DINGIN SEKS, FAHAMI SITUASI ISTERI


Tatkala nafsu seks suami sedang membuak-buak, si isteri pula menolak dengan pelbagai alasan. sekali dua mungkin si suami boleh bersabar tapi sekiranya setiap hari permintaan untuk melayani kehendak batinnya ditolak, tidak mustahil konflik suami isteri boleh tercetus.

Kedinginan melayani kehendak suami mungkin berpunca daripada penurunan ghairah seks isteri. Ramai wanita ketika ini mengalami keadaan yang sama namun jarang mahu berterus terang tentang keadaannya kepada suami. Bagi suami pula jangan terus berkecil hati bila isteri menolak keinginan. Kenal pasti dahulu puncanya sebelum membuat sebarang telahan ataupun tuduhan. Sekiranya isteri memang mengalami penurunan nafsu seks, fahamilah situasi mereka.

Ada sesuatu yang tidak kena
Apabila wanita percaya dia sedang berhadapan dengan masalah berhubungan penurunan nafsu seks, secara tak langsung keyakinan terhadap hubungan seksual juga akan menurun. Ia akan bermula dengan penolakan untuk mengadakan hubungan intim. Wanita yang mengalami masalah ini juga akan berasa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya lantaran kegagalan mencapai keinginan seks.

Keyakinannya juga semakin menurun apabila berlaku percanggahan dengan suami tentang apa yang sepatutnya dilakukan ketika hubungan intim. Ketika ini wanita mungkin akan merasakan aktiviti seks bersama suami sesuatu yang menyakitkan, dan seterusnya membuatkan keengganan melakukan hubungan seks makin menebal.

Sentuhan dan ciuman sesuatu yang menjengkelkan
Selalunya permulaan romantis seperti sentuhan dan ciuman memang mampu merangsang ghairah seks wanita. Namun bagi wanita yang tidak berkeinginan terhadap seks, perkara itu akan dianggap sesuatu yang menjengkelkan sekali gus menolak keinginan suami.

Bagi suami pula penolakan tersebut akan membuatkan dia berasa dirinya tiada lagi daya penarik di mata pasangan. Sekiranya suami tidak memahami keadaan isteri dari sinilah mungkin timbul pelbagai tuduhan yang mungkin tidak berasas kepada isteri.

Paksaan suami buat isteri lebih dingin
Suami yang bertimbang rasa dan memahami keadaan isteri boleh bertolak ansur apabila pasangan menolak keinginannya. Mereka tidak akan menuduh sembarangan mahupun menarik muka masam. Namun keadaan sebaliknya berlaku jika suami tersebut tidak mahu bertolak ansur.

Suami yang menganggap dia boleh mencapai keinginan tersebut tanpa mengira apa juga cara sekalipun boleh menyebabkan berlakunya seks tanpa kerelaan isteri. Keadaan ini sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan. Isteri mungkin menjadi lebih dingin terhadap ajakan seks suami.

Komunikasi suami isteri
Komunikasi yang baik, positif dan efektif penting sebagai daya penarik hubungan seks terutama buat isteri yang mengalami penurunan nafsu seks. Seorang suami perlu pandai memujuk, melayani dan menarik hati isteri untuk memenuhi kehendak batinnya dengan hati yang terbuka. Selain itu suami dan isteri juga perlu punya pengetahuan dalam hubungan seks.

Ilmu yang cetek tentang hubungan intim ini boleh membuatkan aktiviti suami isteri menjadi bosan dan hambar. Selain daripada itu baik suami ataupun isteri haruslah bersedia menjadi pendengar yang baik. Dalam keadaan isteri mengalami masalah penurunan ghairah seksual, suami haruslah bersedia mendengar masalah di pihak isteri. Dengarlah penjelasan isteri sebaiknya agar masalah dapat ditangani dengan tenang dan jalan penyelesaian dapat dicari.

Elakkan salah faham
Apabila isteri enggan menuruti kemahuannya, suami mula berpendapat bahawa dia tidak lagi dicintai oleh isteri. Malah suami mungkin juga berasa bahawa penolakan terhadap seks oleh isterinya adalah disebabkan kegagalannya dalam memberi kepuasan seks kepada isteri. Pada masa yang sama isteri pula merasakan bahawa pasangannya lebih mementingkan diri sendiri dan hanya mahukan seks tanpa mencintai dirinya. Selain itu dia juga akan berasa dirinya bermasalah lantaran tidak berasa seronok ketika melakukan hubungan seks. Tafsiran yang salah ini hanya akan memburukkan lagi situasi isteri.

Memencilkan diri
Wanita yang enggan melakukan hubungan seks juga selalu akan mengelak daripada kucupan dan belaian suami. Pada pandangan wanita itu, ia adalah lambang persetujuan untuk mengadakan hubungan seks. Keadaan ini akan memberi tekanan pada dirinya sehingga boleh menyebabkan dia enggan memberi senyuman mahupun berpaling kepada suami. Jika keadaan berpanjangan, ia akan menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang.

Punca perceraian
Ramai pasangan suami isteri yang mengalami situasi begini akhirnya memilih untuk berpisah kerana kehendak masing-masing tidak dapat ditunaikan. Bagaimanapun, keadaan sebegini masih boleh dielakkan sekiranya, masalah isteri dikenal pasti sedari awal dan mereka boleh berbincang secara terbuka.

Ulasan

  1. Tidak semua suami ingin memahami isteri spt yg dinyatakan. Mostly lebih gemar belajar cara2 bsama isteri melalui video porno. Sedangkn byk sumber lain yg lebih ilmiah untuk dipelajari.

    BalasPadam
  2. Cecair perangsang nafsu wanita terkini.... dapat Menguatkan syahwat isteri dlm masa 15 minit. Info lanjut http://germanydropmurah.blogspot. com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS