NAFKAH ADALAH HAK ISTERI

Kebanyakkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah (zahir & batin). Seorang isteri mengunakan duitnya untuk perbelajaan keluarga mendapat ganjaran pahala sedekah. Namun begitu tidak bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir adalah tanggungjawab suami.

Perkara yang pertama dihitung bagi sorang lelaki adalah NAFKAH kepada isteri. Tanggungjawab seorang suami amat berat. Suami wajib menyediakan nafkah zahir dan batin, sekiranya seorang suami itu gagal, maka suami itu berdosa.

Sebagai isteri yang dizinkan bekerja, tidak salah jika membantu meringankan beban suami. Sebarang perasaan tidak puas hati, perlu dibawa berbincang. Tidak perlu dipendam dan jangan diungkit, ia perlu diselesaikan dengan segera.

Seorang suami perlu ingat bahawa jika isteri bekerja sekalipun, suami WAJIB beri nafkah kepada isteri, walaupun hanya RM50 sebulan. Ia adalah untuk kegunaan isteri, tetapi perlu diingat ia bukan untuk membeli barang dapur dan isteri berhak menuntut nafkah untuk dirinya. Sekiranya suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan di Mahkamah Syariah, ini kerana suami gagal memberi nafkah kepada isteri dan perlu diingat ia bukan tujuan untuk bercerai, tetapi ingatan kepada suami terhadap tanggungjawabnya.

Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri anda perlu tahu hak-hak wanita dalam Perundangan Islam Dan Perkahwinan. Ini kerana ramai wanita kurang atau tidak sedar akan hak-hak mereka. Perkara ini akan menyedarkan wanita apabila berlaku ungkitan dan tuntutan apabila terjadinya pergaduhan ataupun perceraian.

Manakala dalam nafkah batin pula, suami juga bertanggungjawab untuk memuaskan tuntutan batin isteri. Sekiranya suami gagal ia akan menjadi dosa kepada suami dan perkara ini ramai yang tidak mengetahuinya. Berbeza dengan si isteri, jika melayan suami sama ada suami puas atau tidak ia tetap dikira pahala sedekah. Oleh itu ia perlu direnungkan terutamanya para suami.

Perlu diingatkan disini, suami TIDAK berhak ke atas duit isteri dan jika suami menggunakan duit isteri tanpa izin isteri atau tanpa rela isteri HARAM hukumnya. Jika terjadi ketika berbelanja barangan dapur atau keperluan lain...jika suami ungkapkan seperti ini, "guna duit awak dululah....nanti abang ganti". Maka suami WAJIB ganti kerana itu adalah hutang. Perkara yang terbaik adalah isteri redha dan menghalalkannya. Ingat soal nafkah jangan dipandang remeh kerana ia melibatkan dosa.

Pada yang belum bernikah, sebaiknya bincangkanlah soal nafkah terlebih dahulu. Seperti bahayaran kereta, rumah, bil-bil, keperluan dapur dan sebagainya demi kebaikan bersama dan kerukunan rumahtangga dimasa akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS