Catatan

TANDA-TANDA SAKIT DIBADAN

Imej
Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu! Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai se ... jauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit. 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati). a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan prose...

PANTANG LARANG TERHADAP BAYI

Imej
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus. 2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan. 3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut. 4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap. 5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur. 6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut. 7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya. 8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

MANFAAT MENYUSUKAN BAYI

Imej
Harus diakui, menyusukan bayi sudah terbukti dapat meningkatkan kesihatan bayi anda, baik dalam jangka  pendek mahupun jangka panjang ada banyak manfaat dari menyusukan bayi untuk si kecil dan Anda. ASI (Air Susu Ibu) mengandungi nutrisi paling utama yang amat sesuai keperluannya. Sebagai contoh  kolostrum atau disebut  “imunisasi pertama” mengandungi zat pelindung tubuh yang lengkap. Oleh itu bayi ASI lebih jarang mengalami alahan, cirit birit, gangguan  pencernaan, sakit telinga, serta gangguan pernafasan. Berbagai penelitian menunjukkan, lemak esensial dalam ASI (tidak ditemukan dalam susu formula) penting untuk perkembangan otak. Bahkan, kajian membuktikan, bayi ASI akan memiliki IQ yang lebih tinggi. Selain itu, bayi ASI berisiko lebih rendah untuk mengalami SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). Juga, ASI akan “bekerja keras” memberi perlindungan seumur hidup terhadap penyakit kencing manis, barah  (termasuk barah payudara), dan sebagainya. Menyusu ...

PETUA WANGIKAN BADAN

Imej
Minyak wangi sebenarnya tidak dapat membantu. Penyelesaian terbaik ialah mencari jalan supaya badan wangi secara semulajadi. Disini disediakan petua mewangikan badan. Petua Hilangkan Bau Badan Satu ramuan tradisional yang digunakan sejak turun-temurun ialah beras. Selain berupaya menghaluskan kulit, beras juga dikatakan dapat menghapuskan masalah bau badan. Caranya ialah ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus jadi cam beras terbakar. Lepas tu tumbuk beras terbakar tu  hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan bancuhan tu ke bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh seperti bawah ketiak dan sebagainya. Lepas digosok biarkan selama 10 minit dan mandi. Jika diamalkan dengan kerap, hasilnya akan dapat dirasai apabila badan tidak lagi berbau busuk setiap kali berpeluh. Pewangi Peluh Dapatkan tawas dan jadikan ia serbuk. Gaulkan serbuk tawas tu dengan sedikit beras.Setelah itu sapu rapi ke seluruh badan teru...

Cara Penjagaan Mata Yang Baik

Imej
1) Elak dari memakai cermin mata hitam yang tidak mempunyai uv protection 100%,kerana mata kita apabila berada di dalam keadaan yang x cukup terang ( gelap ),bukaan anak mata akan menjadi lebih besar, ini akan membolehkan uv matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan boleh merosakkan struktur bentuk asal kanta mata ( menjadi rabun ). 2) Elakkan menggunakan computer tanpa memasang screen filter. kerana cahaya yang dipancarkan oleh monitor computer atau screen tv boleh merosakkan mata dengan cepat. ( cahaya uv tersebut boleh menjangkau sehingga 2 meter. 3) Jangan membaca atau menulis di dalam bilik atau kawasan yang tidak cukup cahaya,terutama membaca sambil tidur melentang.( Pastikan cahaya yang cukup untuk menerangi bahan bacaan atau penulisan anda ). 4) Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak. 5) Jangan memaksa mata untuk memfokus melihat sesuatu objek atau tulisan yang mata anda tidak mampu untuk melihat dengan jelas,kerana keadaan tersebut aka...

8 CIRI LELAKI YANG PATUT DIJAUHI

Imej
Dalam perhubungan kita perlulah bijak memilih pasangan lebih-lebih lagi bagi wanita untuk memilih lelaki. Kadangkala lelaki yang dipilih itu tidak sesuai untuk dijadikan pasangan atas sebab-sebab yang tertentu. Jom kita ketahui apakah 8 ciri-ciri lelaki yang patut anda jauhi. 1. PENIPU DAN TIDAK JUJUR Siapa-siapa pun dalam dunia ini pasti tidak suka di tipu. Bila perempuan tipu lelaki melenting dia bukan main lagi, tapi kalau dia tipu perempuan senang-senang saja minta maaf. Yang paling menyakitkan hati, dia tidak mengaku kesalahan diri dia dan sanggup buat cerita lain untuk menutup kesalahannya. 2. CURANG DAN KAKI PEREMPUAN Mana ada perempuan yang sanggup bercinta dengan lelaki yang curang. Ah curang dan kaki perempuan pula tu. Kalau kita sudah sayangkan seseorang itu, mesti kita berharap yang dia akan setia pada kita seorang kan..?? Bercinta ini hanya berdua, bukannya bertiga ataupun berempat. 3. PANAS BARAN DAN SUKA NAIK TANGAN Perempuan memang tidak suke lelaki yang...

MENGENALI SIKAP LELAKI JUJUR DALAM HUBUNGAN

Imej
Cara untuk mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda Sebagai kekasih mereka : 1- Detik diawal perkenalan  masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda..jangan mudah terpedaya ok? 2- Mengenai nama sebenar anda ,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah,mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe Kesimpulan...