Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

PUNCA MASALAH KUKU

Imej
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kuku bermasalah dan kelihatan lesu dan tidak cantik. Kesan perubahan pada kuku lazimnya kerana terlalu banyak   makan ubat-ubat tertentu dan selain daripada itu terlalu banyak merokok. Memakai cat kuku berlebihan dan varnis kuku dengan kerap juga menyebabkan kuku hilang kesegarannya dan mudah rosak. Bersama-sama ini diberikan beberapa info jenis perubahan kuku dan antara sebab-sebab terjadinya perubahan tersebut. 1.   Kuku yang kering dan rapuh Kerana kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Selain tu mungkin kerana terlalu kerap  terendam dalam air sejuk atau panas. Untuk merawatnya banyak makan makanan yang mengandungi vitamin A, kalsium dan zat besi. Perlu kerap mengurut kuku dan jari-jemari tu dengan krim pelembap.  Satu petua yang boleh dicuba untuk memulihkan kembali kecantikan kuku itu ialah cuba amalkan sapu kuku dengan minyak zaitun. Biarkan selama setengah jam sebelum membersihkannya kembali. Amalkan sekurang-ku