Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

20 TANDA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN

Imej
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan. 2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu. 4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu. 6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. 7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudaha

BERDEPAN DENGAN LELAKI PEMALU

Imej
Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki  yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu  mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali.  Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki  tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk  berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda  berdepan lelaki pemalu? 1. Anda kena berani memulakan. Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu  selama  ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan  Anda  menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang  lain yang  punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu  berani  mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama  membujang,  baik berani memulakan. 2. Gunakan cara non-verbal. Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin  berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama  ada  tulis tangan atau

SAKIT TUMIT KAKI

Imej
Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.  Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.   Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit. Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau be