AQIQAH DAN HIKMAH DISEBALIK AMALAN INI

MAKSUD AQIQAH

Dari segi bahasa :
• Rambut yang berada di kepala bayi yang baru dilahirkan
• Bererti “pertolongan”

Dari segi syarak :
• Menyembelih kambing atau biri-biri untuk bayi yang baru dilahirkan
• Kadang-kadang, kambing yang disembelih itu juga disebut sebagai Aqiqah Hukum Aqiqah
Menurut kebanyakan ulama, hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat
dituntut). Ia adalah salah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi S.A.W.

Dalil daripada hadith Nabi S.A.W.
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”.
(Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi)

Tujuan Aqiqah
• Sebagai salah satu tanda syukur kepada Allah S.W.T.
• Untuk mensyukuri kelahiran seorang anak sebagai anugerah kurniaan daripada Allah S.W.T.
kepada kita.
• Bertujuan untuk menjauhkan anak daripada gangguan syaitan.
• Untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah S.W.T.
Cara melakukan Aqiqah
• Bagi bayi lelaki : Menyembelih dua ekor kambing (jantan atau betina)
• Bagi bayi perempuan : Menyembelih seekor kambing (jantan atau betina)
• Penyembelihan Aqiqah hendaklah dilakukan SEBAIK-BAIKNYA ketika anak berumur 7 hari.
• Kalau tak dapat dibuat pada hari ke-7, maka boleh dilakukan pada hari yang ke-14
• Kalau tak dapat buat pada hari ke-14, maka buatlah pada hari yang ke-21.
• Dan kalau tak dapat juga dibuat pada hari ke-7, 14 atau 21, maka diharuskan untuk buat pada
bila-bila masa pada hari-hari lain yang mampu dibuat.
• Sebelum melakukan penyembelihan, adalah disunatkan untuk cukur dulu rambut bayi dan
timbang rambut tersebut dengan perak. Kemudian, nilai rambut tersebut hendaklah
disedekahkan kepada fakir miskin.
• Semasa proses sembelihan dilakukan, adalah disuruh untuk kita menyebut nama anak yang
ingin di Aqiqahkan itu.
• Penyembelihan sunat dilakukan sesudah matahari terbit.
• Daging sembelihan Aqiqah disunatkan untuk dimasak dan dijamu atau disedekahkan masakan
itu kepada orang lain.
• Masakan yang dibuat jangan terlalu pedas, sebaliknya buatkan ia sedikit manis.
• Tidak dibenarkan untuk memecahkan tulang binatang yang disembelih. Contohnya nak buat
sup tulang ker, adalah dilarang.

Aqiqah di zaman jahiliyah
Masa zaman jahiliyah ada amalan menyembelih kambing. Apabila adanya kelahiran anak, orang jahiliyah akan menyembelih seekor kambing dan menyapu darah sembelihan tu pada kepala bayi.

Aqiqah di zaman kedatangan Islam
Apabila adanya kelahiran, orang Islam akan menyembelih kambing, mencukur rambut dan menyapu bahagian kepala bayi dengan za’faran atau kunyit. selain kambing ada binatang lain yang boleh dijadikan Aqiqah. Menurut ulamak, berikut ini adalah binatang yang boleh dijadikan sebagai Aqiqah.

• Unta (berumur antara 5 ke 6 tahun)
• Lembu atau kerbau (berumur 2 ke 3 tahun)
• Kambing atau biri-biri (telah berumur 2 tahun atau dah bertukar gigi)
• Kibas (dah berumur 1 tahun atau dah bertukar gigi)
* Binatang yang dipilih untuk Aqiqah juga disyariatkan mesti yang TIADA KECACATAN.

Hikmah dan kebaikan melakukan Aqiqah
• Sebagai bukti kesyukuran dan rasa gembira atas kurniaan dan anugerah daripada Allah
S.W.T. serta diiringi dengan doa agar anak menjadi insan yang soleh.
• Menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa atau orang tua supaya sanggup berkorban dan
bersusah payah demi anak-anaknya.
• Melepaskan penghalang pada bayi untuk memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka kelak.
• Melindungi anak daripada gangguan syaitan.
• Dengan daging sembelihan Aqiqah, orang-orang miskin dan jiran tetangga dapat berkongsi
kegembiraan atas anugerah kurniaan anak tersebut.
Peringatan!
Jika seseorang mengetahui bahawa ibu bapanya belum menyembelih Aqiqah untuknya, maka adalah digalakkan baginya untuk melakukan Aqiqah. Nabi S.A.W. juga telah mengadakan Aqiqah untuk diri Baginda setelah diangkat menjadi Rasulullah S.A.W.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS