MANFAAT MENYUSUKAN BAYI


Harus diakui, menyusukan bayi sudah terbukti dapat meningkatkan kesihatan bayi anda, baik dalam jangka pendek mahupun jangka panjang ada banyak manfaat dari menyusukan bayi untuk si kecil dan Anda.


ASI (Air Susu Ibu) mengandungi nutrisi paling utama yang amat sesuai keperluannya. Sebagai contoh kolostrum atau disebut  “imunisasi pertama” mengandungi zat pelindung tubuh yang lengkap. Oleh itu bayi ASI lebih jarang mengalami alahan, cirit birit, gangguan pencernaan, sakit telinga, serta gangguan pernafasan. Berbagai penelitian menunjukkan, lemak esensial dalam ASI (tidak ditemukan dalam susu formula) penting untuk perkembangan otak. Bahkan, kajian membuktikan, bayi ASI akan memiliki IQ yang lebih tinggi. Selain itu, bayi ASI berisiko lebih rendah untuk mengalami SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). Juga, ASI akan “bekerja keras” memberi perlindungan seumur hidup terhadap penyakit kencing manis, barah (termasuk barah payudara), dan sebagainya. Menyusu juga akan membuat perkembangan rahang dan wajah si kecil jadi benar-benar kuat.


Menyusui adalah persediaan istimewa untuk bersama-sama menjalin pendekatan dan memupuk sifat saling memahami. Kesannya, ia memberikan kesan perlindungan terhadap barah payudara bagi ibu yang menyusukan bayi. Bahkan, semakin lama menyusui si kecil, maka perlindungan yang akan anda perolehi semakin panjang. Selain itu, proses menyusukan bayi akan menggunakan lebih banyak kalori, ini akan membantu anda menghilangkan pengumpulan lemak yang berlaku selama kehamilan. Juga, menyusukan bayi akan membantu rahim anda lebih cepat kembali ke ukuran semula dan dapat mencegah pendarahan (bila anda mulai menyusui segera setelah melahirkan). Waktu yang anda habiskan untuk menyusui sebenarnya memberi kesempatan bagi anda untuk beristirehat, pulih kembali, dan juga menjadi tenang. Life is fast-paced. Jadi, menyusui akan turut “menurunkan kekalutan” dalam rutin sehari-harian anda. Dengan begitu, anda punya lebih banyak waktu untuk si kecil.


Apa yang pasti ialah menyusui itu senang. Anda juga akan selalu punya stok makanan untuk si kecil. Suhunya pun pasti sesuai, sehingga tidak perlu bersusah-payah memanaskannya. Bila berjalan jauh, tidak usah panik dan buru-buru ke kedai untuk membeli susu formula, tidak perlu membacuh susu, serta tidak perlu memikirkan urusan simpan - menyimpan susu. Senang bukan?



Komposisi Lengkap ASI

ASI sememangnya unik. Ini kerana, komposisi zat-zat gizinya ASI selalunya berubah-ubah mengikut usia bayi anda. Misalnya, sejak lahir hingga usia 2 minggu, air susu pertama disebut kolostrum. Ianya berupa cairan bening berwarna kekuning-kuningan. Sebab itu , antara 2-4 minggu ia disebut sebagai susu peralihan. Sesudah itu, barulah disebut ASI biasa. Disamping itu, komposisi zat-zat gizi ASI juga sangat fleksibel terhadap keperluan tubuh bayi. Contohnya, produksi ASI dari ibu bayi pramatang akan berbeza dari bayi yang lahir cukup bulan. Disamping itu, ASI yang keluar pada awal menyusui juga banyak mengandung protein, manakala ASI yang keluar selepas itu pula banyak mengandungi lemak. Dengan begitu, komposisi zat gizi yang dimakan oleh bayi anda sememangnya benar-benar lengkap!



ASI juga turut mengandungi enzim pencernaan yang amat sesuai untuk tubuh bayi anda. Contohnya seperti amilase (menguraikan karbohidrat), protease (menguraikan protein), dan lipase (menguraikan lemak). Kesemua enzim ini akan membantu si kecil anda mencernakan semua zat. Oleh itu, sisa metabolisme yang keluar melalui ginjal bayi anda tidak akan banyak lagi. Apa lagi? Pemberian ASI, lebih-lebih lagi secara eksklusif, akan menjauhkan si kecil dari alahan. Ini kerana, ada sesetengah bayi yang tidak tahan terhadap protein asing yang terdapat didalam susu formula.



ASI eksklusif selama 6 bulan


ASI eksklusif adalah pemberian ASI (Air Susu Ibu) semata-mata pada bayi anda. Ini bererti, anda tidak perlu risau untuk menyiapkan makanan sampingan seperti susu formula, air putih, jeruk, pisang, bubur susu, dan sebagainya. Pada saat ini, ASI eksklusif dianjurkan diberikan sehingga si kecil berusia 6 bulan. Kenapa begitu? Sebenarnya, pencernaan bayi belum berfungsi dengan sempurna sebelum usia 6 bulan. Jadi, ASI adalah salah satu makanan yang paling sesuai dicerna oleh si kecil. Tambahan lagi, penghasilan ASI anda cukup baik sebagai satu-satunya makanan untuk pertumbuhan si kecil hingga umur 6 bulan. Tentu saja, cara untuk pengaturannya juga mesti tepat. Cuma, pemberian ASI eksklusif perlu dihadkan sehingga 6 bulan saja. Setelah 6 bulan, bayi perlu makanan sampingan, berupa makanan lunak. Pada waktu ini, ASI hanya memenuhi 60-70% dari keperluan si kecil.



Cara tepat menyusukan bayi


Bila masa untuk mula menyusukan bayi? Sebaik sahaja setelah lahir, sebenarnya si kecil sudah mampu untuk menyusu buat pertama kalinya. Jika tidak boleh, lakukan ia selepas 30 minit setelah melahirkan bayi. Mengapa? Kerana, pada waktu inilah si bayi mempunyai daya tindakbalas yang kuat untuk menghisap ASI. Amat sayang sekali kalau ia tidak dilakukan dengan cepat. Tambahan lagi, air susu pertama ini mengandungi kandungan zat seimbang yang tinggi yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir. Kolostrum itu tinggi protein dan rendah karbohidrat dan lemak dan menjadikan ia mudah dicerna oleh bayi.



Bagaimana kalau si kecil lahir melalui pembedahan?


Biasanya jika sebegini, ia belum boleh disentuh selama 24-48 jam. Meskipun begitu, usah khuatir walaupun bayi anda hanya mahu menyusu pada hari yang ke-3. Tubuhnya masih menyimpan kelebihan
cairan dan, kolostrum akan tetap keluar dari tubuh anda. Memang, pada mulanya anda dan bayi anda perlu banyak-banyak “berlatih”. Si kecil belajar menyusu dan merangsang produksi ASI, sedangkan anda belajar menyusukan bayi dan menghasilkan ASI. Lama kelamaan anda berdua pasti menemui cara dan posisi menyusukan bayi yang paling sesuai. Semakin teratur dan lama hisapan bayi, semakin banyak pula susu yang akan anda hasilkan.




Posisi menyusukan bayi yang betul

Acara menyusukan bayi akan berjaya apabila posisi menyusukan bayi anda juga betul. Ini bererti, posisintubuh dan cara memegang bayi membuat anda berdua sama-sama selesa. Dan, yang masuk ke mulut bayi saat menyusu bukan hanya puting susu saja, namun juga sebagian besar areola (daerah hitam di sekitar puting). Inilah beberapa posisi menyusukan bayi yang umum dilakukan:



Posisi menggendong



Baringkan si kecil dalam posisi mengiring. Dengan begitu, sebagian muka, perut dan lututnya

menempel pada dada dan perut anda. Selipkan tangan bayi lainnya di bawah lengan anda agar ia
biar bebas bergerak-gerak. Ini posisi menyusukan bayi paling disukai sepanjang zaman.




Posisi menggendong silang



Sangga kepala bayi dengan telapak tangan. Kepala, bahu dan perutnya menghadap anda. Jika anda menyusukan bayi dengan payudara kiri, pegang si kecil dengan tangan kanan. Lekatkan mulutnya ke puting susu dengan ibu jari, sedangkan lengan anda di belakang kepalanya. Posisi ini

biasa jadi pilihan jika payudara anda terlalu besar bagi mulut si bayi.

Posisi tidur bersisian



Alas kepala, bahu dan kedua lutut anda dengan bantal. Dengan begitu, punggung dan panggul anda

dalam garis lurus. Sambil tidur berhadapan, bantu mulutnya mendekat pada puting susu. Untuk lebih
selesa, alas kepala bayi dengan bantal juga. Posisi ini biasa dilakukan jika anda belum mampu duduk dengan selesa kerana disebabkan proses pembedahan caesar.


Posisi menyangga kepala
Sangga kepala, leher, dan bahu si kecil dengan telapak tangan anda, sedangkan tubuhnya diletakkan di bawah tangan anda. Mukanya menghadap anda. Untuk keselesaan alas tangan anda dengan bantal yang diletakkan di atas pangkuan. Kalau anda akan menyusukan bayi pada payudara kanan, pegang bayi dengan tangan kanan. Arahkan mulut bayi ke putting susu anda. Posisi ini baik sekali bila si kecil kembar, puting susu anda datar, dan anda baru sahaja selesai pembedahan caesar.



Jadual tidak perlu ketat

Pada prinsipnya, biarkan bayi baru anda menyusu sepuas-puasnya pada minggu-minggu pertama kehidupannya. Jangan sekali-kali mencipta jadual minum susunya. Sebab, menyusukan bayi setiap saat

adalah bererti memenuhi seluruh keperluan tubuh bayi anda. Pada kebiasaannya, bayi yang baru lahir perlu disusui sekitar 8-12 kali dalam 24 jam. Masalahnya, bayi anda ini akan lebih banyak tidur di siang hari (lebih dari 2-3 jam). Makanya, anda harus rajin-rajin membangunkannya agar ia tidak kehilangan kesempatan emas, iaitu ASI. Bukankah setiap 2-3 jam ia harus menghisap ASI?



Bagaimana dengan malam hari?

Justeru, bayi yang baru lahir akan lebih sering menyusu pada waktu malam. Entah mengapa, ia senang sekali mengajak anda bermain dengannya. Padahal, ia harus tidur lebih lama, iaitu 3-4 jam. Kebiasaannya, penghasilan ASI anda juga sudah cukup dengan keperluannya. Lama-kelamaan, si kecil akan semakin kurang tidur. Bertambahnya usia akan membuatnya semakin pintar untuk membezakan malam dan siang.



Apakah kelebihan menyusukan bayi tanpa jadual yang ketat?


Apa yang pasti, penghasilan ASI anda akan meningkat. Selain itu, penyumbatan kelenjar susu juga dapat dicegah. Sekaligus akan menghindarkan anda dari kemungkinan mengalami payudara bengkak atau meradang. Tambahan pula, tempoh bayi menyusu untuk satu payudara sekitar 10-15 minit. Kalaupun masih haus, teruskan pemberian ASI. Jangan dihentikan begitu saja. Ada juga bayi yang boleh menyusu hingga lebih dari 15 minit.



Memerah dan menyimpan ASI



Mengeluarkan atau memerah ASI dilakukan apabila anda ingin meninggalkan si kecil di rumah. Pada

kebiasaannya, memerah ASI dilakukan dengan 2 cara, iaitu dengan tangan (memijat payudara) atau dengan dengan alat bantuan (berupa pengepam ASI, baik pengepam manual/menggunakan tangan maupun pengepam elektrik/menggunakan tenaga elektrik). Yang manakah yang lebih sesuai?



Ia terpulang kepada anda. Untuk kepastian, kebanyakkan ibu masa kini memilih memerah ASI dengan alat bantu, yang boleh didapati di dalam pelbagai rupa bentuk di pasaran. Sebaiknya, pilih pengepam yang juga dilengkapi dengan botol supaya ia lebih memudahkan. Adalah lebih baik jika pengepam tersebut boleh mengeluarkan ASI dari kedua payudara dalam masa 15 minit. Selesai memerah, ASI perlu disimpan. Untuk memastikan kualiti ASI tetap baik, ada beberapa aturan yang perlu dipatuhi. Contohnya, pilih medium penyimpanan ASI yang diperbuat dari plastik (tidak cepat pecah) dan tertutup rapat (tidak tumpah), jangan simpan ASI di suhu bilik hingga lebih dari 3 jam (jadi sasaran serangan mikroorganisme), ASI akan menjadi beku apabila disimpan dalam peti ais sampai 72 jam, jangan hangatkan ASI dengan microwave (panas berlebih akan merosak zat di dalamnya), dan masih banyak lagi.



Mensendawakan Bayi



Ketika menyusu, bayi juga akan menelan udara. Dan ini boleh menyebabkannya kembung. Oleh itu, untuk mengeluarkan udara yang ditelan sewaktu menyusu itu, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut :-



Telungkupkan bayi.



Letakkan perutnya di atas pangkuan anda dan sangga dadanya. Pastikan kepalanya lebih tinggi dari tubuhnya. Secara perlahan, tepuk-tepuk punggungnya. Dukung dan pastikan bahagian depan tubuhnya menghadap anda. Salah satu tangan anda menahan tengkuk dan membokong si kecil, sementara tangan lain mengelus-elus punggungnya. Biarkan kepalanya tetap bersandar pada bahu anda. Pastikan hidungnya tidak tertutup oleh tubuh anda.Telentangkan si kecil di atas pangkuan. Sangga tengkuk dan bokongnya. Kepalanya mesti lebih tinggi dari tubuh. Tepuk-tepuk punggungnya ya.



Masalah-Masalah Menyusukan Bayi



Kadangkala, proses menyusukan bayi tidak begitu berjalan lancar. Antara masalah yang paling kerap dialami oleh ibu yang menyusukan bayi ialah mengalami kebengkakan payudara. Namun begitu, anda tidak perlu risau, ia mempunyai jalan penyelesaiannya.


Bagaimana caranya?



Payudara membengkak Biasanya berlaku selepas 2-3 hari setelah melahirkan anak. Payudara membengkak biasanya berlaku disebakan peningkatan aliran darah ke payudara dan bermulanya proses pengjasilan ASI. Masalah ini akan menyebabkan puting susu menjadi rata sehingga menyebabkan bayi sukar untuk menyusu. Gangguan ini akan berkurang dalam waktu 24-48 jam, namun ia boleh menjadi -jadi jika anda jarang menyusukan bayi anda. Untuk mengatasinya, anda perlulah selalu menyusui bayi anda hingga payudara anda betul-betul kosong, jangan pakai coli yang ketat, tekap payudara dengan beg air dingin dan picit-picit payudara anda sebelum mula menyusukan bayi.



Payudara meradang



Gangguan ini dikenal juga sebagai mastitis. Umumnya, ia terjadi 2-6 minggu setelah melahirkan anak akibat adanya infeksi bakteria serta pemakaian coli yang terlalu ketat. Gejalanya? Payudara membengkak, berwarna kemerahan, demam, dan merasa sangat letih. Untuk itu, tekap payudara dengan air hangat dan kerapkan menyusui bayi anda. Segera berjumpa doktor bila radang cukup parah dan timbul abses (nanah) pada payudara. Jika ini berlaku, anda perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah tersebut.



Puting susu



Selain payudara, puting susu juga sering jadi sasaran masalah. Dan ternyata, cukup mengganggu juga bila dibiarkan berlarut-larut. Apa yang perlu anda beri perhatian? Puting susu datar Masalah ini berlaku kerana puting susu anda pendek atau terbenam ke dalam. Untuk mengatasinya, tarik puting susu keluar dengan jari tangan, tahan selama beberapa saat. Lakukan ini sebanyak 2 kali sehari. Atau, gunakan alat bantu, seperti nipple shields dan breast shields. Boleh juga, puting susu “direndam” dulu ke dalam air hangat sebelum menyusui, lalu tarik-tarik puting susu keluar.



Puting susu ngilu



Perkara ini biasa berlaku pada saat-saat awal menyusukan bayi. Bila tidak terasa begitu pedih , teruskan

saja menyusui si kecil anda. Untuk mengurangkan rasa kepedihan, urutkan sedikit ASI pada puting susu dan sekitarnya atau tekap payudara dengan air hangat sebelum menyusu. Lepas menyusu, urutkan lagi ASI pada payudara, lalu biarkan kering. Biar puting susu tetap kering, pilih-pilih BH (bahan menyerap peluh, seperti katun) dan juga selalu mengganti BH.

Jumlah ASI

Menyusukan anak melibatkan proses menghasilkan dan mengeluarkan ASI. Untuk memastikan pemberian ASI lancar, kedua proses itu haruslah berjalan seimbang. Tidak berkurangan dan tidak juga berlebihan. Kenapa begitu?



ASI kurang


Ia tidaklah begitu sukar untuk mengetahui penyebabnya. Umumnya, ia terjadi kerana kegiatan menyusui tidak dilakukan secara optimun dan kemungkinan juga disebabkab anda stres. Jadi, perbaiki dulu proses menyusui anda, seperti cari cara dan posisi menyusui yang paling selesa, selalu menyusui, dan sebagainya. Tekanan biasa diatasi dengan mengubah gaya hidup, seperti cukup istirehat, rajin bersukan, memakan makanan bergizi seimbang, dan sebagainya.



ASI terlalu deras


pertama masa menyusui. Payudara anda sedang menyesuaikan produksi ASInya dengan keperluan si kecil. Untuk mengatasinya anda boleh memakai breast pads, mengeluarkan sebahagian ASI sebelum menyusui, selalu menyusui, dan sebagainya. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS