Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

DINGIN SEKS, FAHAMI SITUASI ISTERI

Imej
Tatkala nafsu seks suami sedang membuak-buak, si isteri pula menolak dengan pelbagai alasan. sekali dua mungkin si suami boleh bersabar tapi sekiranya setiap hari permintaan untuk melayani kehendak batinnya ditolak, tidak mustahil konflik suami isteri boleh tercetus. Kedinginan melayani kehendak suami mungkin berpunca daripada penurunan ghairah seks isteri. Ramai wanita ketika ini mengalami keadaan yang sama namun jarang mahu berterus terang tentang keadaannya kepada suami. Bagi suami pula jangan terus berkecil hati bila isteri menolak keinginan. Kenal pasti dahulu puncanya sebelum membuat sebarang telahan ataupun tuduhan. Sekiranya isteri memang mengalami penurunan nafsu seks, fahamilah situasi mereka. Ada sesuatu yang tidak kena Apabila wanita percaya dia sedang berhadapan dengan masalah berhubungan penurunan nafsu seks, secara tak langsung keyakinan terhadap hubungan seksual juga akan menurun. Ia akan bermula dengan penolakan untuk mengadakan hubungan intim. Wanita yang mengalami ma

HIKMAH SABAR MENGHADAPI UJIAN DAN MUSIBAH

Imej
Di dalam surah al-Mulk, Allah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan. Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musibah itu ada hikmah yang sangat besar. Nabi bersabda :- إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barang siapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul A

BILA SEKS ITU MENYAKITKAN

Imej
Sungguhpun mengasyikkan namun sayangnya tidak semua wanita mampu menikmati kebahagiaan seks. Bagi sesetengah wanita aktiviti seksual bersama pasangan hanya mengundang derita lantaran rasa sakit dan pedih pada organ intim tatkala melakukan hubungan. Meskipun merasai kesakitan namun wanita malang ini lebih banyak menutup mulut daripada berterus terang dengan pasangan tentang masalah yang mereka alami. Mengapa ya keadaan ini dialami oleh wanita? Penjelasan berikut mungkin memberi jawapan pada anda yang mungkin sedang berhadapan dengan masalah yang sama. 1. Berlakunya Jangkitan Vagina Jangkitan vagina memang mengganggu hubungan intim suami isteri. Antara jangkitan yang memberi kesan pada hubungan seks ialah akibat jangkitan parasit trichomonas dan juga kulat. Jangkitan parasit trichomonas biasanya berlaku akibat melakukan hubungan seks dengan banyak pasangan atau tidak mementingkan kebersihan alat kelamin. Jangkitan ini menyebabkan keputihan yang dalam keadaan serius dilihat seperti buih d

KESESUAIAN WARNA KULIT DAN WARNA PAKAIAN

Imej
Dalam majlis apa pun anda pasti ingin kelihatan menarik. namun anda jangan tersalah memadankan warna pakaian dengan warna kulit anda. Berikut adalah tips sederhana dan umum untuk kita mengetahuinya mengenai kesesuaian warna pakaian dan warna kulit. Kulit putih Sangat sesuai mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink. Meskipun warna lain juga tidak dilarang untuk dipakai. Kulit kuning langsat Lebih sesuai mengenakan Warna tropis (jingga, hijau, merah, kuning dan biru ) merupakan pilihan yang terbaik. Kulit sawo matang Jangan ragu untuk memilih warna ungu atau maroon agar kerana anda akan kelihatan lebih menarik. Kulit gelap yang eksotik sesuai jika menggunakan busana warna tanah yang lembut. Hati-hati, jangan sampai Anda melakukan perkara ini : Nekat menggunakan warna busana yang terlalu kontras dengan kulit. contohnya anda berkulit hitam sementara busana yang dikenakan warna pink. Penampilan anda akan kelihatan berat sebelah! Anda boleh memakai warna kontras

PENGARUH WARNA RUMAH

Imej
Sangatlah penting memilih cat rumah anda dengan saksama. Warna dapat memberi lebih dari sekadar keindahan pada rumah anda. Sebuah warna dapat memiliki pengaruh dalam mood atau suasana hati seseorang. Warna cerah dan berkilau akan menambah semangat, sementara warna pastel akan membuat suasana tenang dan rileks. Beberapa warna dapat terlihat gelap ketika digunakan pada tembok di dalam pasaraya, namun warna yang sama juga boleh kelihatan terang di luar ruangan. Karana takut tidak sesuai dan dianggap berlebihan, kebanyakan orang menggunakan warna-warna neutral seperti putih, krem atau abu-abu untuk mengecat seluruh rumah sehingga tidak dapat menggambarkan diri penghuni. Mengingat pentingnya warna, maka bila anda merancang mengecat rumah dengan warna baru, ada baiknya anda mengenal makna yang digambarkan dari warna tertentu. Perhatikan gambar Color Wheel atau Roda Warna di samping, yang menggambarkan susunan warna. Warna yang terletak pada posisi yang langsung berlawanan pada Color Wheel

PANDUAN MEMBELI CAT

Imej
Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skim warna yang anda ingini. Bandingkannya dengan sampel langsir atau karpet. Lebih baik lagi jika anda uji terus ke dinding anda. Bagi tujuan itu belilah setin yang paling kecil. Cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding, jadi jika anda ragu ‘tone’ yang mana harus dibeli, pilih yang lebih pucat. Lagi satu, warna cat berbeza mengikut ‘batch’ jadi apabila membeli pastikan semua tin mempunyai nombor ‘batch’ yang sama. Terdapat dua jenis cat yang utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling. Ada pelbagai jenama cat yang boleh anda pilih. Yang penting anda tahu spesikasi cat yang anda perlukan. Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau ‘undercoat’ terlebih dulu. Cat emulsion tidak perlu ‘undercoat’ tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas sesuatu permukaan bagi memadamkan wa

TIPS KESIHATAN

Imej
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti :- 1. Bersenam atau beriadah. 2. Mengawal makanan. Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah S.A.W. mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari

MENYINGKAP FAKTA TENTANG SEKS

Imej
Selama hidup, proses pencarian ilmu takkan berakhir. Namun bukan hanya ilmu tentang kehidupan dunia saja yang perlu dicari, sesekali singkaplah ilmu tentang seks. Bukan saja mampu memperbaiki prestasi kehidupan seks, ia juga turut membantu mengekalkan keharmonian suami isteri. Meningkatkan kesihatan dan kebahagian Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa hubungan yang dilakukan secara teratur, bersih dan sihat, sebenarnya banyak memberikan manfaat. Secara psikologinya orang yang sempurna dalam kehidupan seksualnya lebih tenang dari yang tidak dapat mengecapnya. Dalam kata lain mereka dapat menikmati hidup dengan aman dan nikmat. Kesimpulan tersebut dibuat oleh Dr. Ted Mellvenna dari San Fransiscos Institute for Advanced Study of Human Sexuality. Pemerhatian yang dibuat mendapati orang yang melakukan aktiviti seks memiliki harapan hidup lebih lama. Mengatur hormon Wanita yang melakukan hubungan seksual setidaknya sekali seminggu, aturan haidnya lebih normal berbanding dengan wanita yang bel

MANTAPKAN KEMBALI PRESTASI SEKS

Imej
Tidak dapat dinafikan bila usia semakin tua, kehidupan seks akan semakin berubah. Kesan daripada menopaus bagi wanita dan andropaus bagi golongan lelaki, hubungan intim bersama pasangan takkan sehebat dulu. Malah keinginan seks sendiri mungkin akan merudum. Namun begitu masalah seks akibat perubahan usia, janganlah dipandang sepi. Jalan penyelesaian perlu dicari sekiranya ia mengganggu kehidupan anda. Namun begitu janganlah menggunakan cara yang tidak diketahui keberkesanannya malah mendatangkan kesan buruk semata-mata untuk memantapkan kembali prestasi seks. Tanpa menggunakan ubat-ubatan anda sebenarnya masih mampu untuk mendapatkan semula kenikmatan seks yang dirasai satu ketika dulu. Caranya adalah dengan menggunakan pendekatan psikologi dan juga menjaga kesihatan anda. 1 Terimalah hakikat Bagi mencegah dan mengatasi masalah seksual pada usia tua, golongan ini perlu menyedari dan menerima hakikat masa tua sebagai sebahagian perjalanan kehidupan. Pada masa ini akan terjadi penurunan

LAYAKKAH ANDA DIHORMATI SEBAGAI SUAMI

Imej
Secara lazimnya umum tahu itu malah amat memahaminya tetapi jangan lupa, suami juga manusia biasa yang tidak lepas dari berbuat salah dan silap. Walaupun memang kelemahan itu diakui ada pada setiap manusia tetapi ianya boleh dielakkan. Keengkaran mengelakkan berlakunya kelemahan inilah yang boleh menghilangkan kelayakan suami untuk dihormati sebagai suami. Jangan cepat melatah! Bukan maksud untuk menjatuhkan harga diri lelaki bernama suami atau untuk menggalakkan para isteri agar tidak menghormati suami mereka. Tujuannya adalah untuk membincangkan topik ini untuk menyedarkan para suami tentang tanggungjawab yang sewajarnya mereka lakukan terhadap isteri dan anak-anak. Bukan hanya mendabik dada mengakui… akulah suami, akulah ketua keluarga, setiap kataku adalah perintah yang perlu dipatuhi… tetapi apabila tiba kepada aspek menunaikan tanggungjawab, langsung tak boleh diharap! Habis terlungkup!! Kebiasaannya para pembaca semua biasa mendengar pesanan kepada pengantin perempuan… "jag

5 CARA SELAMAT TINGKAT TENAGA SEKS

Imej
Bacaan ini khas untuk mereka yang sudah ada sijil nikah sahaja. Kepada mereka yang masih tidak ada pasangan atas sebab musabab tersendiri, jangan nak menggatalkan mata membaca artikel ini. Adalah menjadi tanggungjawab kalian menanggung apa-apa risiko jika masih berdegil untuk menghabiskan artikel ini. Ramai antara kita yang sanggup melakukan pelbagai perkara untuk meningkatkan kekuatan seksual. Tanpa mengira wang dan risiko yang bakal mereka terima, ada yang sanggup menggunakan ubatan tradisional dan juga moden yang belum dipastikan keberkesanannya bagi memastikan mereka kuat dari segi tenaga batin. Namun tahukah anda terdapat cara yang lebih mudah untuk anda mencapai kekuatan seksual tanpa perlu berbelanja besar dan berhadapan dengan risiko. Tip di bawah boleh membantu anda yang sememangnya sedang mencari cara untuk meningkatkan kekuatan seksual. 1. Anggap dalam bulan madu Ingatkah anda kali pertama anda melakukan hubungan seks dengan pasangan? Semuanya mengakui merasakan sesuatu yang

MENGHORMATI JIRAN TETANGGA

Imej
Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat hidayah dan mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah S.W.T. telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam. Orang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan hari kiamat ialah mereka yang memuliakan jiran tetangganya. Sesiapa yang tidak menjaga hak jiran dan tidak pula berbuat baik kepada jiran mereka, maka ia sebenarnya bukanlah orang yang benar-benar beriman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah

BELAJAR JADI PASANGAN YANG BAIK

Imej
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Pasti ada salah dan silap di mana-mana dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan. Pun begitu tidak salah jika kita belajar memperbaiki diri dan belajar menjadi yang terbaik buat pasangan. Semoga usaha menjadi yang terbaik ini sekali gus dapat memperbaiki perhubungan mahupun rumahtangga anda. 1. Realistik terhadap pasangan Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan menjadi seseorang yang anda inginkan. Hadapi kenyataan dan terimalah dirinya seadanya. Jangan berharap pasangan menjadi wanita terbaik, tercantik mahupun suami yang paling romantis. Cintai pasangan seadanya kerana dirinya. Ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh sesiapapun di dunia ini. 2. Terbuka tentang perasaan. Ketika berhadapan dengan masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sendirian. Namun, berbeza dengan wanita yang lebih terbuka tentang hati dan perasaan mereka.Oleh itu bagi isteri cuba

PERSONALITI, RANGSANGAN PALING HEBAT

Imej
Ransangan tidak semestinya dikaitkan dengan seks. Apa yang ingin dikongsi bersama adalah rangsangan 'kekuatan personaliti' pasangan suami isteri. Cuba anda tanya pada diri sendiri, apakah faktor-faktor yang membuatkan anda dan suami serasi, sehati dan sejiwa? Apakah kerana daya tarikan personaliti masing-masing atau faktor ekonomi yang melibatkan harta benda, atau mungkin faktor alang-alang basah? Mengapa anda berfikir anda harus memperjuangkan perkahwinan anda? Apakah keinginan itu daripada hati atau tekanan orang lain? Agaknya terlalu bahaya mengorek lebih dalam lagi segala pertanyaan yang meragukan cinta dan perkahwinan anda. Tidak perlulah anda menjawap soalan bergitu. Lebih baik anda dan suami berusaha meyakinkah satu sama lain bahawa anda berdua boleh membina syurga dunia di atas puing-puing kelemahan personaliti. Sambil anda mengukuhkan dengan ilmu dan akhlak percintaan sejati. Tidak mustahil dua orang yang tidak serasi pada mulanya boleh saling terangsang satu sama lain

BATAS PERBUALAN LELAKI DAN WANITA

Imej
Hubungan atau interaksi antara lelaki dan wanita dalam banyak keadaan tidak dapat dielakkan. Dalam dunia hari ini, kaum lelaki dan kaum wanita sama-sama bersaing dalam hampir semua sektor. Selagi hubungan tersebut berjalan secara normal, dengan tujuan yang baik (untuk memenuhi urusan dan keperluan), di tempat terbuka dan tidak menimbulkan sebarang syak wasangka orang lain dan tidak ada niat yang terselindung di sebaliknya, maka Islam tidak menghalang lelaki dan wanita untuk berinteraksi antara satu sama lain. Islam hanya menyekat hubungan yang berlebihan yang jika tidak dikawal akan membawa kepada berlakunya zina. Contoh hubungan yang berlebihan ini ialah; 1. Berdua-duaan tanpa mahram 2. Saling sentuh-menyentuh 3. Bercakap dengan suara manja dan memikat (khusus bagi perempuan) 4. Mendedahkan aurat atau bertabarruj 5. Kerap bertemu tanpa ada keperluan 6. Terlalu mesra atau bergurau yang keterlaluan 7. Meluahkan perasaan cinta dan kasih. Bentuk hubungan yang berlebihan di atas hanya diiz

15 RAHSIA SENYUM DAN TAWA

Imej
Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".Tahniah!! Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan. Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar. Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee&

PETUA PENJAGAAN MATA

Imej
Dalam merawat bahagian mata, terdapat berbagai petua atau amalan orang zaman dahulu yang boleh diamalkan hingga kini. Selain murah, bahan-bahannya juga mudah diperolehi antaranya: Timun Letakkan hirisan timun di mata dengan keadaan mata tertutup. Lakukan selama 10 minit setiap hari. Waktu paling berkesan bermula pada sebelah pagi atau ketika mata berada dalam keadaan tekanan. Uncang Teh Sejukkan dahulu uncang teh yang telah digunakan, kemudian letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit. Uncang 'Chamomile' Uncang 'chamomile' juga banyak khasiatnya. Gunakan seperti uncang teh tadi, lekap di mata dan biarkan selama 10 minit. Lobak Merah Amalkan makan lobak merah atau lebih elok 'baby carrot' untuk menghasilkan mata yang sihat dan terang Ais Ketul Tuamkan ais di bahagian bawah mata yang bengkak. Langkah ini baik untuk mengurangkan bengkak di bawah mata selain menyegarkan mata yang penat Kapas & Penyegar Kulit Basahkan kapas dengan penyegar kulit wajah dan l