PUNCA RAMBUT GUGUR




Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.




Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.



Ulasan

  1. tiga bulan yang lalu..saya telah menjalani pembedahan akibat appendix..selepas itu awal bulan lalu rambut mula gugur dengan banyak..saya rasa sangat takut...apa kah keguguran rambut juga ada kena mengena dan ubat-ubatan ya saya ambil...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin kerana ubat juga ada kesan sampingan....

      Padam
  2. Srlsma sebulan ni rambut sy asyik gugur je sehggakan rambut tampak makin sikit.saya sgt bimbang dengan masalah ini.sy tidak mengalami apa2 penyakit..pemknn juga ok cuma saya ada ambil 'pil hormon' untuk sebulan ni..

    BalasPadam
  3. Saya mempunyai rambut yang panjang tetapi mengalami keguguran rambut yang serius cuma rambut tidak pula semakin nipis atau botak..setiap kali menyikat atau mengurai dengan jari pasti akan gugur dan bertaburan di lantai..sudah bermacam produk atau shampoo yang sy cuba namun rambut tetap gugur..

    BalasPadam
  4. info dan perkongsian yang menarik. andai ada yang berminat untuk dapatkan shaklee untuk masalah rambut gugur, boleh berkunjung ke blog saya..hopes dapat membantu :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS