TUDUNG MESTI SERASI DENGAN GAYA



Penampilan bertudung yang cantik lagi eksklusif sering mengundang tumpuan. Sebagai gaya pelengkap diri, berbusana muslimah dengan tudung menawan membuatkan gayanya kelihatan mewah, dihiasi ciri penuh kesopanan.

Gaya tudung yang tidak kemas hakikatnya boleh menjejaskan penampilan seseorang. Justeru, jika bertudung perlu tahu mengenakan gaya sepadan dengan pakaian. Tambahan pula, jika digayakan si gadis jelita, pasti ramai menjeling ke arahnya. Cara si gadis mengenakan tudung yang dilapisi padanan warna senada membuatkan ramai terpesona.


Cara bertudung yang mementingkan kekemasan melambangkan keperibadian seseorang. Tanpa mengira masa, bertudung bukan sesuatu yang bermusim. Bahkan kesesuaiannya dengan penampilan seseorang disempurnakan dengan pemilihan aksesori, ditambah dengan pilihan pakaian tradisional dan kontemporari, melengkapkan penampilan diri yang penuh sopan.


Pelbagai fesyen tudung yang eksklusif tetapi mengutamakan ciri rekaan tradisional dan terkini. Yang sesuai untuk mereka yang ada cita rasa penuh keanggunan ditampilkan dengan gaya terkini.



Sempena kehadiran Hari Raya ini, pasti pakaian atau baju raya perlu dipadankan dengan tudung yang sesuai untuk dipadan dengan warna menarik termasuk tona warna senada, pastinya membangkitkan gaya menawan.


Dalam memilih warna serasi dan dipadan dengan selendang atau tudung, pemilihan warna memainkan warna tersendiri. Jika silap memilih fesyen, ia akan mencacatkan gaya seseorang.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS