7 PANDUAN PENTING MEMBELI TILAM



Berikut tujuh panduan penting yang wajar diberi pertimbangan sebelum membeli tilam:

1. TIDUR YANG SELESA

Tidur yang cukup dan selesa amat penting kepada kanak-kanak serta remaja. Pertumbuhan hormon berlaku sewaktu tidur, justeru itu tidur yang bermutu pada waktu malam mesti diberi keutamaan. Jangan ingat anak-anak masih kecil maka kita tidak perlu mendedahkan sangat soal peragaan tubuh mereka sedangkan hal itu sewajarnya dibentuk dengan sifat tubuh yang cantik.




2. BILANGAN GEGELUNG MENCUKUPI

Jangan asyik mencari harga yang murah sehingga lupa mengenai bilangan gegelung di dalam tilam. Cari tilam yang mempunyai bilangan gegelung mencukupi. Harga tilam yang ditawarkan mugkin murah, tetapi bilangan gegelung di dalam sistem spring yang menawarkan sokongan terbaik untuk tubuh belum mencukupi. Oleh itu, pastikan tilam yang dibeli mempunyai sekurang-kurangnya 211 gegelung bagi tilam kelamin dan 312 gegelung bagi tilam berukuran penuh. Gegelung itu juga mestilah heat-tempered supaya tahan lebih lama.



3. KESELESAAN VS SOKONGAN

Tidak perlu tilam sekeras papan untuk mendapatkan sokogan kepada tubuh. Tilam yang menyediakan asas yang baik akan menyokong tubuh secara lembut di semua bahagian supaya peragaan tubuh yang sama cantik sewaktu berdiri. Baring di atas beberapa model tilam dan pilih tilam yang anda berasa paling selesa berbaring di atasnya.


4. ASAS SOKONGAN (box spring) TILAM

Asas yang baik adalah penting untuk memberi sokongan dan keselesaan sempurna serta bertindak seperti satu penyerap kejutan yang besar. Menggandingkan tilam baru dengan asas (box spring) yang lama tidak akan memberi sebarang sokongan yang diperlukan.


5. ALAHAN

Pastikan anda tahu jenis bahan atau fabrik yang diguna untuk tilam pilihan anda. Bahan yang membentuk tilam anda adalah gabungan bebusa dan gentian yang melindungi sistem spring dalaman. Jika anda ada masalah alahan, pilih tilam yang menggunakan bahan ganti alahan.


6. JAMINAN

Jangan beli tilam hanya kerana tempoh jaminan yang diberikan. Ingat, jaminan yang diberi hanya untuk merosakkan produk, bukan akibat kehilangan keselesaan atau sokongan kepada tubuh anda. Pastikan anda bertanya dan faham dengan jelas mengenai jaminan yang ditawarkan.


7. ALAS TILAM

Guna alas tilam yang bermutu supaya tilam sentiasa kelihatan baru dan bebas kotoran. Sesetengah syarikat membatalkan jaminan jika mendapati tilam ada tanda kotoran. Alas tilam juga boleh menambah ketinggian tilam bagi mewujudkan keselesaan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS