TIPS PENJAGAAN RAMBUT


Rambut panjang terurai hanya kelihatan indah apabila keadaannya baik, maksudnya tidak kering, tidak pecah atau bercabang atau berkelemumur. Untuk menjadikan rambut selalu sihat tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata, tapi kita boleh mencegah dan memperbaiki kerosakannya.





Baca beberapa tips berikut :



1. Apabila bangun tidur, jangan terburu-buru menyikat rambut, leraikan rambut dengan jari-jari tangan untuk mengurai rambut yang kusut. Pilihlah sikat dengan bahan asas kayu. Sikat rambut dengan lembut, rapikan dengan tangan untuk menghindari hujung-hujung rambut yang beterbangan.


2.Rambut panjang tidak cukup hanya diberi conditioner. Lakukan treatment seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilau pada rambut.


3. Ketika menggunaan conditioner atau bahan rawatan yang lain, cukup disapukan di batang dan hujung rambut kerana hanya bahagian itu yang paling perlu dan bukan di kulit kepala.


4. Sebelum syampu rambut, sikat rambut terlebih dulu, demikian juga ketika rambut masih dalam keadaan basah dan selepas memakai conditioner, menyikat rambut dalam keadaan ini akan mengelak rambut menjadi kusut.


5. Terlalu kerap menggunakan pengering rambut akan menyebabkan kerosakan pada rambut dalam jangka masa panjang, jadi, guna pengering rambut sesekali saja.Pastikan pengering rambut anda tidak terlalu panas.


6. Jangan terlalu kerap menggulung rambut dengan rol rambut yang panas , jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut anda telah dilindungi dengan produk rawatan untuk mencegah kerosakan.


7. Sekiranya anda suka berenang, selain menggunakan sunblock untuk kulit, gunakan juga produk rawatan untuk melindungi rambut dari sinar matahari dan air berkalorin di kolam renang.


8. Berapa kerap kita harus memotong rambut? - Jika pertumbuhan rambut anda lambat, potong hujungnya setiap 12 minggu untuk menghindari ujung rambut pecah-pecah. Sebaliknya, jika rambut anda cepat tumbuh, potong setiap 2 bulan sekali.


9. Jika Anda bosan dengan rambut panjang dan merancang memotong rambut pendek tetapi anda masih ragu, cuba untuk memotongnya paras bahu dahulu, sehingga anda tidak akan terlalu terkejut dengan perubahan penampilan anda. Tetapi jika anda sudah pasti potongan rambut apa yang diinginkan, lakukan saja, jika hasilnya tidak seperti yang diharapkan, jangan putus asa, rambut kita akan panjang lagi







Petua Penjagaan Rambut


Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik.

Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini:



Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.



Hapuskan Kutu

Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.



Yogurt lembutkan rambut

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.



Mengelak Keguguran Rambut

Petua 1 :

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Petua 2 :

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.



Petua 3 :

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah. Selamat mencuba..





Ulasan

  1. rambut mahkota wanita,tak kurang juga lelaki..

    jom jejalan blog saya achiksuhaili.com

    BalasPadam
  2. rambut mahkota wanita,tak kurang juga lelaki..

    jom jejalan blog saya achiksuhaili.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS