ELAK CINTA SUAMI ORANG


Dewasa ini, sering kali kita mendengar cerita si gadis muda yang terperangkap dalam situasi bercinta dengan suami orang.

Walau bukan itu yang dimahukan, namun, kerana lakonan dan permainan lelaki yang bermulut manis, si gadis yang kebanyakannya kurang pengalaman dalam bercinta, akhirnya terjerat dengan hubungan sebegini.

Bila status lelaki yang dicintai itu diketahui, mereka merasakan ianya sudah terlambat kerana hati mereka sudah terlanjur sayang. Akibatnya, mereka sanggup bermadu atau memberi kata dua kepada lelaki, sama ada memilih keluarga atau dirinya.

Untuk mengelakkan kejadian sebegini terus berleluasa, para gadis perlu diberikan panduan agar tidak mudah terjerat dengan cinta suami orang. Jalan terbaik untuk mengelakannya ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri.

Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuan lelaki yang sudah berumahtangga, agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta. Ia juga penting supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.

Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun, anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi, sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.

1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut.

Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya, dia akan cuba sedaya-upaya mengalih topik perbincangan.

2. Panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya, selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.

Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.

3. Separuh hati
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah dan sekiranya keluar di tempat awam, dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.

Selain itu, anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.

4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai.

Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.

5. Berahsia dan beralasan
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara, lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.

Dia juga selalu mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda. Sebagai contoh, isterinya mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah, maka jangan haraplah dia akan masuk ke situ walaupun anda mengajaknya berulang kali.

6. Selalu sibuk pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki.

7. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan, mereka akan resah dan bingung.

Namun ada lelaki tenang saja. Bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya anda hanya dijadikan sebagai teman menghabiskan masa terluang apabila diperlukan.

8. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri, maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang, maka percayalah pada rasa hati anda itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS