AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK


Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?
Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di
kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah
makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.
Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama
seperti berikut:
1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :

• Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.

• Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.

• Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.
• Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.

• Jangan berkongsi berus gigi.

• Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.



2. Makan secara sihat :

• Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buahbuahan dan sayur-sayuran segar.

• Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.

• Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.

• Elakkan minum minuman berkarbonat kerana kandungan gulanya tinggi.

3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :

• Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.

• Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.

• Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS