PUNCA MASALAH KUKU


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kuku bermasalah dan kelihatan lesu dan tidak cantik. Kesan perubahan pada kuku lazimnya kerana terlalu banyak makan ubat-ubat tertentu dan selain daripada itu terlalu banyak merokok. Memakai cat kuku berlebihan dan varnis kuku dengan kerap juga menyebabkan kuku hilang kesegarannya dan mudah rosak. Bersama-sama ini diberikan beberapa info jenis perubahan kuku dan antara sebab-sebab terjadinya perubahan tersebut.


1.   Kuku yang kering dan rapuh
Kerana kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Selain tu mungkin kerana terlalu kerap  terendam dalam air sejuk atau panas.
Untuk merawatnya banyak makan makanan yang mengandungi vitamin A, kalsium dan zat besi. Perlu kerap mengurut kuku dan jari-jemari tu dengan krim pelembap.  Satu petua yang boleh dicuba untuk memulihkan kembali kecantikan kuku itu ialah cuba amalkan sapu kuku dengan minyak zaitun. Biarkan selama setengah jam sebelum membersihkannya kembali. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.


2.   Kuku yang halus dan lemah
Puncanya dari ‘gen’ atau keturunan. Tapi boleh juga terjadi kerana penggunaan pembersih kuku yang kuat sangat kesannya. Selain tu, kerana terlalu lama berendam dalam air.
Untuk merawatnya, banyak makan makanan yang mengandungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi.


3.  Terkopek mendatar
Mungkin berpunca kerana keturunan. Lazimnya juga terjadi kerana kekurangan vitamin B atau luka pada kulit ari atau dasar kuku.
Untuk merawatnya, perlu mengambil makanan mengandungi vitamin B.


4.  Kuku tanduk
Kuku yang kelihatan sangat tebal dan keras. Bahagian tepinya pecah-pecah dan warnanya kuning atau hijau atau kecoklatan. Punca yang biasa ialah sebab pertumbuhan kuku yang terhalang kerana memakai kasut yang ketat atau terlalu sempit.


5.  Kuku berbintik-bintik putih
Kelainan yang tumbuh pada kuku tetapi selalunya bukanlah satu penyakit.Ia kerana kecederaan pada dasar kuku. Warna putih pada kuku terjadi kerana terdapat udara dalam zat tanduk kuku. Selalunya bila kuku tu terus bertumbuh, tanda putih tu akan hilang sedikit demi sedikit.

Ulasan

  1. Terima kasih... saja nak cari sebab-sebab kuku rapuh.. dulu kuku kaki saya tercabut dalam masa yang kerap.. tak tahu nape.. senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS