Penghayatan Rumahku Syurgaku


"Hubungan suami isteri umpama menanam sepohon pokok,andainya selalu disiram dan dibaja ia akan sentiasa subur, andainya sentiasa dibelai ia akan terus berbunga dan mekar...Namun kadangkala kita terlupa atau tanpa sedar meminggirkannya maka akan layulah si bunga .Begitu juga dengan kehidupan suami isteri kadangkala pasangan tidak sedar bahawa kita mendambakan kasih sayang dan belaian kerana disitulah dia memperolehi kekuatan dan ketenangan didalam melayari bahtera impian".

Kekeluargaan adalah satu intitusi yang terpenting sekali dalam menentukan qualiti ummah. Cabaran hidup masa lampau, masakini dan yang akan datang mempunyai perbezaan yang amat jauh dan cara menanganinya juga mempunyai pendekatan yang berlainan bersesuaian dengan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini. Konsep kepada rumahku syurgaku ini diantaranya adalah :

Mawaddah - Jalinan perasaan kasih sayang,kemesraan dan keharmonian
Rahmah - Belas kasihan Ketenangan / ketenteraman jiwa

Sedap mata memandang
Sedap telinga mendengar

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rom 21 ertinya" Dan diantara tanda - tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri - isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenag-senang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaraan) bagi orang-orang yang berfikir".

Keluarga ( usrah ) adalah satu kumpulan atau jemaah yang diikat oleh satu ikatan kekeluargaan melalui akad nikah. Ekoran daripada pertalian tersebut akan melahirkan satu perasaan muhibbah, perpaduan dan tanggungjawab dikalangan anggota keluarganya.
Ikatan perkahwinan bukan hanya semata-mata untuk keistemewaan dan peluang untuk memuaskan hawa nafsu dan kehendak syahwat tetapi ianya lebih jauh daripada itu yang merupakan satu tanggungjawab dan amanah serta tuntutan agama untuk memastikan anggota keluarganya berada didalam keadaan hasanah di dunia dan akhirat.
Menjadi tanggungjawab ketua keluarga memastikan semua aktiviti serta perjalanan institusi kekeluargaan ke arah mempertahankan dan menjaga serta menyelamat 5 asasi dalam Islam iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta disamping menjurus ke jalan yang membawa keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dilarannya.

Ketua keluarga bertanggungjawab memastikan bahawa semua zuriat selepas ia kembali kerahmatullah berada didalam pegangan Islam sebenarnya. Ketua keluarga bertanggungjawab memastikan semua aktiviti yang dilakukan tidak menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS