ISTIMEWA SEORANG WANITA

"Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-
tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

Jika wanita memicit suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala tola
perak.

Wanita yang meniggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.

RENUNGANLAH... WAHAI WANITA
Sungguh istimewa. Jadilah yang
terbaik. Sebagai anak, isteri dan ibu
yang solehah. InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS