Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

SENAMAN PAYUDARA

Imej
Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda. Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan. Tolak berlawanan arah dengan serentak. Lakukan ia 10 - 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara. Urutan payudara anak dara dan masih perawan selalunya mempunyai payudara yang tegang kecil dan putingnya tidak kelihatan menonjol walau dalam keadaan ghairah sekalipun. Semakin meningkat umur semakin naik nafsu seks mereka. Adalah baik untuk meramas payudara serta melakukan urutan pada putingnya. Ia boleh mengelakkan daripada terkena kanser payudara. Kanser payudara adalah disebabkan hormon yang terkumpul pada bahagian puncak payudara kerana naluri keinginan seks yang terbantut apabila anda merasai kepuasannya. Hormon yang banyak ini akan membentuk benjolan yang akan membengkak di puting dan ianya seakan-akan ketulan kecil. Ini sungguh membahaya jika tidak di rawat. Teknik ramasan

MENANGANI CEMBURU

Imej
Sang pencinta mana yang tidak cemburu. Cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan, sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin mampu meragut nyawa. Cemburu menjadikan sesiapa pun terasa istimewa kerana seandainya sidia tidak cemburu, di mana letaknya diri kita di dalam hatinya. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak bosan dan tidak rimas. Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cembu

KENALI DIRI SEBELUM BERGELAR SUAMI ISTERI

Imej
Sebelum berkahwin semuanya indah belaka. Tetapi apabila sudah bergelar suami isteri dan hidup bersama, ada sahaja yang tidak kena. Sebab itu, sebelum bergelar suami isteri, setiap pasangan perlu mengenali diri mereka sendiri agar lebih mudah menjalani kehidupan bersama. Tidak dinafikan aspek komunikasi di dalam perhubungan suami isteri amat penting. Ini kerana ianya melibatkan dua individu yang selalunya berbeza dalam kebanyakan hal. Oleh sebab itu, seseorang itu perlu selalu menganalisa sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri, dan keperluannya dalam hubungan dengan pasangan. Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan sekaligus mewujudkan alam rumahtangga yang harmoni. 1. Mempunyai andaian salah mengenai peranan suami isteri. Contohnya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.

MENJAGA KESETIAAN PADA PASANGAN

Imej
Untuk menjadi pasangan yang setia dan menjamin hubungan kekal ke akhir hayat adalah perlu untuk kita menerima kekurangan dan keburukan pasangan kita dari semasa ke semasa, kerana setiap pasangan akan mengalami fasa-fasa kehidupan dimana yang muda akan tua dan banyak perkara yang mungkin menyebabkan hati mula berubah. Namun tidak kurang juga anasir-anasir luar yang mengganggu hubungan suami isteri, tetapi ia boleh dielakkan, dan panduan seperti berikut boleh digunapakai mengikut kesesuaian. 1. Tidak melayan kenangan bekas kekasih lama. 2. Menetapkan jarak yang berpatutan apabila berkenalan dengan teman baru baik di tempat kerja, di pertemuan lain seperti di seminar atau majlis sosial. Jika terbentuk persahabatan, topik peribadi dan masalah keluarga tidak dijadikan bahan perkongsian. 3. Orang lain tidak diizinkan mengambil tahu masalah rumah tangga dan dengan ini hubungan mereka tidak akan diancam oleh pihak ketiga. 4. Komunikasi dengan pasangan harus aktif. Menyelesaikan masalah dengan

POLIGAMI IKUT SYARAK, ADIL JAMIN BAHAGIA

Imej
Poligami, adalah satu perkataan yang bila disebut akan membuatkan sesetengah manusia tersenyum manakala sesetengah yang lain berkerut dahi. Poligami adalah antara perkara yang disyariatkan harus dalam Islam. Poligami juga adalah larangan keras dalam ajaran agama lain. Poligami sudah menjadi amalan umat manusia sebelum kedatangan Islam lagi. Allah SWT berfirman: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2) Poligami sering dilihat jijik, dipersalahkan dan dihina berdasarkan keadaan sekeliling yang memaksa masyarakat me

MEMULIAKAN TETAMU

Imej
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Pernah datang seorang lelaki kepada Nabi, lalu berkata: Sesungguhnya aku sangat lapar. Baginda pun menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada salah seorang isteri Baginda, namun isteri Baginda berkata: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air. Baginda pula lalu menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada isteri Baginda yang lain, namun isteri Baginda ini juga mengatakan hal yang sama, sehingga semua isteri Baginda juga mengatakan hal yang sama, iaitu: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air. Nabi lalu berkata kepada sahabat: Adakah daripada kamu yang mahu menjamu orang ini malam ini? Seorang daripada kalangan Ansar berkata: Saya, wahai Rasulullah. Seterusnya, orang itu pun membawa orang tadi ke rumahnya. Sesampai di rumah, dia berkata kepada isterinya: Muliakanlah tetamu Rasulullah ini. Dalam riwayat lainnya disebu

ADAP BERCAKAP

Imej
1. Hadapkan seluruh badan ke arah orang yang sedang bercakap dengan kita 2. Jangan menjerit-jerit atau bercakap dari jarak yang jauh. Sebaiknya datanglah hampir barulah bercakap. 3. Tidak bercakap terlalu kuat dan tidak pula terlalu perlahan hingga sukar didengar. Cukuplah sekadar yang boleh didengar. 4. Jangan bergurau keterlaluan atau bersenda semasa bercakap. Bercakaplah dengan serius jika hal yang mahu disampaikan itu penting. 5. Jangan mengumpat, memfitnah, mengejek atau memperolok-olokan seseorang. 6. Bercakap dengan teratur dan perlahan. Jangan terlalu laju hingga sukar difahami. 7. Latihlah supaya selalu senyum semasa memulakan percakapan. 8. Jangan menyampuk dan memintas perbualan orang lain. Tunggulah dengan sabar. 9. Elakkan daripada bercakap tentang perkara-perkara yang sia-sia atau tidak perlu. 10. Jangan mengada-ngadakan cerita atau menokok tambah sesuatu berita. Semoga kita sama-sama mendapat manafaat dari 10 huraian diatas.

5 TIPS MEMULAKAN PERKENALAN

Imej
Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan. Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan. Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut. 1. Bersedia untuk ditolak Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini. Oleh sebab itu sebagai lelaki anda jangan sesekali tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri. Dalam aspek ini anda perlu bersedia jika kehadiran

VAGINA KEMBALI ANJAL

Imej
Pilihan isu Kesihatan minggu ini sememangnya mengundang perbahasan dan tarikan di kalangan rakan-rakan. Ia seolah-olah satu benda baru yang tidak pernah diperkatakan sebelum ini. Sedangkan hakikatnya sejak zaman nenek moyang kita lagi, perihal penjagaan vagina amat dititikberatkan lantaran hubungkaitnya dengan keharmonian rumahtangga. Apatah lagi di kalangan masyarakat rantau Asia. Orang Melayu misalnya amat terkenal dengan ramuan akar kayu untuk penjagaan vagina, baik untuk mengetatkan mahupun dari sudut penjagaan kebersihan. Ambil sahaja contoh mudah - bersihkan vagina dengan air daun sirih dan amalkan air akar kayu serta pengambilan jamu selepas bersalin untuk mengetatkan vagina. Manakala herba tertentu dikatakan mampu mengetatkan vagina. Begitu juga teknik urutan yang dikatakan mampu memudakan vagina. Amalan tradisional itu kini dipanjangkan pula dalam dunia perubatan moden menerusi perkembangan lebih menarik apabila dikhabarkan ada teknologi yang mampu mengembalikan dara wanita. B

KHASIAT DOA NABI YUNUS

Imej
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." Doa Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) SURAH AL-ANBIYAK(21):87 Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca d

MENGATASI SAKIT MENTAL

Imej
BERBAGAI faktor telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada penyakit mental seperti kekecewaan, kegagalan dalam pelajaran, tekanan hidup serta faktor persekitaran dan masyarakat sekeliling. Sebenarnya masalah sakit mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan kita tidak sahaja perlu mengetahui faktor penyebab tetapi apa yang lebih penting kita juga perlu mengetahui bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit mental daripada menghampiri kita. Sedar atau tidak penyakit mental hampir sama dengan penyakit yang lain yang mana kita perlu menghindarinya setiap masa dalam kita menjalani hidup ini. Malahan sesiapa sahaja terdedah dengan penyakit mental. Ada cara yang senang untuk kita ikuti bagi mengelakkan diri kita sendiri terjebak dengan penyakit mental atau diserang penyakit mental. Yang pertama adalah apabila kita melakukan sesuatu perlulah bersandarkan kepada agama. Dalam hal ini, agama perlu dijadikan sebagai pedoman dalam apa sahaja yang kita lakukan. Ilmu agama perlu kuat kerana

LELAKI TIDAK KOMPLEKS

Imej
Perangai lelaki apabila dinilai dari sudut pandang seorang wanita mungkin tersasar kebenarannya. Wanita itu kejadiannya rumit berbanding kaum lelaki lantas pemikiran dan perbuatan terdapat jurang perbezaan. Pemikiran wanita lebih kompleks, tumpuan wanita lebih variasi dan kadang-kadang mampu menjangkau ke satu tahap yang tidak dijangka. Apabila dinyatakan bahawa lelaki tidak kompleks, wanita akan berkerut dahi dan tidak mudah menerima hakikat kerana bagi wanita, semua perkara mempunyai pusingan dan putaran dan mustahil adalah jalan lurus yang ringkas. Tetapi, itulah kenyataannya. Jika dilihat pada ‘bell curve’ atau puratanya, lelaki itu tidak kompleks, tidak rumit. Walaupun ada lelaki yang rumitnya melebihi kaum wanita, jumlahnya adalah umpama spesis terancam. Lelaki itu ringkas, lelaki satu arah dan bertindak mengikut arahan. Mendengar wanita cuba untuk ‘post-mortem’ mengapa lelaki melakukan sesuatu perkara adalah amat melucukan. Ramai yang tidak mempercayai bahawa lelaki dijadikan se

ELAK CINTA SUAMI ORANG

Imej
Dewasa ini, sering kali kita mendengar cerita si gadis muda yang terperangkap dalam situasi bercinta dengan suami orang. Walau bukan itu yang dimahukan, namun, kerana lakonan dan permainan lelaki yang bermulut manis, si gadis yang kebanyakannya kurang pengalaman dalam bercinta, akhirnya terjerat dengan hubungan sebegini. Bila status lelaki yang dicintai itu diketahui, mereka merasakan ianya sudah terlambat kerana hati mereka sudah terlanjur sayang. Akibatnya, mereka sanggup bermadu atau memberi kata dua kepada lelaki, sama ada memilih keluarga atau dirinya. Untuk mengelakkan kejadian sebegini terus berleluasa, para gadis perlu diberikan panduan agar tidak mudah terjerat dengan cinta suami orang. Jalan terbaik untuk mengelakannya ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri. Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuan lelaki yang sudah berumahtangga, agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta. Ia juga penting supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kad

KEISTIMEWAAN PELUKAN

Imej
Khasiat Pelukan Antara Suami dan Isteri Suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh". “Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati peluka

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL

Imej
Apabila ditanya kepada golongan lelaki tentang peranan mereka bila mendapati isteri yang disayangi hamil, rata-rata mengakui tahu tentang peranan yang harus dipikul. Namun hakikatnya, tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau 'mood' wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami. Di sini diperturunkan beberapa tip buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami. 1. Kongsi maklumat kehamilan Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak p