MERAWAT WAJAH DI RUMAH






Sememangnya jarang dilakukan kerana tiada kesedaran betapa pentingnya rawatan wajah. Selain itu kekurangan maklumat juga membuatkan kita tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Melakukan rawatan wajah di rumah adalah lebih baik kerana mengunakan produk kita sendiri dan murah tanpa perlu mengeluarkan kos hanya menggunakan produk yang sedia ada dalam koleksi yang digunakan.

Justeru itu disini diberikan cara untuk kita merawat wajah dirumah dan sediakan bahan yang diperlukan.

Bahan:
Pembersih wajah
Krim untuk pengelupasan (scrub)
Air hangat
Mask (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
Pelembap

Caranya:

1. Bersihkan wajah
Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. Pengelupasan
Gunakan jari tangan, sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh wajah anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan
Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk lalu ditekan lembut pada wajah sebanyak 2 hingga 3 kali.

4. Sapukan mask
Jika mempunyai kulit berminyak, gunakan mask daripada bahan berasaskan tanah liat. Jika berkulit kering, gunakan mask berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah dibersihkan dengan air biasa.

5. Pelembap
Langkah akhir, sapukan krim pelembap pada wajah. Elakkan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS