8 CARA PUJUK LELAKI MERAJUK, SEDIH ATAU TENGAH MARAH PADA KITA



Bukan perempuan sahaja pandai merajuk, lelaki pun ada masanya marah atau terasa bila kita lakukan sesuatu yang tidak dia sukai.

Bila lelaki dah merajuk, bukan main susah lagi nak pujuk disebabkan dia nak control macho dan egonya.

Sebelum anda memujuk lelaki, anda kenalah kenalpasti punca kenapa dia marah atau merajuk dengan anda.

Anda juga perlu hargai dan fahami perasaan dia. Dari situ, anda bolehlah plan cara yang sesuai untuk menangi hatinya semula.

Namun, anda tak perlu risau, kerana ada beberapa cara yang pasti menjadi untuk pujuk lelaki.

Jom kita cuba beberapa cara pujuk lelaki merajuk!




1. BERI MASA PADA PASANGAN & DIRI SENDIRI

Kalau api lawan dengan api, sampai bila-bila takkan reda.

Sekiranya anda baru lepas bergaduh, cuba beri ruang pada diri masing-masing buat seketika.

Kadang-kadang ada terlalu banyak perkara yang berlaku dan masing-masing hanya perlu sedikit masa untuk kembali tenang.

Tak kiralah salah siapa, tak salah kalau kita ketepikan ego anda dan minta maaf pada pasangan secara ikhlas.

Kemudian, berbincanglah untuk sama-sama mencari jalan tengah atas isu yang menjadi punca pergaduhan.



2. BERIKAN URUTAN MESRA

Untuk yang sudah berumah tangga, anda boleh gunakan masa yang sesuai untuk anda memujuk dengan berikan urutan mesra.

Anda pasti tahu di mana bahagian yang dia suka diurut seperti di bahu atau tengkuk.

Dari sentuhan juga akan terlahirnya hormon gembira atau ‘love hormone’.

Mungkin dengan urutan yang anda berikan juga boleh membuatkan dia terus lupa yang dia marahkan anda.


3. MASAKKAN MAKANAN KEGEMARANNYA

Memang betul masakan boleh memikat hati.

Lebih-lebih lagi jika anda masak makanan kegemaran pasangan anda.

Bila dia sedang merajuk, anda bolehlah masakkan makanan kegemarannya sebagai tanda minta maaf.

Kalau nak beli pun tak apa.  Dia pasti tak marah dah lepas rasa makanan yang dia sukai.



4. ‘ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS’

Kadang-kadang kita tak perlu bercakap banyak untuk menerangkan sesuatu atau ‘menegakkan benang yang basah’.

Sebagai wanita, mungkin kita dah terbiasa untuk meluahkan perasaan dan suka bercakap panjang lebar.

Jika lelaki tengah kusut, serabut, sedih, marah atau tak ada mood untuk berbual, tak perlulah kita membebel dan asyik bercakap tentang masalah.

Jika dia pandai dalam memujuk anda dengan bermanja atau lakukan macam-macam perkara sweet untuk ambil  hati anda, anda juga perlu lakukan benda yang sama.

Sebagai contoh, anda boleh tawarkan pertolongan padanya di rumah atau buatlah air kegemarannya untuk redakan hati yang sedang marah. Perbuatan seperti ini tentunya dapat mengelakkan ketegangan dan memberi masa untuk lelaki kembali tenang.



5. BUAT LAWAK & BAGI ‘PICKUP LINE’

Bukan sekadar sebagai hiburan, malah jenaka juga boleh digunakan untuk memujuk hati si lelaki.

Namun, cara ini hanya boleh digunakan pada waktu dan keadaan yang sesuai sahaja, ya!

Dekatilah dia dengan jenaka yang ringan dan tidak keterlaluan.

Walaupun anda tak pandai berjenaka, asalkan anda dapat kembalikan senyumannya, ia sudah cukup baik.




6. AJAK BUAT PERKARA YANG DIA SUKAI

Jika sebelum ini anda tiada kelapangan untuk ke tempat kegemarannya seperti menonton wayang, memancing atau ke kafe yang lama dia ingin cuba, apa kata pujuknya dengan mengajak dia ke tempat yang dia sukai?

Pasti dia sukar untuk menolak pelawaan anda.

Ia juga menandakan usaha kita untuk berbaik dengannya.




7. BUAT SURPRISE / BELIKAN HADIAH

Bukan perempuan sahaja yang suka diberi hadiah, lelaki pun suka rasa dihargai lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi.

Tak perlu tunggu hari lahir atau hari anniversary, sebenarnya hadiah boleh diberikan bila-bila masa sahaja!

Jika anda tahu ada barangan yang dia dah lama aim untuk beli, apa kata anda pujuknya dengan menghadiahkan barangan itu untuknya

Pasti terkejut dan tersentuh hatinya sampai lupa yang dia merajuk dengan anda kan?




8. AJAK BERBUAL SEPERTI TIADA MASALAH

Lelaki dengan ego memang sukar dipisahkan.

Kebanyakannya lebih memilih untuk memendam rasa berbanding diajak berbincang.

Jika lelaki sebegini merajuk dengan anda, jangan pula paksa untuk ajaknya berbincang, nanti makin marah pula dia. Sebaliknya, anda perlulah beri layanan yang baik seperti biasa.

Lama-kelamaan dia akan reda sendiri dan akan kembali bercakap semula dengan anda.


LELAKI PUN SENSITIF JUGA…

Mungkin sebagai perempuan kita tak sedar, sebenarnya lelaki pun ada hak untuk merajuk atau terasa hati dengan anda.

Kenalpasti dahulu punca mengapa dia merajuk dan tackle semula dengan cara yang paling sesuai dan mudah untuk dia terima maaf anda. Kita pun tak selalunya betul, mungkin dia punya pandangan yang berbeza berbanding anda dalam banyak perkara.

Dalam memujuk pasangan, gunakan juga kelebihan anda sebagai wanita untuk membelai dan mendekatinya dengan lemah lembut, pasti cair punyalah sampai tak jadi merajuk!

kreadit : siraplimau.com


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS