Anak....................

Siapalah kita jika bukan dilahirkan sebagai anak, dan ia juga permulaan dalam kehidupan sebelum menjadi remaja, ibu bapa, datuk nenek serta sebagainya sebelum bergelar 'arwah'. Tidak semua insan mempunyai nasib yang sama terutama sekali untuk mendapatkan anak, walaupun pasangan yang normal, sihat mahupun berduit ia tak menjaminkan untuk kita memperolehi anak kerana ketentuan-Nya jua lebih berkuasa memberikan rezeki kepada yang dikehendaki. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, apabila berita pembuangan bayi didalam negara kita, dalam hati pasti berkata " mengapa tidak dikurniakan anak itu kepada yang sangat menginginkannya". Apa yang hendak dikata, kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Namun berbeza pengalamannya bagi yang telah dikurniakan cahaya mata, setiap detik, waktu dan masa hanya perkembangan anak pasti dinanti-nantikan. Umpama pepatah "dari telapak kaki sebesar dua jari" anak sentiasa membesar, dari senyum, ketawa, meniarap, menyelar, memap...