WASIAT DAN AJARAN YANG BAIK KEPADA WANITA


"Daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi SAW baginda telah bersabda ;"sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya, berilah nasihat kepada perempuan-perempuan wasiat yang baik-baik, sesungguhnya mereka itu dijadikan daripada tulang rusuk (sesunguhnya tulang rusuk itu bengkok dibahagian atasnya) Jika engkau cuba meluruskannya engkau memecahkannya dan jika engkau tinggalkannya sentiasalah ia bengkok, oleh itu berilah nasihat dan wasiat yang baik kepada perempuan".(Riwayat al Bukhari )

Sahabat,
Didalam hadits ini Baginda Rasulullah menyeru kepada orang yang beriman supaya menjaga hak jirannya. Diantara hak-hak jiran itu ialah tidak menyakiti hati mereka, menziarahi ketika sakit dan lain lain lagi.

Jiran merupakan orang yang paling rapat hubunganya dengan kita sama ada mereka muslim atau sebaliknya. Mereka merupakan pengganti kepada sudara senasab kita. Oleh yang demikian jiran adalah orang yang lebih utama menjadi rujukan dalam segenap urusan seharian selain daripada sudara kita.

Selain daripada itu, baginda Rasulullah juga menyaran agar kita sentiasa memberikan bimbingan kepada kaum wanita yang mana pada kelazimanya wanita ini bergantung dan memerlukan bimbingan orang lelaki.

Suasana ini juga digambarkan oleh baginda kepada asal usul kejadian isteri nabi Adam, sejarah telah menyatakan bahawa kejadian saiditina Hawa adalah dari tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam, dengan sebab itulah ulamak menggambarkan bahawa wanita itu cenderung kepada tuntutan nafsu, lantaran itu mereka memerlukan pebimbingan yang lebih baik. Suhubungan ini kaum lelaki telah dipilih oleh Allah sebagai orang yang bertanggungjawab dalam hal membimbing kaum wanita sebagai mana dalam firman Allah dalam surah al Nisa 24.

" Dan diharamkan juga kamu berkahwin dengan isteri orang kecuali hamba sahya yang kamu miliki, haramanya semua itu merupakan satu ketetapan hukum Allah yang diwajibkan atas kamu dan sebaliknya dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari isteri dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina, kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati pencampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu maka berikanlah mereka mas kahwin dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri,s esudah ditetapkan mas kahwin itu tentang cara dan qadar pemberiannya, sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi amat bijaksana".

Kaum lelaki disarankan agar memberi bimbingan kepada kaum wanita dengan penuh hikmah, ini kerana jiwa wanita yang mudah tersinggung itu memerlukan kepada kehalusan budi dan sentuhan sebagaimana yang termaktub didalam al Quran didalam surah al Bakarah 229

" Talak yang boleh dirujuk itu hanya 2 kali, sesudah itu bolehlah ia rujuk dan dipeggang terus isterinya itu dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan ( cerai ) dengan cara yang baik, dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada isteri-steri yang diceraikan itu, kecuali jika kedua suami isteri takut tidak dapat menegakan aturan-aturan hukum-hukum Allah, oleh itu kalau kamu khuatir bahawa keduanya tidak dapat menegakan aturan-aturan hukum Allah maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran tebus talak yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu. Itulah aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya, dan sesiapa yang melanggarnya mereka itulah orang orang yang zalim".

Dalam ayat lain Allah SWT telah memberi keizinan kepada kaum lelaki memukul isteri sebagaimana firman Allah didalam surah an nisa ayat 36
" etinya : dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka ( nusus) hendaklah kamu menasihati mereka, jika mereka berdegil tinggalkanlah ( pulaukanlah ) mereka ditempat tidur dan kalau mereka masih degil pukullah mereka dengan pukulan yang ringan yang bertujuan mengajarnya. Kemudia jika mereka taat kepada kamu janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya Allah maha tinggi lagi maha sabar.

Namun demikian hendaklah difahami asas asas keizinan itu diberikan, dalam ayat tersebut dinyatakan pukulan itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya pihak isteri telah diberi nasihat dan diasingkan daripada tempat tidur tetapi isteri masih ingkar, ulama mengariskan bahawa pukulan kepada isteri bukanlah pukulan yang boleh membawa mudarat kepada tubuh badannya bahkan ianya sebagai satu pengajaran terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pihak isteri, sekiranya kesilapan itu dilakukan oleh pihak suami maka pukulan itu tidak boleh dilakukan. Pukulan yang dibenarkan hanyalah dengan kaedah dan pada tempat yang tertentu seperti dengan hujung kain atau belakang tapak tangan, dibahagian tapak kaki atau punggung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS