KELUHAN WANITA TENTANG HUBUNGAN INTIM


Masalah mati pucuk, disfungsi ereksi dan sebagainya yang dialami suami, tapi isteri juga tidak terkecuali daripada masalah seks. Namun sebagai ‘penerima’ mereka lebih banyak memendamkan masalah ini dalam hati. Akan tetapi cara ini sebenarnya berbahaya.

Tapi tak mustahil jika dibiarkan berterusan masalah ini boleh meletus dan mampu menggoncang kehidupan rumah tangga. Berikut adalah empat masalah berkaitan dengan seks yang sering dihadapi dan didiamkan oleh isteri. Disediakan sekali jalan penyelesaiannya sebagai panduan bagi mendapat kehidupan seks yang sihat.

1. Bosan dengan aksi yang sama
Dari awal berkahwin sehinggalah sudah memiliki beberapa orang anak, suami mempraktikkan gaya yang sama dalam acara seks. Daripada teknik, posisi semuanya tidak berubah hingga isteri sudah boleh dijangka aksi di ranjang yang seterusnya. Situasi ini menimbulkan kebosanan buat isteri.

Saranan:
Rasa bosan dalam hubungan seks memang lumrah dialami oleh pasangan terutama yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Bagi menyalakan kembali ghairah yang telah hilang, cubalah mencari kelainan dalam hubungan intim. Carilah maklumat sama ada melalui buku mahupun internet tentang kepelbagaian posisi hubungan seks. Selain daripada mencari posisi lain, anda juga mungkin boleh menukar lokasi tempat melakukan hubungan intim. Sekali sekala tempahlah bilik hotel. Di samping itu, anda juga tak perlu menunggu malam wajib iaitu malam Jumaat untuk urusan hubungan intim. Sekiranya anda menginginkannya, telefon atau SMS suami dan rayulah dirinya dengan cara yang menggoda.

2. Tidak mampu orgasma
Jangan tidak percaya walau sudah bertahun mendirikan rumah tangga ada isteri yang langsung tidak merasai kenikmatan seks kecuali melalui cara seks oral. Walau pun sudah pelbagai cara dicuba tapi tetap gagal memberikan orgasma. Perkara ini menimbulkan kebimbangan takut lama kelamaan suami pula akan bosan.

Saranan:
Jalan penyelesaian masalah ini mudah saja, buatlah kombinasi antara oral seks dan juga seks biasa. Lakukan pemanasan dengan seks oral terlebih dahulu. Dalam hal ini isteri tak perlu malu memberitahu suami tentang bahagian mana yang harus sentuh. Apabila isteri sudah hampir mencapai orgasma, lakukanlah seks sebagaimana biasa.

3. Seks terganggu selepas bersalin
Ramai wanita yang mengalami masalah nafsu seks menurun selepas melahirkan cahaya mata. Antaranya berpunca dari perasaan kurang yakin terhadap tubuh sendiri yang sudah banyak berubah selepas melahirkan. Akibat tubuh yang sudah gemuk, payu dara jatuh dan sebagainya mereka jadi bimbang suami tidak lagi berminat untuk melakukan hubungan intim.

Saranan:
Memang ramai wanita yang tidak yakin pada bentuk tubuhnya. Sebaiknya perasaan sebegini tidak diteruskan kerana perasaan negatif akan melahirkan ghairah seks yang negatif juga. Jika seseorang wanita itu merasa dirinya tidak cantik, gemuk dan sebagainya perasaan ini seterusnya akan mempengaruhi ‘persembahannya’ di ranjang. Harus diingat bahawa kebanyakan suami sebenarnya tidaklah terlalu serius memikirkan ukuran tubuh isteri, mereka tidaklah terlalu peduli. Mereka sendiri pasti terima hakikat kalau sudah melahirkan empat orang anak, memanglah tubuh takan sama seperti zaman gadis. Paling penting adalah isterinya dapat memberi kepuasan sewaktu bersama.

4. Selera menurun
Selalunya tahun awal perkahwinan, suami isteri tiada masalah tentang hubungan intim. Namun apabila masa berlalu, ramai isteri yang mengalami masalah penurunan nafsu seks. Acara malam bersama suami bukan lagi ditunggu-tunggu malah dianggap sebagai sesuatu yang bosan dan memenatkan.

Saranan:
Berbeza dengan lelaki, hasrat seksual seorang wanita banyak dipengaruhi oleh faktor emosi. Emosi wanita pula mudah menjadi kacau walaupun kerana hal yang remeh-temeh. Sikap suami yang menyentuh hatinya seperti pemarah, dan sebagainya boleh membuatkan seorang wanita enggan disentuh suami. Keadaan tubuh suami yang tidak bersih juga boleh menghancurkan hasrat seks isteri.

Begitu juga dengan kepenatan akibat bekerja dan menguruskan rumah tangga, ia juga menyebabkan isteri lebih rela tidur dan berehat daripada melakukan hubungan seks. Jika anda mengalami masalah sebegini, jalan penyelesaiannya adalah komunikasi. Jika suami melakukan sesuatu yang menyentuh perasaan, mintalah dia menangani sifat buruk ini. Luahkan sikap yang tidak anda senangi ini dengan cara yang lembut agar dia dapat mengubahnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS