KEMBALI SETELAH LAMA MENYEPI

Kesebukkan membuatkan aku lupe, lupa akan tugas yang mungkin aku rasakan tidak penting. Tetapi atas kesedaran dan rasa tanggungjawab atas ilmu yang diberikan kepada aku, aku kembali semula.
Sekembalinya aku untuk meneruskan apa yang perlu aku lakukan, 'minat' mungkin itulah satu perkataan yang sesuai untuk aku katakan, bahawa kerana itulah aku disini lagi.
Hilang aku tiada yang ketahui, hadir aku jua tidak siapa yang sedari. Namun aku juga ada cita-cita untuk menjadi lebih dari diri aku kini.
Aku biarkan masa berlalu namun pada masa yang sama akan aku timba pengalaman sebanyak mungkin, untuk aku yakini esok hari aku mahu jadi lebih baik dari hari ini, terbaik dari yang terbaik, cemerlang, terbilang dan gemilang, perkataan yang mudah tetapi mencapainya sememangnya payah.
Tetapi berkat doa, usaha dan keinginan yang membara aku pasti kejayaan akan muncul depan mata Insyakallah....
Amin.
Ulasan
Catat Ulasan