KENALI BEDAK ASAS ANDA
Bagi memiliki solekan yang sempurna, bedak asas merupakan salah satu bahan penting. Bedak asas berfungsi seperti kanvas untuk keseluruhan solekan anda supaya warna senang diserap ke kulit muka. Formula bedak asas yang berada di pasaran kini boleh memberikan efek yang berbeza. Namun, anda perlu bijak membuat pilihan kerana ia perlu bergantung pada jenis dan warna kulit anda. Anda buntu untuk memilih? Kenali 4 jenis bedak asas dan tips memakainya. Bedak tabur Bedak tabur atau lebih dikenali sebagai 'solid mineral' . Bedak tabur mempunyai mineral-mineral yang diperlukan oleh kulit dan lebih berkesan untuk mengembalikan kulit wajah yang bermasalah. Ia sesuai dipakai untuk kulit wajah jenis berminyak, berjerawat dan sensitif. Jika anda mempunyai kulit wajah yang kering, ia tidak sesuai dipakai kerana ia hanya akan menyerlahkan lagi masalah kulit anda. Bedak tabur selalunya mempunyai span khusus. Dengan menggunakan span khusus itu, olesk...