Catatan

PUNCA MASALAH KUKU

Imej
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kuku bermasalah dan kelihatan lesu dan tidak cantik. Kesan perubahan pada kuku lazimnya kerana terlalu banyak   makan ubat-ubat tertentu dan selain daripada itu terlalu banyak merokok. Memakai cat kuku berlebihan dan varnis kuku dengan kerap juga menyebabkan kuku hilang kesegarannya dan mudah rosak. Bersama-sama ini diberikan beberapa info jenis perubahan kuku dan antara sebab-sebab terjadinya perubahan tersebut. 1.   Kuku yang kering dan rapuh Kerana kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Selain tu mungkin kerana terlalu kerap  terendam dalam air sejuk atau panas. Untuk merawatnya banyak makan makanan yang mengandungi vitamin A, kalsium dan zat besi. Perlu kerap mengurut kuku dan jari-jemari tu dengan krim pelembap.  Satu petua yang boleh dicuba untuk memulihkan kembali kecantikan kuku itu ialah cuba amalkan sapu kuku dengan minyak zaitun. Biarkan selama setengah jam sebelum membersihkannya kembali. ...

20 TANDA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN

Imej
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan. 2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu. 4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu. 6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. 7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudaha...

BERDEPAN DENGAN LELAKI PEMALU

Imej
Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki  yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu  mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali.  Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki  tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk  berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda  berdepan lelaki pemalu? 1. Anda kena berani memulakan. Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu  selama  ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan  Anda  menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang  lain yang  punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu  berani  mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama  membujang,  baik berani memulakan. 2. Gunakan cara non-verbal. Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin ...

SAKIT TUMIT KAKI

Imej
Sebenarnya plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, manakala ‘heel spur’ merujuk kepada tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat.  Boleh dikatakan 70 peratus daripada pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.   Bila seseorang mengalami plantar fasciitis, tisu plantar pada tumit kaki mungkin mengalami radang (tendonitis) atau kemerosotan degeneratif (tendinosis) dan aktiviti normal seseorang itu seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit. Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjala...

TANDA-TANDA SAKIT DIBADAN

Imej
Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu! Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai se ... jauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit. 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati). a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan prose...

PANTANG LARANG TERHADAP BAYI

Imej
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus. 2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan. 3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut. 4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap. 5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur. 6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut. 7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya. 8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

MANFAAT MENYUSUKAN BAYI

Imej
Harus diakui, menyusukan bayi sudah terbukti dapat meningkatkan kesihatan bayi anda, baik dalam jangka  pendek mahupun jangka panjang ada banyak manfaat dari menyusukan bayi untuk si kecil dan Anda. ASI (Air Susu Ibu) mengandungi nutrisi paling utama yang amat sesuai keperluannya. Sebagai contoh  kolostrum atau disebut  “imunisasi pertama” mengandungi zat pelindung tubuh yang lengkap. Oleh itu bayi ASI lebih jarang mengalami alahan, cirit birit, gangguan  pencernaan, sakit telinga, serta gangguan pernafasan. Berbagai penelitian menunjukkan, lemak esensial dalam ASI (tidak ditemukan dalam susu formula) penting untuk perkembangan otak. Bahkan, kajian membuktikan, bayi ASI akan memiliki IQ yang lebih tinggi. Selain itu, bayi ASI berisiko lebih rendah untuk mengalami SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). Juga, ASI akan “bekerja keras” memberi perlindungan seumur hidup terhadap penyakit kencing manis, barah  (termasuk barah payudara), dan sebagainya. Menyusu ...