Catatan

JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA

Imej
JENIS-JENIS NAJIS 1.Najis Mukhaffafah Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu). 2.Najis Mughallazah Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya. 3.Najis Mutawasitah Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu: • Setiap yang cecair yang memabukkan • Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing. • Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia. • Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai. CARA-CARA MENYUCI NAJIS 1.Najis Mukhaffafah Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan...

KACANG SOYA DAN KESIHATAN

Imej
Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000   tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalanganmasyarakat Cina.            Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:- I.              Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana ...

SOLAT SUNAT DHUHA

Imej
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:  “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”    (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaa...

SAKIT KEPALA, PUNCA DAN CARA RAWATAN

Imej
Sakit kepala amat mengganggu setiap aktiviti kita. Apabila dia datang tidak menentu waktunya, bayangkan ketika kita sedang berkerja tiba-tiba sahaja sakit kepala, jadi tidak karuan dibuatnya. Pil penahan sakit selalu menjadi pilihan, jika sudah kerapkali kita menelannya akhirnya tidak mujarab lagi. Setiap penyakit ada ubatnya, cuma kita terkadang terlupa mengkaji sebab apakah kita sakit kepala. Cuba kita ubah cara hidup kita, mungkin disitu ada jawapannya. Secara umum ada lima jenis sakit kepala yang dihidapi oleh manusia, yang penekanannya fokas bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit terjadi pada setiap bagian dari kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan urat-saraf muka. Punca Sakit Kepala Vaskular, penyebab migrain Rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala. Jenis paling popular dari sakit kepala vaskular adalah migrain, yang menurut American Headache Society dialami...

PANDUAN MEMBELI KERETA BARU

Imej
Kebiasaanya ramai yang memikirkan cara-cara terbaik untuk membeli kereta terpakai. Namun begitu jarang yang memikirkan untuk membeli kereta baru yang terbaik untuk dirinya sesuai dengan pendapatan dan keselesaan. Membeli sebuah kereta baru pada masa kini amat mudah dengan adanya skim bayaran muka RM "0" yang ditawarkan dipasaran.  Disebabkan mudahnya membeli kereta maka ramai yang hanya memikirkan  bayaran bulanan kereta tanpa menyedari banyak kos terselindung setelah menggunakan kenderaan. Kos terselindung yang dimaksudkan adalah seperti kos petrol, kos penyelenggaraan, kos memperbaharui cukai jalan dan insurans dan kos kemalangan (minta dijauhkan).  Kereta berjenama  menjadi idaman setiap individu. Oleh itu, ramai yang sanggup melabur besar untuk membeli kereta jenama tersebut. Jika anda sudah mampu dan stabil kedudukan kewangan adalah tidak menjadi masalah.  Namun begitu, bagi mereka yang hanya "sikit-sikit mampu" ia akan menja...

PANDUAN MASUK RUMAH BARU

Imej
Panduan masuk rumah baru menurut cara Islam Pelabagai panduan dan cara untuk memasuki rumah baru, ini adalah cara yang lebih praktikal untuk dijadikan panduan untuk mereka yang ingin pindah ke rumah baru. 1. Azan Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2... Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni. 2. membaca surah Al-Baqarah Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud; "jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran Dlm sebuah hadis lain pula, R...