Jumaat, Oktober 30, 2009

RAHSIA FADHILAT SURAH YASSIN

Berikut ini disenaraikan fadhilat dan kelebihan-kelebihan Surah Yaasin…Semoga kita semua dapat amal insyaAllah.

Rahsia Kelebihan Ayat 1 - 9 :
Untuk keselamatan diri

Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan Jantung Yaasin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Rahsia Kelebihan Ayat 13 - 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Rahsia Kelebihan Ayat 22 - 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Rahsia Kelebihan Ayat 33 - 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Rahsia Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.

Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Rahsia Kelebihan Ayat 45 - 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Rahsia Kelebihan Ayat 78 - 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

•Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :

1.Selepas sembahyang subuh
2.3 Jumaat berturut-turut
3.Ayat 1 - Yassin baca 7x
4.Ayat 38 - 12x
5.Ayat 58 - 7x
6.Ayat 82 - 14x
7.Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8.Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9.Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Sekian, Selamat Beramal

Khamis, Oktober 29, 2009

15 NASIHAT UNTUK WANITA


1. Terlalu lama berdiri
Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banayk berfikir
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Rabu, Oktober 28, 2009

TIPS MENGATASI PERUT BUNCIT

Bersarapan Dengan Yogurt
Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.

Jangan Gelojoh
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan tersekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.

Kurangkan Garam
Pengambilan garam yang banyak didalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.

Selasa, Oktober 27, 2009

10 PERKARA YANG LELAKI SUKA DAN TIDAK SUKA TERHADAP WANITA

DISUKAI
• Pandai dalam mengenakan pakaian.(pandai melaram tak apa...ok je bagi orang lelaki)
• Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya.(tak jemu mata memandang gitu)
• Tak mudah naik angin!(ni pantang!!!...hehe)
• Perempuan yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya.
• Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira.(ni wajib ada)
• Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat.(jangan jadi kayu ja...share la sikit dengan lelaki)
• Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut!(jangan memperkecilkan kejantanan lelaki...nantt dia cari bomoh...hehe)
• Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal.
• Tak terlalu seksi dalam berpakaian.(islam kan tak suka...orang lalaki pun sama la...x suka jugak)
• Pandai memasak. (takkan nak makan kedai je kan...so belajar masak)

TIDAK DISUKAI
• Perempuan yang suka mengumpat!(ish...sikap ni patut elak...Islam pun tak suka)
• Perempuan yang menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
• Perempuan yang hisap rokok.(lelaki yang merokok pun benci apatah lagi yang tak merokok)
• Perempuan yang melayan lelaki seperti alas kaki! (ish2...ni patut kurang asam)
• Perempuan yang hipokrit.(aish...kesian kat orang lelaki kalau dapat yang macam ni)
• Perempuan yang tak pandai mengemas.
• Perempuan yang "Queen Control" atau suka mengarah-arah.(haha...depend kat laki tu gak...klu laki ganas...silap haribulan makan penampar la pompuan tu...hehe)
• Perempuan yang suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli.(kadang-kadang boleh diterima)
• Perempuan yang kuat merajuk dan sukar dipujuk. (Sekali-sekala takpa la...)
• Perempuan yang kuat berleter walau hal remeh temeh.(ni leh buat telinga lelaki panas...kes penceraian pun banyak terjadi sebab orang pompuan kuat berleter...hehe)

Jumaat, Oktober 23, 2009

PEMAKAIAN TUDUNG WANITA ISLAM

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Jika dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Sam ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhrimnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.
Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Khamis, Oktober 22, 2009

10 SITUASI LELAKI YANG HARUS WANITA FAHAMI LELAKI..


1. Bila si dia sibuk……..
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego…….
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik……..
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran……..
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat…….
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri………
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong…..
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba…….
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang…..
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul……
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.

Rabu, Oktober 21, 2009

KASUT KULIT BABI


Cara nak tengok dan kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenal pasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan beli. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;
3 bintik kulit babi

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kawan saya kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.


Selasa, Oktober 20, 2009

CIRI-CIRI LELAKI TULIN

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya

Isnin, Oktober 19, 2009

HATI SEORANG WANITA


1. Sensitif :
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet :
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus :
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas :
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin :
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja :
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego :
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta :
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.


Jumaat, Oktober 16, 2009

RAHSIA JUMAAT


Oleh : Kapt Hapidi bin Hussin

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad S.A.W. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T. pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.


Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah S.A.W.: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah".

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga".

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.


Khamis, Oktober 15, 2009

TIPS MENGENALI ORANG BERBOHONG


Berapa kerap anda perasan bahawa tiba-tiba teman lelaki atau pasangan membohingi anda? ada sahaja alasan yang diberikan hingga anda merasakan ada sesuatu yang diselindungkan. Itu jika anda mengesannya dengan lebih awal dan anda tahu dia memang sedang berbohong. Tetapi bagaimana pula jika si diasedikit pun tidak menunjukkan bahawa dia sedang berbohong dan anda terus-terusan mempercayainya.

Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Rabu, Oktober 14, 2009

SOY KOLLAGEN DAN VITAMIN C BANTU KULIT TEGANG


Soy Collagen + Vitamin C sesuai untuk golongan berusian 30-an.

Kulit lesu, kering dan tiada tanda keanjalan pada wajah menunjukkan berkurangnya penghasilan semula jadi kolagen. Seiring peningkatan usia terutama mereka yang menjangkau usia 30-an, otot semakin lemah, tulang kehilangan kalsium bahkan penuaan mengisi tempatnya. Kepentingan kologen amat ketara kerana ia terdapat diseluruh badan termasuk kulit, otot dan tulang sehingga ada yang menyifatkannya sebagai "batu-bata" yang menjadi asas kulit, otot, tulang serta rangka yang sihat.

Orang asia amat mementingkan struktur kulit putih, cantik dan menarik. Pemutih turut menjadi elemen penting dalam penghasilan produk. Cuaca yang agak panas juga membuatkan kita sering memikirkan produk yang mampu menjadikan kulit kekal putih. Selain itu, ia menitik beratkan soal pengurangan kedut pada kulit, oleh itu amalan berterusan dengan meminum kolagen soya akan membantu mengurangkan garis halus yang menghiasi muka, mata, leher dan tempat tertentu. Disamping penghalusan kulit, kombinasi vitamin C membantu mencantikkan rambut, kuku serta menghilangkan pigmentasi pada kulit.

Tubuh yang sihat bukan bersandarkan kepada minuman produk kesihatan semata-mata. Gabungan minuman berkenaan bersama aspek penjagaan kesihatan yang lain termasuk amalan pemakanan seimbang, minum air dan rehat mencukupi disamping aktiviti riadah bakal membawa perubahan diri termasuk memperoleh bentuk badan bersesuaian.

Selasa, Oktober 13, 2009

RAHSIA SENYUM


Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Isnin, Oktober 12, 2009

INGIN MENJADI ISTERI IDAMAN???


“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim)
Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.
Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat.
Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.
Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:”Aku mohon ampun kepada Allah…. itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)….”
Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria’ dan sum’ah, memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.
Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan” QS. Al Hujurat: 11
Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: “Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya” HR. Muslim
Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah ‘Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: “Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya” HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany
Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: ” Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali” HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany
Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu ‘anhunna…
Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:”Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka…”

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga

, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya,

khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya

. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.
Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: ” Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran”. HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :”Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya” HR. Bukhary dalam An-Nikah
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)….” Q. S. An Nissa 4.34
“Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” Q. S. An Nuur 24:35
“Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu.”
Rasulullah saw bersabda, “Katakanlah, ‘Aku beriman kepada Allah,’ kemudian

Jumaat, Oktober 09, 2009

KONSEP RUMAH TERBUKA


KITA baru saja sempurna mengerjakan sebulan puasa pada Ramadan dan Aidilfitri sudah pun disambut kini. Kelihatan perayaan ini begitu meriah diraikan segenap masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur dan tempat, termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
Tiada salahnya orang bukan Islam ingin memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri ini dengan syarat ia tidak melanggar batasan ditetapkan hukum syarak. Keunikan rakyat Malaysia ini sukar dicari di negara lain.

Umat Islam juga akan menganjurkan rumah terbuka selepas ini dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan sebagainya. Tentu ramai akan keletihan mengunjungi rumah terbuka yang kadangkala mencecah 10 buah rumah yang mesti dikunjungi pada satu hari. Mengadakan rumah terbuka sudah menjadi budaya masyarakat Melayu Malaysia seolah-olah perayaan tidak akan lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka.

Jika diperhatikan perubahan budaya ini terutama di bandar, suatu ketika dulu tetamu sama ada saudara atau rakan taulan datang tanpa mengira adanya jamuan terbuka dan sebagainya, tetapi hari ini ia seolah-olah diterima ramai dan sebati dalam hidup kita. Kita tidak membantah pelaksanaan rumah terbuka tetapi konsepnya itu tidak meminggirkan apa yang sudah biasa diamalkan terdahulu oleh masyarakat Melayu Islam. Begitu juga semasa mengadakan rumah terbuka, jangan keterlaluan hingga membawa kepada pembaziran.
Dalam mengadakan rumah terbuka juga, jangan lupa kepada golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah kebakaran, kehilangan orang tersayang. Kadang-kala berlaku rumah terbuka diadakan tetapi jiran tetangga dan orang miskin berdekatan tidak dijemput sama. Ini suatu yang tidak wajar dan perlu dielakkan. Raikan mereka juga kerana mereka ini adalah saudara seagama dan orang yang hampir dengan kita.

Tanggalkan pakaian adat yang kita pakai dalam meraikan Aidilfitri dan kenakan busana Islam ketika menyambut hari kemenangan itu. Lihatlah perspektif Aidilfitri daripada kaca mata Islam sebenar. Aidilfitri adalah hari kebesaran Islam yang berbeza daripada perayaan lain yang semata-mata untuk kemeriahan tanpa menyelitkan sebarang unsur agama.
Selepas berhari raya, ramai juga antara kita memulakan ibadat puasa enam. Beruntunglah mereka yang tidak ketinggalan melakukan puasa enam ini kerana Allah menjanjikan ganjaran besar kepada mereka yang menyempurnakan puasa Ramadan diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal. Jangan pula disebabkan terlalu banyak rumah terbuka, kita tidak berkesempatan berpuasa enam. Aidilfitri pasti ceria di kalangan kanak-kanak. Tentulah yang menyeronokkan mereka ialah tatkala menerima duit raya. Mereka berlumba-lumba menziarahi rumah ke rumah semata-mata untuk mendapatkan duit raya. Itulah sifat kanak-kanak dan orang dewasa tidak patut menyalahkan mereka.

Namun sebagai ibu bapa, kita boleh memberi panduan dan menanam semangat menabung hasil wang kutipan duit raya itu. Semailah sifat berjimat cermat ini ketia mereka masih pada awal usia. Jangan mengajar mereka membazir dalam kehidupan seharian. Tentu ada sebahagian kita yang sudah meninggalkan kampung halaman untuk kembali ke bandar. Kedamaian di kampung terpaksa ditinggalkan kerana tuntutan kerja di ibu kota. Kedua orang tua akan kembali kesepian mengenangkan anak cucu mereka di kota yang pulang hanya sekali setahun. Jenguklah kedua orang tua selalu sementara mereka masih ada. Berilah khidmat yang terbaik kepada mereka bagi membalas jasa dan budi baik mereka. Segala apa yang kita lakukan adalah terlalu kecil berbanding dengan pengorbanan yang mereka harungi untuk kita.
Sempena hari raya ini juga, rapatkan hubungan sesama adik-beradik, maaf bermaafan dan raikan saudara mara yang sudah tua. Menziarahi datuk, nenek dan keluarga wajar diutamakan. Santunilah orang keliling dengan cara terbaik kerana ia adalah sebahagian tuntutan agama. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil sempena Aidilfitri ini. Bukalah mata, bukalah minda bagi menerima pengajaran itu dengan penuh ketulusan hati. Dengan cara itu kita akan kembali kepada fitrah manusia iaitu dalam keadaan suci bersih daripada noda dan dosa.

Bagi golongan kurang bernasib baik atau mereka yang diuji Allah dengan pelbagai bentuk ujian, tentulah Aidilfitri disambut penuh kesayuan dan kesedihan. Terutama mereka yang baru kehilangan orang tersayang sama ada kerana kematian, perceraian dan sebagainya, tabahkan hati dan bina keyakinan bahawa hari depan sudah pasti bercahaya dan penuh kebaikan apabila kita menerima ujian Allah dengan positif.

Semoga Aidilfitri ini disambut dengan baik dan menjadi titik tolak perubahan kita ke arah mencapai keredaan Allah. Moga kita tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan mengambil pengajaran daripada apa yang sudah kita lalui.

Khamis, Oktober 08, 2009

CERMIN HIASAN CERIAKAN RUMAH


MELANGKAH masuk ke ruang atau sudut kediaman berlatarkan cermin hiasan memberikan pelbagai persepsi berbeza mengenai konsep penataan yang diketengahkan.

Dahulu, cermin hiasan hanya digunakan untuk melihat wajah dan bersolek, tetapi kini fungsi cermin lebih kepada melengkapi keunikan ruang atau sudut kediaman. Ramai melihat keunikan cermin hiasan sebagai elemen dekorasi hiasan dalaman terpenting dalam menginspirasikan ruang atau sudut pelbagai dimensi.
Penataan ruang atau sudut kediaman lebih menyeluruh jika elemen cermin hiasan digunakan sepenuhnya bagi menyerlah konsep atau tema pilihan pemiliknya. Ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan bilik mandi ternyata mempamerkan kelainan jika ada elemen cermin hiasan.
Keindahan ruang tamu berlatarkan susun atur perabot, fabrik langsir pilihan dan aksesori perhiasan menarik menjadi satu dimensi jika cermin diletakkan pada dinding ruang berkenaan. Keharmonian dan keceriaan dalam meraikan tetamu dan keluarga sambil menikmati sajian lebih bermakna dengan refleksi cermin hiasan di ruang berkenaan.

Malah, penggunaan cermin di bilik tidur sudah lama diketengahkan dalam masyarakat kita khususnya jenis cermin yang digabungkan dengan set meja solek. Sejak dulu ia bagaikan pelengkap utama bilik tidur yang menjadi ruang paling peribadi dan selesa untuk berdandan atau bersolek.

Sementara itu, kehadiran cermin hiasan di bilik mandi menjadi kemestian dalam gaya hidup masyarakat hari ini kerana ia menjadi perhiasan pertama yang ditatap keluarga dan tetamu.
Penggunaan cermin hiasan dalam menyerikan ruangan santai berlandskap menarik turut mencuri perhatian apabila kehijauan pemandangan itu terbias pada cermin. Tidak dinafikan kehadiran apa jua jenis cermin hiasan ruang tertentu termasuk jenis berbingkai, bercorak atau berlakaran seni membuatkan ia menjadi titik tumpu dan menceriakan suasana.

Letaklah di sudut mana sekali pun, cermin hiasan tetap sepadan kerana refleksi diterjemahkan secara langsung menampakkan ruang yang lebih luas. Bagi kediaman yang tidak mempunyai ruang terhad, penggunaan cermin hiasan memang digalakkan memandangkan cita rasa setiap pemilik kediaman berbeza.


Tip Menjaga Cermin Hiasan
• Bagi memastikan cermin hiasan sentiasa bersih dan bersinar-sinar, permukaannya perlu dilap setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.
• Cuci cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka.
• Jangan lupa, cermin antara perhiasan pertama yang dilihat dan ditatap tetamu.
• Bagi cermin hiasan berwarna tidak boleh dicuci seminggu selepas pemasangan, sebaliknya lap menggunakan kain lembut dan pencuci tingkap biasa atau penyapu bulu ayam untuk cucian harian.
• Cermin hiasan berbingkai atau bercorak perlu lebih teliti penjagaannya kerana proses penjagaan bukan hanya pada cermin malah merangkumi bingkainya sekali.
• Meletakkan cermin hiasan di atas meja tidak digalakkan sekiranya anda mempunyai anak kecil.
• Dari konsep dekorasi, elakkan menggantung cermin hiasan berhampiran aksesori hiasan dinding lain kerana ia boleh menghilangkan seri penataan ruang yang ditampilkan.

Rabu, Oktober 07, 2009

TIPS UNTUK ISTERI


"Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapatkah anda menjadi, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu
Janganlah anda fikir dengan tanpa seurat pun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku
Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah Sensasi
Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.

Zon Rasa
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih 'macho' perkasa.

Daerah Rangsangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan Geram
Perbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu.

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’

Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda.

so, amacam wahai isteri-isteri? dah ready memberi kejutan?"

Selasa, Oktober 06, 2009

TENTANG BILIK AIR


Bilik air merupakan suatu ruang yang amat penting. Ia menyediakan kemudahan untuk kita membersihkan diri. Ia merupakan ruang peribadi dan perlu direka untuk keselesaan dan ketenangan. Sebagaimana ruang-ruang yang lain, rupa bentuk bilik air berbeza selaras dengan kemampuan dan citarasa pemiliknya. Biar bagaimana keadaannya, ia tetap suatu ruang yang memerlukan perancangan teliti lagi mendalam.

Bagi keluarga yang besar, pastikan rumah anda mempunyai bilangan bilik air sepadan dengan bilangan orang yang mendiaminya bagi mengelakkan perbarisan panjang waktu pagi di samping mengurangkan kadar kerosakan.

Jika ruang bilik air anda cukup luas, pasang sekatan untuk ruang mandi dan tandas. Namun jika anda mempunyai ruang bilik air yang kecil, pastikan sekurang-kurangnya anda memiliki pancuran mandi, sinki membasuh, mangkuk tandas serta lain-lain kemudahan untuk menyimpan pelbagai keperluan pembersihan dan higenik anda.

Anda boleh menggunakan tab mandi jika mahu dan mempunyai ruang lebih. Jika dipasang ia akan menjadi titik tumpu dalam bilik air anda. Untuk menjadikannya menarik, kemaskan ia sejajar dengan seni hias keseluruhan ruang berkenaan. Tab mandi dijual dengan bentuk dan saiz yang berbagai dan ini memudahkan anda mencari yang sesuai dengan bilik air anda.

Lekapan dan lengkapan bilik air bukan murah dan tidak mudah dialihkan selepas ia selesai dipasang. Kerana itulah perancangan rapi perlu, sebelum pemasangan dilakukan bagi mengelakkan keperluan pengubahsuaian yang sukar dan mahal. Bahan-bahan yang digunakan mestilah tahan lasak dan telap air.

Bagi menjaga hiasan dan menghalang resapan, permukaan sudut semua benda yang dipasang di bilik air perlu dikedap menggunakan produk kedapan yang sesuai. Sebagaimana bilik-bilik lain di dalam rumah, ruang penyimpanan adalah isu utama di bilik air. Jika tidak disediakan secukupnya, produk-produk mandian dan pembersihan diri akan berselerakan di segenap penjuru. Oleh sebab itu rancang dan sediakanlah kemudahan tersebut sebaik-baiknya. Terdapat banyak pilihan bagi kemudahan penyimpanan di bilik air seperti kabinet, almari, rak dan sebagainya di dalam pasaran. Apa yang anda perlu buat adalah cari yang sesuai untuk kegunaan anda.

Cahaya dalam bilik air perlu menyeluruh tetapi tidak menyilaukan. Lampu dinding yang ringkas adalah sesuai dan memadai untuk keperluan pencahayaan di bilik air. Pastikan juga ia membantu dari aspek senihiasan. Semua pendawaian dan peralatan lampu serta lain-lain perkakasan elektrik di dalam bilik air mestilah dari produk yang berkualiti dan mendapat kelulusan pihak berkuasa. Kerja pemasangan juga perlu dipastikan kemas bagi mengelak kebocoran arus elektrik. Semua suiz mesti dipasang di sebelah luar demi keselamatan.

Jika anda menggunakan jubin sebagai lantai, penggunaan lapik lantai basah mungkin penting. Dengan jumlah air yang banyak di lantai, lapik lantai basah akan melenyapkan risiko licin dan ini adalah baik untuk keselamatan semua.

ADAM DAN HAWA


Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-


Lelaki
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab
keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Wanita
1. - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
6. - Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak
perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya).
7. - Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. - Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tiada pada lelaki.


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak,


Seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.


Seorang wanita pula, bertanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. Sembahyang 5 waktu.

2. Puasa di bulan Ramadhan.

3. Taat pada suami.

4. Menjaga kehormatan diri.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Isnin, Oktober 05, 2009

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN


Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

- Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah S.A.W. menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

- Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.


- Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

- Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

- Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

- Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

- Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

- Rakan pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

- Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

- Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Jumaat, Oktober 02, 2009

KAEDAH MEMAKAI CINCIN DALAM ISLAM


Bertepatan dengan kandungan antara Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali K.W. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)
Jangan memakai pada jari:
1. Jari tengah
2. Jari telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut A.S. . Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam.

Nabi Muhammad S.A.W. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi dapatlah kita pahala.

Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi Muhammad S.A.W. Namun yang masyhur adalah sebelah kanan yang afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia. Tambah imam Syafie, "memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang".

Berdasarkan sebuah hadith dari Saidina Ali R.A. "Rasulullah S.A.W. melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yang berikutnya.

Kebolehan memakai cincin perak atau silver:Berdasarkan sebuah hadith, "Tatkala Nabi Muhammad S.A.W. ingin menulis surat kepada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka(orang Rom) tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah" Hadith Riwayat Bukhari

Khamis, Oktober 01, 2009

RAHSIA PUNGGUNG, YANG MANA SATU ANDA?


Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??


1. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

2. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis "no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEBAGAI INGATAN

SEBAGAI INGATAN

KOLEKSI PERSONALITI DAN ANDA

RAHSIA HIDUNG

Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

RAHSIA PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN ISLAM KELAHIRAN

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

KENALI WATAK DI SEBALIK WARNA

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.
Apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
Kelabu
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

Hitam
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
Coklat
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

Ungu
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif..

Fakta sihat tentang TEH
'Air yang terlalu mendidih tidak sesuai untuk membancuh teh terutamanya Teh Hijau. Ini kerana air tersebut boleh merosakkan rasa dan khasiat sebenarnya. Membilas wajah dengan air teh mampu mengawal kehadiran jerawat pada wajah. Biarkan air teh kering sendiri pada wajah. Serbuk teh juga mampu meredakan kesakitan gigi'
RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI

Mari kita lihat Rahsia Personaliti berdasarkan gaya seseorang itu bercuti atau melancong. Sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya. Lepas anda pilih, barulah anda dapat menilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.

So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?

Pulau (Contoh, Pulau Perhentian, Langkawi, Bali ker…)
Bandar-Bandar Besar (Contoh, Tokyo, London ker…)
Taman Tema (Contoh, Genting Park, Disneyland, Wetwell Shah Alam? …)
Bandar / Kota Bersejarah (Contoh, Melaka, Istanbul ker…)
Gunung-ganang (Contoh, Gunung Tahan, Kinabalu, Everest ker…)


PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya..

BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali..

RAHSIA KAREKTOR MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu
Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk
Suka bercakap & berdebat
Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan & pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk jika tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relaks
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun
Kecantikan luar & dalam
Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
Orang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

RAHSIA DI SEBALIK JENIS DARAH

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia di sebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar Berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

HALWA TELINGA