serius. Bagaimanapun, kita semua ingin mengawal atau mencegah gejala ini daripada kerap berlaku dan berlarutan sehingga menjadi penyakit yang boleh mengancam nyawa. Hakikatnya, bukan susah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Anda hanya perlu menjaga gaya hidup dan diet pemakanan, kerana kesihatan sistem penghadaman bergantung kepada makanan yang anda makan (atau tidak makan!), gaya hidup yang diamalkan dan kegiatan fizikal yang anda lakukan. Awasi apa yang dimakan Untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan dengan cekap dan menyerap nutrien, anda memerlukan sistem penghadaman yang sihat. Diet tidak sihat dan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan dengan gelojoh dan juga tidak makan pada waktu makan boleh mengganggu sistem penghadaman. Sebagai contoh, pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi te

5 LANGKAH MENJADI PASANGAN ROMANTIS

Imej
Cenderungnya lelaki yang mempunyai sikap pendiamsememangnya sukar untuk meluahkan perasaan dan kata cinta di hadapan kekasihn hatinya. Perkara ini berlaku bukan di karana diri wanita yang kurang meyakinkan melainkan keraguan dan rasa malu yang menyelimuti diri anda. Namun, bukan bererti selamanya anda taidak boleh bersikap penuh cinta, dan menjadi seorang pasangan romantis. Tetapi dengan memberi sedikit perhatian dan pesona, tanpa menunggu lama si dia akan menganggap anda sebagai lelaki paling romantis didalam hidupnya. Ingin menjadi serang pasangan yang romantis, berikut 5 langkah yang patut anda ketahui : Katakan dengan bunga Walaupun bibir anda begitu kelu menyampaikan kata cinta, namun kehadiran bunga boleh menjadi salah satu alternative yang boleh mencairkan suasana. Alangkah baiknya bila anda menyiapkan kuntuman bunga mawar merah yang indah untuknya. Letakkan di suatu tempat yang mudah terlihat dan selipkan sebuah kalimat "I Love You." di dalamnya. Walau aksi ini sela

BECUTI MENGIKUT BAJET ELAK KEBERHUTANGAN

Imej
Cuti sekolah yang panjang kini sudah tiba. Pastinya ibu bapa juga sibuk memikirkan aktiviti yang boleh dilakukan anak- anak sepanjang cuti sekolah. Selain merancang aktiviti anak-anak untuk mengikuti pelbagai kelas kemahiran dan kreativiti atau bersiar-siar, apa kata luangkan sedikit masa membawa mereka ke destinasi percutian bagi melegakan minda yang sentiasa dibebani pelajaran dan aktiviti sekolah. Tidak kira bercuti di dalam atau luar negara, yang paling penting perlulah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang ditetapkan. Ini kerana jika bercuti tanpa membuat perancangan terlebih dulu boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang selepas pulang bercuti dan akhirnya secara tidak langsung mengganggu perjalanan kewangan harian anda. Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan cenderahati.

BASUH TANGAN DENGAN BETUL

Imej
Basuh tangan anda, Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki? Membasuh tangan merupakan cara paling berkesan dan mudah untuk menghalang cirit-birit dan pneumonia, dua penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 3.5 juta kanak-kanak seluruh dunia? Membasuh tangan dengan betul turut membasmi jangkitan selsema, demam, sakit perut, hepatitis, SARS dan penyakit bawaan makanan yang lain. Basuh Tangan dengan BETUL: · Basahkan tangan dengan air yang mengalir. · Gunakan sabun. Gosok sehingga berbuih. · Terus gosok selama 15 ke 20 saat pada keseluruhan bahagian tangan - tapak tangan, belakang tangan, jari, sehingga bahagian bawah kuku juga. · Bilas dengan air mengalir. . Keringkan tangan dengan tuala bersih, atau tisu, atau penghembus angin elektrik. (Tukar dengan kerap tuala lap tangan di rumah anda, terutamanya bila ada yang sakit.) . Tutup pi

ADAB PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Imej
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan • Ucapan yang makruf dan sopan Firman Allah: “Dan ucaplah kata-kata yang makruf.” Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.” • Menundukkan pandangan Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan

8 TANDA-TANDA ANDA SERONOK BEKERJA

Imej
Bagaimana dengan kerja anda hari ni? Adakah anda seronok dan menikmatinya? Mari kita sama-sama lihat tanda-tanda yang menunjukkan anda enjoy dengan kerja anda. 1. Datang awal ke tempat kerja Anda tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan anda sememangnya menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja yang baru. Anda tiba awal di tempat kerja dan tidak kisah untuk menunggu pejabat dibuka. Ini memang jelas anda memang seronok bekerja. 2. Tidak kisah kerja lebih masa Bukan mudah untuk kita bekerja lebih masa. Sekalipun dibayar tetapi rasa berat hati tetap ada. Tetapi berbeza bagi mereka yang seronok bekerja. Kerja lebih masa ibarat kerja baru sahaja bermula. 3. Air muka berseri-seri Memang sangat jelas tentang ini. Jika anda terlalu seronok dengan kerja anda sekarang, setiap kali anda ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan dan tersenyum. Kalau air muka anda asyik mencuka, itu tanda awal anda perlu bertukar kerjaya yang anda sukai. 4. Kerja di

KEBAIKAN MANDI

Imej
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaikikesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia

MASALAH BADAN BERBAU

Imej
Kegagalan menguruskan diri dengan baik dikaitkan dengan punca badan berbau. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan memberus bahagian badan tumpuan peluh seperti ketiak amat membantu. Pemakanan juga antara dikaitkan dengan bau badan. Makanan seperti asparagus dan bawang putih mempunyai potensi meninggalkan bau untuk tempoh 24 jam selepas memakannya. Makanan juga dikaitkan dengan penyumbang kepada perubahan hormon dan penghasilan bau badan yang tidak menyenangkan. Makanan yang berbau agak kuat seperti bawang dan jenis makanan berempah akan mengeluarkan bau busuk daripada liang roma terutama di celahan ketiak dan belakang badan. Masalah kesihatan dalaman juga dikenal pasti penyumbang kepada bau badan. Pengambilan ubat-ubatan perangsang hormon juga boleh menjadi punca badan berbau, dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami masalah bau badan yang tidak dapat dikesan puncanya. Petua Mengatasi masalah Bau Badan 1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua.

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI

Imej
RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; • Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit • Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan • Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat • Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit • Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. • Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. •Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala Kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, dan yang lebih elok buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tan

ROMANTIK MENURUT ISLAM

Imej
Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap. Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta. Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil. Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih. Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat

TIPS MEMILIH BAHAN MASAKAN YANG BAIK

Imej
Secara mudahnya, bahan masakan yang baik adalah bahan mentah yang masih baru dan segar. Berikut adalah tips memilih ; 1. Sayur-sayuran dan buah-buahan • Pastikan ia tidak layu, tidak kecut, bertukar warna atau berbau busuk • Lebih elok pilih sayur yang berlubang dimakan serangga kerana ia menunjukkan sayur itu kurang dicemari oleh racun perosak dan bahan kimia. Jadi ia lebih sesuai dan selamat untuk dimakan. 2. Ikan • Pilih ikan yang mempunyai kulit yang masih bersinar dan berwarna terang. Jangan pilih ikan yang kulitnya diselaputi lendiran yang tebal. • Pastikan ikan yang dibeli, matanya tidak tenggelam dan warnanya masih cerah. • Cuba lihat insang ikan berwarna merah cerah (ikan segar). Dan bukannya insang berwarna keperang-perangan atau kering. • Pastinya pilih lah ikan yang tidak berbau busuk • Cuba picit badan ikan yang ingin dibeli. Jika isinya masih pejal dan kenyal apabila dipicit, itu menunjukkan ikan tersebut masih segar. 3. Udang • Pilih udang yang mempunyai kulit yang cera

TERAPI WARNA

Imej
Pernahkah anda berada di sawah padi yang luas terbentang. Apakah perasaan anda apabila terpadang warna hijau yang terbentang luas. Sukakah anda berkelah di tepi pantai. Apakah perasaan anda apabila terpadang warna biru yang luas Apakah warna kereta anda? Kajian menunjukkan warna kereta yang berwarna merah banyak terlibat di dalam kemalangan. Kereta berwarna hijau dan biru kurang terlibat dalam kemalangan. Adakah anda percaya kepada pengaruh warna dalam kehidupan harian kita? 1. Merah Warna ini dapat membangkitkan tenaga, hangat, komunikatif, aktif, optimis, antusias dan semangat. Merah memberi kesan sensual dan mewah, meningkatkan aliran darah dan tubuh yang berkaitan dengan ambisi. Tapi, terlalu banyak warna merah boleh merangsang kemarahan dan agresif. 2. Merah Jambu Warna ini merupakan gabunga warna merah yang lebih muda yang disebut merah jambu atau pink. Merah jambu merupakan warna yang hangat, emosional, tapi juga lembut dan menenangkan. Warna ini tak hanya melambangkan kasih say