Catatan

KHASIAT AIR KELAPA

Imej
AIR kelapa bukan sahaja sebagai air minuman penghilang dahaga terutamanya ketika musim panas. Tetapi, sebenarnya buah kelapa memiliki banyak khasiat dan nilai gizi makanan yang hebat. Hasil kajian mendapati kelapa mempunyai banyak faedah terutamanya apabila diproses dan diolah dengan betul dan baik. Selain diminum, air kelapa juga boleh diproses sebagai nata de coco, ais krim, dan minuman kesihatan (energy drink). Hasil kajian juga mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Selain itu kandungan komposisi gizi itu air kelapa juga berpotensi dijadikan bahan produk perusahaan desa. Jika di Filipina, air kelapa diproses untuk pembuatan minuman, jelly, alkohol, cuka, dan nata de coco. Manakala di negara kita air kelapa digunakan untuk minuman (air kelapa muda) dan bahan asas pembuatan produk nata de coco. Lebih istimewanya air kelapa juga boleh dimanfaatkan untuk...

PETUA JADI WANITA SEMPURNA

Imej
HAKIKATNYA, apakah lelaki berbangga memiliki seorang wanita yang jelita? Sebagai wanita, kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki. Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki: - Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka. - Berperwatakan menarik dan lemah lembut. - Jujur dan sentiasa merendah diri. - Lakukan apa yang dia suka. - Pandai menarik minat lelaki. - Jangan terlalu mengongkong. - Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. - Jaga cara penampilan atau pemakaian anda. - Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya. - Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang. - Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempua...

PUASA ENAM BULAN SYAWAL

Imej
Sesungguhnya puasa enam hari pada Syawal amat besar ganjaran ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW dalam hadis :- “Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun.” (HR – Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah). Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun. Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari. SUBHANALLAH !! Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan p...

10 KELEBIHAN SEKS UNTUK KESIHATAN

Imej
Berikut 10 kelebihan seks untuk kesihatan: 1. Menjadikan awet muda. Menurut penelitian, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam seminggu terlihat empat hingga tujuh tahun lebih muda. Ini karana seks merupakan bentuk senaman yang memberikan keremajaan kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat bererti akan banyak oksigen yang terlihat di seluruh tubuh yang dibawa darah dan nutrisi pada permukaan kulit. 2. Membuat tubuh menjadi fit. Meskipun seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan, Anda dapat membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan juga senaman otot-otot secara menyeluruh. 3. Meningkatkan mood. Ketika seorang wanita mencapai orgasme, mereka mengeluarkan suatu hormon seks yang disebut oxytocin yang diproduksi oleh bahagian dasar otak yang dapat membangkitkan perasaan emosional seperti kehangatan dan membantu merapatkan hubungan dengan pasangan. 4. Menjaga Anda tetap langsing. Hubungan seksual meningkatkan tingkat insulin-seperti faktor pe...

HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG

Imej
Kemudahan hutang Hutang secara asasnya bukan sesuatu yang buruk. Ia dibenarkan oleh agama dan merupakan kemudahan untuk menangguhkan bayaran pada satu tarikh yang dipersetujui oleh kedua pembeli dan penjual. Sejarah hutang berkembang-pesat seiring dengan penubuhan bank. Bank (konvensional mahupun Islam) hidup dengan memberi hutang. Selain pelaburan, pendapatan besar bank ialah dari pembayaran balik pinjaman beserta faedah @ buka a.k.a riba. Hutang dan riba Hutang menjadi masalah apabila bercampur dengan riba. Riba ialah penambahan bayaran dari jumlah pokok yang dipinjam. Walau apa definisi atau istilah yang digunakan, selagi mana ia menjadi penambahan berkadaran dengan jumlah hutang, maka ia dianggap riba. Riba, walaupun sedikit diancam keras dan tegas oleh Allah dalam kitabnya. Riba diharamkan bukan sahaja dalam Islam, bahkan dalam 2 agama samawi yang lain yakni Yahudi dan Kristian. Hidup tanpa hutang Perubahan gaya hidup menyebabkan manusia sukar bebas dari hutang. Hampir semua benda...

MENGENALI DIRI PASANGAN WANITA MELALUI CARA JALAN

Imej
Serasi adalah satu perkataan yang sering menjadi perkara penting kepada sesuatu perhubungan. Apabila anda memahami dan mengetahui personaliti pasangan anda, pasti lebih mudah mewujudkan keserasian. Seperti sukarnya mencari mutiara di lautan, begitu jugalah sukarnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan suri hidup. Mencari wanita untuk disayangi seterusnya menjadi pasangan hidup bukanlah seperti memilih atau menukar pakaian. Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya disusuli dengan kasih sayang dan keteguhan hubungan adalah impian setiap individu. Personaliti seseorang biasanya boleh dilihat daripada pelbagai aspek penjagaan kuku, bercakap, cara makan dan tidak kurang juga melalui cara berjalan. Penerangan mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu golongan lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri dihati mereka. Berginjat Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak ju...

8 PETUA USTAZAH SITI NURBAHYAH

Imej
1) 'Puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 2) 'Peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 3) 'Penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 4) ‘Perhatian’ mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 5) 'Persefahaman’ amat penting, bagi suami isteri dalam melayari rumah tangga. 6) 'Pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 7) 'Percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin...